Friday, July 29, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia Tersingkir


KEPUTUSAN seri 1-1 dengan Singapura dalam perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada malam Khamis menyaksikan Malaysia tersingkir dari kempen pra-kelayakan.

Jaringan pertama Malaysia disumbangkan oleh Safee Sali pada minit yang ke 57 menyebabkan lebih 85,000 penonton bersorak gembira. Malangnya kegembiraan penyokong Malaysia tidak bertahan lama apabila Singapura pula mendapat jaringan pada minit ke 72 hasil jaringan Shi Jiayi.

Dengan keputusan seri itu, Malaysia tersingkir dalam siri kelayakan Piala Dunia 2014. Secara agregat, Singapura menang 6-4.

11 comments:
Write comments
  1. walaupun tersingkir, tapi pasukan Malaysia menunjukkan persembahan yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Berusahalah lain kali.

    ReplyDelete
  3. Bukan rezeki para pemainlah untuk merasa perlawanan Piala Dunia.

    ReplyDelete
  4. mungkin ini bukan rezeki pasukan Malaysia

    ReplyDelete
  5. Pasukan M'sia menampakkan peningkatan walaupun tewas di tangan Singapura. Tahniah kepada K. Rajagopal dan Harimau Malaya. Tingkatkan dan perbaiki benteng pertahanan pasukan. Stadium Bukit Jalil penuh semalam. Semangat seperti inilah yang kita mahu.

    ReplyDelete
  6. Walaupun tersingkir tapi tahniah diucapkan kepada pasukan M'sia. persembahan yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  7. pasukan Malaysia sudah jauh menunjukkan peningkatan berbanding beberapa tahun yang lalu. teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. Kecewa oo.. Tapi nda pa la yg penting M'sia dah berusaha.

    ReplyDelete
  9. Teruskan usaha dan pastikan M'sia mampu menunjukkan keajaiban :)

    ReplyDelete
  10. Jangan berputus asa. Pasukan Malaysia masih mempunyai peluang lain. teruskan berusaha.

    ReplyDelete
  11. Kalah tidah ape, janji kita tahu "kenapa kita kalah".. berusaha lagi di perlawanan yang akan datang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.