Thursday, July 21, 2011

SPR & BERSIH Akan Bertemu Dalam Forum


Kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Bersih 2.0 akan bertemu di pentas yang sama minggu depan sementara Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata isunya bukan personaliti, tetapi peluang menerangkan kepada rakyat isu yang menjadi fokus sekarang.

“Kita akan hadir, saya akan hadir pada forum itu,” kata timbalan pengerusi SPR itu ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Ini bukan soal... SPR merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan, ini bukan soal personaliti atau soal organisasi, kami merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan,” kata beliau ketika ditanya pendirian suruhanjaya mengenai platform yang sama akan digunakan Selasa depan.

Wan Ahmad (gambar) bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga akan muncul pada wacana “Apa Selepas 9 Julai?” anjuran akhbar Kumpulan Media Karangkraf, penerbit akhbar Sinar Harian, di Shah Alam Selasa depan.

Pertemuan kepimpinan SPR dan Bersih 2.0 itu merupakan kali pertama selepas perhimpunan 9 Julai yang memfokus kepada lapan tuntutan berkaitan pembaharuan pilihan raya.

Turut menyertai mereka ialah Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Wacana itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai perkara menyentuh pilihan raya negara ini.

“Kami sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan di mana-mana forum sahaja... kalau diberi ruang kami akan gunakan untuk memberi penjelasan... itulah ruang yang diberikan, dan kami akan menggunakan ruang itu,” kata beliau lagi.

Penganjuran wacana ini dilihat mendapat reaksi berbelah bahagi.

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Abdul Jalil Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, pihaknya memilih isu tuntutan Bersih 2.0 sebagai tajuk kerana ia masih menjadi bahan perbincangan walaupun dua minggu sudah berlalu.

“Kami menyediakan ruang perbincangan secara intelek kepada orang ramai, membincangkan isu ini secara terbuka... khalayak boleh tanya soalan kepada panel,” kata beliau.

“Ya, ini kali pertama kedua-dua kepimpinan SPR dan Bersih bertemu secara rasmi selepas perhimpunan 9 Julai, peluang bagi mengetahui isu ini secara mendalam,” kata Abdul Jalil yang turut mengesahkan kesemua ahli panel sudah pun mengesahkan kehadiran mereka.

Menurut Abdul Jalil, wacana merupakan program bulanan pihaknya membincangkan isu-isu semasa.

“Sebelum ini, wacana kami menyentuh isu rasuah, isu fitnah dan kali ini kami merasakan isu tuntutan pembaharuan pilihan raya... ini bukan soal politik, tetapi lebih kepada perbincangan akademik, secara intelek... kita menyediakan peluang kepada tokoh-tokoh dan juga orang ramai berbincang dengan waras dan intelek,” kata beliau.

Beliau juga mengakui ada pihak yang tidak berpuas hati dengan wacana kali ini membincangkan isu perhimpunan 9 Julai.

“Tentu ada pihak yang menentang, mereka yang tidak berpuas hati tetapi kita tidak terikat... kita hanya buka medan perbincangan,” kata Abdul Jalil.

Beberapa tulisan blog pro-Umno didakwa mengecam penganjuran wacana ini yang menemukan SPR dan kepimpinan Ambiga.

Usaha mendapatkan Ambiga belum berhasil dan difahamkan berada di luar negara.

Bersih 2.0, yang menurut Putrahaya telah diharamkan sejak 1 Julai lalu, mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai, dengan mendakwa disertai sekitar 50,000 orang, di sebalik sekatan ketat pihak polis.

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu mengemukakan lapan tuntutan iaitu mrminta SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. -TMI

23 comments:
Write comments
  1. Baguslah, bawa berbincang perkara ini antara SPR dan Bersih.

    ReplyDelete
  2. Harap satu persetujuan dapat dicapai antara dua pihak.

    ReplyDelete
  3. Inilah yang sepatutnya diadakan. Tentu ramai yang nak tahu apa tindakan yang akan diambil selepas 9 Julai. Penjelasan harus diberikan agar isu ini tidak terus-terusan dispekulasikan oleh pembangkang. Blog pro-UMNO sepatutnya tidak mengecam forum ini.

    ReplyDelete
  4. That's good. Discussion is better than demo.

    ReplyDelete
  5. Hopefully through this forum, both sides manage to attain a mutual understanding and that problem will solve professionally.

    ReplyDelete
  6. Diharap kedua-dua pihak bersikap telus dan terbuka dalam forum ini. Lepas ni rakyat pandai2lah nilai.

    ReplyDelete
  7. diharap forum tersebut dapat membuka ruang kepada pihak SPR dan Bersih untuk membincangkan tentang 8 tuntutan yang dikemukakan untuk menjalankan pilihanraya bersih dan adil.

    ReplyDelete
  8. semoga 8 tuntutan tersebut dapat direalisasikan.

    ReplyDelete
  9. forum ini adalah baik untuk menjelaskan setiap pekara.

    ReplyDelete
  10. Ini sangat2 menarik. Harap2 penyelesaian dapat dicapai pada forum tersebut.

    ReplyDelete
  11. harap dari forum ini, hasil yang baik akan diperolehi.

    ReplyDelete
  12. Semoga SPR akan mempertimbangkan tuntutan Bersih.

    ReplyDelete
  13. SPR dan BERSIH akan melakukan forum. Satu cadangan yang baik. Harap perkara ini akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  14. Bagus la...boleh meleraikan segala persoalan yg bermain dalam fikiran Ambiga...lebih baik begini daripada tunjuk perasaan di jalan raya...

    ReplyDelete
  15. Meja perbincangan sentiasa tersedia untuk mereka. Jika mereka berfikiran positif sebelum kejaidian 9 Julai, perhimpunan itu tidak akan berlaku dan tidak akan ada yang mengalami kecederaan melampau.

    ReplyDelete
  16. jika forum dapat menyelesaikan masalah kenapa tidak, jangan tunggu ada perhimpunan baru nak buat forum?

    ReplyDelete
  17. baguslah..kan bagus kalau awal2 lagi forum ini dibuat..

    ReplyDelete
  18. harap2 forum ini akan membuahkan hasil yang positif..

    ReplyDelete
  19. betul, rakyat perlu diberikan penjelasan..

    ReplyDelete
  20. semoga ada penyelesaian dan pemahaman di antara dua-dua pihak.

    ReplyDelete
  21. Harap mereka akan berjaya mencapai persetujuan dalam hal ini menerusi forum.

    ReplyDelete
  22. kan lebih bagus anjurkan forum seperti ini daripada berarak dijalanraya.. sebelum ini SPR juga pernah mempelawa penganjur Bersih untuk berbincang tapi ditolak.. saya harap kali ini tidak ada yang menolak..

    ReplyDelete
  23. Nothing happened in the end either.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.