Tuesday, July 26, 2011

Biometrik : PR Tolak, MAFREL Pertikai Penggunaannya

Pakatan Rakyat tetap dengan pendiriannya mahu kerajaan menggunakan dakwat kekal sekali gus menolak sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana ia tidak menjamin elemen satu orang satu undi pada waktu pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini,” katanya.

Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan Bersih 2.0 baru-baru ini yang sepatutnya digunakan ketika pilihan raya umum 2008 tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Dalam pada itu, laporan Sinar Harian hari ini memetik Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih melakukan kajian secara terperinci mengenai sistem biometrik.

Kata beliau, segala aspek berkaitan mengenai keupayaan, aplikasi, teknikal, kesan dan kosnya masih di peringkat kajian.

“Kita bekerjasama dengan pakar yang terlibat bagi memastikan keupayaan sistem ini berkesan apabila dilaksanakan kelak.

“Sistem biometrik yang digunakan imigresen berlainan dengan SPR kerana penggunaan kami adalah untuk pilihan raya,” kata beliau lagi.

Wan Ahmad berkata, sistem tersebut telah dikaji sejak 2010 oleh pakar yang dilantik bagi memastikan keupayaan dan tempoh yang dapat digunakan.

Akhbar yang sama memetik Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sistem biometrik mampu membuktikan pilihan raya negara ini telus dan adil.

Seiring dengan pendapat Dr Wan Azizah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata sistem biometrik lebih berisiko untuk dimanipulasi pihak berkepentingan walaupun ia boleh melakukan proses pengesahan pengundi secara elektronik.

Katanya, perkara ini lebih ketara memandangkan pemberian kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa kebelakangan ini.

Laporan Berita Harian memetik Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mod Said berkata sistem biometrik jabatannya, yang akan digunakan oleh SPR, untuk pengesahan pengundi kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya. -tvsnews


Mafrel: Isunya bukan biometrik tapi SPR perlu hapus pengundi hantu

Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas Malaysia (Mafrel) menegaskan sistem biometrik hanya wajar digunakan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat memberi jaminan berjaya menangani isu pengundi hantu sepenuhnya.

Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata sekiranya sistem biometrik masih gagal mengatasi isu pengundi hantu, amat tidak wajar sekiranya SPR menggunakannya ketika pilihan raya ke-13 tetapi lebih baik memperkenalkan dakwat kekal.

“Kita punya pendirian bukan soal biometrik atau dakwa kekal kerana yang penting ia mesti menangani isu keraguan daftar pengundi dan pengundi hantu.

“Jadi cara yang paling mudah, cepat dan efektif adalah dengan menggunakan dakwa kekal, kita sokong guna dakwa kekal sejak pilihan raya umum 2008 kerana ia cara yang paling berkesan untuk menangani isu pengundi hantu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Jelas beliau, sistem biometrik memerlukan kajian yang lebih mendalam selain sukar untuk dilaksanakan kerana perlu mendapat pengesahan banyak pihak termasuk pengundi sendiri.

Justeru kata Syed Ibrahim, amat wajar SPR mengkaji semula keberkesanan sistem biometrik sebelum dilaksanakan.

“Sistem biometrik ini kos lebih tinggi dan persoalannya adalah bagaimana sistem ini beroperasi dan ia juga memerlukan pengesahan dari semua pihak, mungkin sistem ini agak hebat bunyinya tapi bagaimana keberkesanannya.

“Dakwat kekal mudah dan efektif, sistem biometrik ini saya rasakan ia agak sukar untuk dilaksanakan dan ia tidak mudah untuk diterima kerana kita tidak tahu keberkesanannya,” katanya.

Tegas beliau, sekiranya SPR tetap mahu melaksanakan sistem biometrik maka agensi itu perlu memberikan penjelasan kepada semua pihak terutamanya parti-parti politik.

“SPR perlu beri penerangan, macam mana proses, cara beroperasi, apa tindakan pencegahan penipuan, apa keberkesanannya.

“Ia bergantung kepada penerangan yang dilakukan SPR, saya sendiri tidak tahu macam mana sistem biometrik ini beroperasi... sistem ini bunyi hebat tapi bila tiba pilihan raya ia sangat sukar,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada SPR bagi mengadakan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

Laporan media memetik Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih melakukan kajian secara terperinci mengenai sistem biometrik.

Kata beliau, segala aspek berkaitan mengenai keupayaan, aplikasi, teknikal, kesan dan kosnya masih di peringkat kajian.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat terus dengan pendiriannya menolak sistem biometrik dan masih mahu kerajaan menggunakan dakwat kekal.

Penggunaan dakwa kekal merupakan salah satu tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). -TMI

11 comments:
Write comments
  1. SPR perlulah mempertimbangkan penggunaan dakwat kekal.

    ReplyDelete
  2. jangan saja sistem biometrik ini dimanipulasi oleh pihak2 yang berkepentingan.

    ReplyDelete
  3. sistem biometrik kan labih baik, data2 pengundi telah ada dalam sistem. nak juga dakwat kekal, sudah dakwat tu ambil masa lama nak hilang. klu ambil wuduk tak sampai kat kulit.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana dengan negara2 maju yang lain? Adakah mereka mempunyai masalah dengan pengundi hantu? Apakah cara yang mereka gunakan dalam sistem pengundian mereka? Mungkin M'sia boleh mengambil contoh.

    ReplyDelete
  5. Pembangkang rasa mereka akan menang besar jika pengundian menggunakan dakwat hitam?

    ReplyDelete
  6. Kalau guna biometrik ini lagi susah untuk melepaskan dari melakukan undian. Bukan mudah untuk meniru biometrik orang lain.

    ReplyDelete
  7. memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perlu sentiasa dilakukan oleh SPR.

    ReplyDelete
  8. biasalah, pembangkang tidak akan bersetuju dengan cadangan dan buah fikiran kerajaan dan SPR selagi ia bukan datang daripada idea mereka. oleh kerana sistem biometrik ini masih baru di negara kita, maka elok SPR memberi taklimat bagaimana proses operasi, apa tindakan pencegahan penipuan dan apa keberkesanannya kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  9. Hidup amat kepayahan dalam inflasi diMalaysia so kalau kita tinjau dawat hitam lebih efisian dan murah dan mudah dan berkesan.Biometrik ini perlu kos yang tinggi dan kajian yang lama malah data kenabuat untuk seleruh Malaysia (pengundi).Sayang duit tukan bukan sikit so kita support dawat hitam.

    ReplyDelete
  10. Biomatrik dalam pilihan raya 13 ini! pasti ramai tidak dapat buang undi sebab Mykad kita low class selalu tak boleh baca so apa akan jadi masa undi takan pergi JPN tukar Mykad lagi,itu pun mau tukar mykad makan masa lama bukan sejam lagi so kalau PRU mesti ratus ribu orng ke JPN sebab Mykad tak boleh baca.Aku rasa dawat hitam sesuai atau ada orang mau untung projek Biometrik kos 20Juta ini dan mungkin ada mainan dalam undi.Contoh masa kita ke Bank selalu ic reader tak boleh baca so pegawai bank kata pergi ke JPN so fikir2kan lah.

    ReplyDelete
  11. saya harap pandangan tentang masalah MyKad oleh Anon diatas telah diambilkira oleh pihak SPR dan JPN ketika sistem ini masih diperingkat cadangan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.