Friday, July 22, 2011

Video BERSIH PDRM Bohong, Hanya Tayang Detik Terpilih

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menayangkan keseluruhan video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, bukan menayangkan 'detik-detik terpilih'.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, video yang ditayangkan pihak polis semalam tidak menggambarkan secara keseluruhan situasi pada hari tersebut.

"Tayangan video itu tidak memberi apa-apa makna kerana yang ditayangkan hanya saat-saat dan detik-detik pilihan yang tidak menceritakan keseluruhannya.

"Sepatutnya polis kalau dah ada video tunjuk semua, jangan hanya detik-detik tertentu. Kita minta polis tunjuk semua, jangan hanya detik-detik pilihan yang nak tunjukkan mereka baik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sesi tayangan dan taklimat selama satu jam 30 minit yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini petang semalam yang dikatakan bagi menjawab segala dakwaan terhadap salah laku polis.

Video klip itu bagaimanapun hanya menunjukkan 'layanan baik' polis terhadap peserta himpunan termasuk menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa beliau dilanggar pajero polis.

"Saya nampak ianya tidak menujukkan apa-apa konklusi. Video itu tidak menunjukkan saat Mat Sabu jatuh, tak tunjuk sama ada dia jatuh, pajero undur dan langgar dia dan dia jatuh ataupun ada dua buah kereta waja yang langgar dia dan dia jatuh.

"Saya ingat dari segi apa yang ditunjukkan dalam video itu menujukkan bahawa tak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Mat Sabu menipu malahan nampak macam polis nak menipu," katanya yang turut cedera di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata dan menerima enam jahitan.

Tambahnya, tindakan polis memilih video sebelum ditayangkan sehingga mengambil masa selama dua minggu amat menimbulkan keraguan.

"Kenapa saat-saat tertentu sahaja yang polis tunujuk? Masa polis tembak gas masa perhimpunan kenapa tak tunjuk?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Dalam taklimat semalam, polis tutut mendakwa peserta perhimpunan yang banyak melakukan provokasi supaya polis menangkap mereka.

Polis bagaimanapun mengakui kemungkinan melepaskan meriam air ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu. -HD

18 comments:
Write comments
  1. Tidak perlulah tayang kalau macam ni.

    ReplyDelete
  2. polis dah perjelaskan, pembangkang ni masih lagi tak puas hati dan memanipulasikannya.

    ReplyDelete
  3. Rakyat nilai-nilaikanlah pihak mana yang benar.

    ReplyDelete
  4. apa pun penjelasan yang diberikan pihak polis, pasti ada pihak yang tidak berpuas hati.

    ReplyDelete
  5. rasanya polis perlulah memberikan kebenaran dalam hal ini.

    ReplyDelete
  6. tengok la TV mana yang siarkan video tu? macam la rakyat tak tahu, cukup-cukup nak tipu rakyat

    ReplyDelete
  7. yang penting rally ini telah disaksikan oleh dunia...biarlah masing-masing dengan penilaian sendiri.

    ReplyDelete
  8. rakyat kena tahu menilai..

    ReplyDelete
  9. Cukup pembohongan itu. Banyak video telah di upload di youtube, makin banyak 'bukti' ditunjukan polis, makin rakyat tidak mempercayai polis.

    ReplyDelete
  10. Kebenaran tetap kenenaran, biar apa cara gamabar itu di 'edit', banyak lagi video mendedahkan kebenaran dari sudut berbeza.

    ReplyDelete
  11. Rakyat ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu. Keseluruhan bukan sebahagian-bahagian yang terpilih.

    ReplyDelete
  12. Nasib sekarang ada youtube dan fb. Kita boleh cari maklumat dengan lebih mudah.

    ReplyDelete
  13. Polis boleh mendedahkan klip tersebut lebih awal. Klip di youtube diupload setamerta, polis pula kena ambil masa begitu lama baru dapat mendedahkan klip-klip tersebut, orang awam meragui keshaihan klip tersebut.

    ReplyDelete
  14. Lebih baik tangok dlam youtube, banyak dan tidak kena potong.

    ReplyDelete
  15. Itulah tipu berlesen dan orang yang menipu akan sentiasa menipu untuk menutup penipuanya.

    ReplyDelete
  16. patutnya tunjukkan sekali lakonan Suhardi dan Mat Sabu. sebenarnya banyak lagi lakonan2 yang dibuat termasuk melakukan provokasi terhadap pihak polis. isu video Mat Sabu itu patut dinilai berdasarkan kenyataan awal beliau yang mana kononnya beliau dilanggar secara head-on..

    ReplyDelete
  17. ITs best for the people to judge on their own. Judge wisely people.

    ReplyDelete
  18. If they really did it, then admit it. No point hiding the truth when they were people saw what had happened on that day.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.