KUNJUNGAN Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Semporna sekitar jam 6 petang kelmarin sempat memugai 300 penduduk di rumah seorang penjual papan, Tahir Haji Arifin; namun agak luar biasa kerana auranya memukau Pegawai Kerajaan agar berani untuk berucap.
Majlis petang tersebut begitu bersemangat kerana dihangatkan oleh kehadiran guru-guru tempatan dan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi mengajar di Semporna.
Hadirin terpukau dengan keberanian seorang Pensyarah Maktab Perguruan Tawau, Arbaa, iaitu adik ipar Mantan Calon PBS Kunak, Hj Abdullah Minun yang tanpa segan silu mengutuk kerajaan dengan pelbagai isu tanpa gentar diambil sebarang tindakan kerana yakin dengan haknya untuk bercakap.
Ketika ditanya seorang rakan yang mengatakan beliau perlu letak jawatan jika ingin berpolitik, Arbaa melenting dan berkata bahawa gertakan agar beliau meletakkan jawatan sebagai Pensyarah; semata-mata kerana berucap di majlis pembangkang adalah terlalu dangkal dan bersifat emosi dari kepimpinn BN yang tidak insaf akan kelemahan mereka.
“Biarkan rakyat dengan pilihan dan kemahuan mereka sendiri. Kalau benar mahu penjawat awam itu sokong parti kerajaan, tunjukkan kelebihan kenapa harus disokong. Dalam institusi rumah tangga juga tidak semua anak-anak satu fikiran dengan ayah,” kata Arbaa yang menekankan perkara ini harus disedari oleh kepimpinan parti dan negara kerana pada pandangan beliau negara dan parti tidak harus bergabung.
Beberapa orang Ketua Cawangan UMNO yang menghubungi Koresponden Sabahkini.net di Semporna turut melahirkan kekecewaan atas tindakan tidak wajar pensyarah dan guru-guru berkenaan, namun akan membuat kenyataan berasingan setelah berbincang dengan jawatankuasa masing-masing.
Oleh : SUHAILA BANDAHALA (sabahkini)
Wednesday, July 20, 2011
Aura Anwar Pugai Warga Semporna?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari dulu lagi DSAI merupakan seorang yang pandai berucap. Pendengar mudah terpengaruh dengannya.
ReplyDeleteItulah kelebihan orang2 politik ni. Bijak menyusun kata. Jual barang pun laku ni.
ReplyDeleteharap rakyat pandai menilai.
ReplyDeleteSilap haribulan kena pecatlah si Arbaa ni.
ReplyDeleteJangan sampai terpedaya dengan madah berhelah Anwar.
ReplyDeleteTidak hairanlah jika orang ramai yang mendengar dan menganggukkan kepala dengan segala yang diucapkan. Entah betul atau tidak belum tahu lagi.
ReplyDeletekebanyakan ahli politik kalau bercakap memang pandai. semuanya macam betul...
ReplyDeleteAnwar mmg klu berkata manis mmg paling manang.
ReplyDeleteAnwar mahu pugai penduduk Semporna, Shafie Afdal punya tempat itu. Kita tengok saja berapa orang yang hadir nanti.
ReplyDeleteberani kerana benar takut kerana salah.
ReplyDeletejangan bertapuk, cakap saja kalau betul.
ReplyDeletejangan pula ada yang dipecat..
ReplyDeleteUp the people.
ReplyDeleteA piece of advice to the people of Semporna, don't easily get influenced by Anwar. What you hear is might not what you get.
ReplyDeleteApa lah ni...baru menghadiri majlis Pembangkang pun mahu pecat ke??? Itu hak masing-masing bah..mau pergi ke atau tidak...itu hak masing2 yg ada otak dan fikiran...hairan juga ni...mcm2 ugutan diterima...digantung lah, dipecat lah... mcm tiada sikul punya org....nanti dlm Undang2----....sesiapa kakitangan ----- yg didapati menghadiri majlis yg di anjurkan Pembangkang, harus dipenjara dan dibuang kerja... baru lah...ngam222...Supaya semua waspada..
ReplyDeletebiar la dia.. lagi dihalang lagi banyak statement dia keluar nanti..
ReplyDeleteWarga Semporna sudah dipukau Anwar.
ReplyDeleteAnwar memang pandai bercakap.
ReplyDeleteDSAI baru datang kat semporna dah mcm-mcm hal pecat sana pecat sini, yang perintah sekarang ni BN.
ReplyDeleteCuba berlaku adil kalau penjawat awam tak boleh mendengar dan berucap dimejelis pembangkang maka patut syarat ini sama juga kalau pati kerajaan UMNO/BN tetapi saya lihat berat sebelah kalau sokong UMNO boleh sehaja ini akan membuat rayat meluat dan sakit hati jadi berlaku adilah baru rayat sayang kerajaan kita ini 1 Malaysia.
ReplyDeletepenakut tu orang BN mau buat keputusan pun ndak berani tunggu kepimpinan lagi jahanam la semua
ReplyDeletennt hilang kerja baru menyesal. hehe. Tanggungjawab mendidik lebih penting daripada berpolitik.
ReplyDeleteTunggulah PRU-13.
ReplyDeleteda ada keja bgs2, gaji besar x pandai bersyukur........
ReplyDelete