Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.
Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.
“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.
Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.
“Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.
Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin. -MK
Tuesday, July 26, 2011
SPR kena 'boo' dalam debat dengan Ambiga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadi, apa kesudahan pendebatan ini antara SPR dan Ambiga?
ReplyDeleteHarap SPR akan berusaha meminda undang-undang yang tidak lagi releven.
ReplyDeleteDewan Parliament dan Dewan rakyat yang berkuasa mengubal undang. Tapi SPR boleh mengeluarkan usul.
ReplyDeleteBersih tidak seharusnya mendesak SPR, kuasa dipegang pada kerajaan memerintah.
ReplyDeletesikap penyokong Ambiga yang mem boo SPR adalah sikap tidak menghormati majlis tersebut.
ReplyDeleteSudah banyak dakwaan dibuat sebelum ini namun tiada tindakan diambil. Sepatutnya SPR dan pihak berwajib sudah bertindak untuk meneliti undang2 yang sedia ada dan menggubalnya jika perlu.
ReplyDeleteKalau tak puas hati pun, tak payah nak 'boo'. Macam tiada adab saja.
ReplyDeleteada baiknya juga debat ni dibuat. SPR dan Bersih sudah bersemuka dalam membincangkan tentang isu2 tuntutan tersebut.
ReplyDeleteharap kerajaan pun dapat bekerjasama dalam membincangkan perkara ini secara bersemuka dengan pengerusi Bersih bersama2 dengan SPR.
ReplyDeletebersemuka dan berbincang adalah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu..
ReplyDeleteharap ada penyelesaian dan rakyat berpuas hati dengan keputusan SPR/kerajaan.
ReplyDeletebaguslah tidak ada rusuhan berlaku.
ReplyDeleteJika ada ganggu dari hadirin pasti debat ini terganggu dan tidak berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteWere there any mutual agreement made during the debate?
ReplyDeleteHopefully Bersih is able to have their objectives achieved.
ReplyDeletejadi SPR yang BERSIH.
ReplyDeletesudah terbukti spr kena remote kontrol
ReplyDeleteyang buat kecoh dalam majlis itu adalah sekumpulan penyokong2 Bersih.. mereka memang sudah dididik untuk membuat kecoh.. sedangkan yang lain, yang lebih terbuka mindanya duduk senyap mendengar setiap butir penjelasan dari kedua2 pihak.
ReplyDeleteJika mereka faham dan merasa segan diri, mereka harus letak jawatan agar calon yang lebih layak memegang jawatan tersebut.
ReplyDeleteReaksi hadirin jelas mahu SPR buat perubahan. Segerakan perubahan agar sistem pilihan raya Malaysia boleh membanggakan dunia.
ReplyDeleteJangan sampai mereka kena 'boo' ketika berjalan di tempat awam.
ReplyDeleteBenar kata Ambiga, jika SPR berani dan proaktif mengubah undang-undang yang lapuk, rakyat akan sokong dan tidak mungkin mereka berdemonstrasi di jalan.
ReplyDeleteDari peringkat permulaan, Bersh dianggap sebagai musuh oleh kerajaan dan SPR.
ReplyDeletekisah lalu biar lalu. Masih belum terlambat jika SPR sanggup menyusuh langkah membuat perubahan mengikut kehendak rakyat dan keadaan semasa.
ReplyDeleteLangkah wajar perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ketidak adilan semasa SPR sebelum ini seperti yang dikatakan oleh wakil Bersih. Perlu dikaji semula langkah-langkah atau sistem SPR yang sempurna dan tidak lar diabaikan isunya jika adanya perkara tidak adil di SPR?
ReplyDelete