Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik &  al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak  seminggu lalu.
Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran  gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau  lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam  perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.
Penerbit  eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan  menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas  sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia  berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.
“Pihak  produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk  arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat  diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.
“Program  Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara  program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi  stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan  kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Katanya lagi,  memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik,  namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.
“Pada  pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih  berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.
“Adalah  wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan  sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.
“Berehat  itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada  keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga  minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.
“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.
Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri
Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.
“Saya  telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas  gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah  (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya  terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.
"Saya  faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat  komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti  mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan,” katanya yang kini  sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti  Antarabangsa Madinah, Malaysia. -GB
Thursday, July 28, 2011
Kerana BERSIH, TV9 Hentikan Program "Adik & Al-Quran"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Program TV ini sememangnya baik untuk membantu anak-anak kita membelajari ilmu Islam. Harap ia akan disiarkan semula tidak lama lagi.
ReplyDeletehanya disebabkan gambar hos program TV ni terlibat dalam perhimpunan Bersih maka program ni dihentikan.
ReplyDeleteRasanya tak patut pihak atasan Prime Works bertindak sedemikian.
ReplyDeleteOrang awam kenalah sentiasa menjaga kelakuan diri supaya tidak menjejaskan imej diri.
ReplyDeletesetiap individu perlulah sentiasa berwasapada dengan dengan sebarang tindakan yang dilakukan agar tidak memberikan imej yang tidak diingini.
ReplyDeleteMungkin tindakan Ustaz Zamri telah melanggar syarat dan etika kerja sekaligus menjejaskan imej Prime Works.
ReplyDeleterancangan ini amat baik dalam membimbing anak2 kita tentang ilmu2 Islam. adalah rugi rancangan ini dihentikan.
ReplyDeleteFikir dulu sebelum bertindak. Kelak hanya akan merugikan diri jika bertindak tanpa memikirkan akibatnya.
ReplyDeleteInilah kerana BERSIH semua terus terjejas.
ReplyDeletenampaknya BERSIH memang memberikan impak besar di negara ini..
ReplyDeleteSemoga program TV ini dapat disiarkan semula kerana ianya memang bagus untuk membimbing anak2 kita tentang ilmu2 Islam.
ReplyDeleteKebanyakan agensi atau badan tertentu seharusnya berkecuali kini terbukti tidak.
ReplyDeleteFahaman peribadi tidak patut diambil kira atau dicampur aduk dalam kareernya. Maikan mesti hormati hak peribadi menganut fahaman tertentu walau ia bercanggah dengan pendirian majikan.
ReplyDeleteTindakan ini mambawa kesan yang buruk dan cuma menyisihkan sokongan golongan intelektur muda dari kerajaan.
ReplyDeleteTindakan ini amat tidak adil buat Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin.
ReplyDeleteHak beliau talah diabaikan.
Harap program itu dibenrkan diteruskan dan dihos oleh Ustaz Haji Mohd Zamri semula.
ReplyDeleteRancagan itu popular dan Ustaz Zamri disukai peninton. TV 9 tiada alasan menghentikna beliau dan rancangan tersebut.
ReplyDelete"Adik & Al-Quran" is a good program for the islam.. They shouldn't stop airing it just because the host is involved with the bersih rally.
ReplyDeleteI can't believe how big the impact bersih has on Malaysia. Hopefully Bersih manage to achieve their objectives.
ReplyDeletetidak perlulah sampai menghentikan program keagamaan ini.. jangan samakan politik dengan rancangan televisyen..
ReplyDelete