Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.
Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.
“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” katanya.
Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.
Saleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.
“Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.
Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.
Pemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.
“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” katanya kepada Harakahdaily semalam.
Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.
Sebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.
Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.
Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.
Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein. MK
Kalau mengikuti demonstrasi, sudah terjangka ada orang yang tercedera.
ReplyDeleteBetulkah Mat Sabu mahu mendakwa polis?
ReplyDeletepenyokong Bersih sanggup mengalami kecederaan/keadan yang sukar asalkan mereka dapat mencapai apa yang mereka hajati.
ReplyDeleteharap tiada penipuan yang dilakukan samada dari pihak penyokong Bersih mahupun anti-Bersih.
ReplyDeleteBukan boleh pakai sangat apa yang dikatakan pembangkang. Pembangkang pun sanggup buat apa saja agar dapat merealisasikan niat mereka.
ReplyDeleteLepas ni tak payah nak buat demo2 lagi.
ReplyDeleteSiapa yang bersalah sebenarnya? Itulah lain kali jangan ikut perhimpunan haram. sudah tahu ini perhimpunan yang tidak digalakkan, tetap mahu teruskan. Tgo sendiri yang mendapat bala.
ReplyDeleteFair and square, Sama2 bayar ganti rugi lagi bagus.
ReplyDeleteSendiri cari masalah sendiri mahu ingatlah. Sudah diberikan amaran oleh pihak berkuasa tapi masih berdegil. Jadi terima sendiri padahnya.
ReplyDeletekebetulan dah terjatuh, jadi dpatlah idea nak kenakan polis. kenyataan pun putar belit. sebelum ni kat pajero yang rempuh, lepas tu kata proton waja pula.
ReplyDeletemasing-masing memutar-belitkan cerita sebenar, entah siapa yang betul..
ReplyDeletenamun yang jelas, rally ini memang membawa impak yang besar di mata dunia.
ReplyDeleteLakukan kesilapan tapi tak berani mengaku?
ReplyDeleteBetul cakap Mat Sabu. Kenapa dia mahu tipu, apa tujuan berlakon? Sakit tu.
ReplyDeleteLihat gambar Anwar bersama bodyguard beliau, berlumuran darah.
ReplyDeleteJika ada bukti menunjukan Mat Sabu tipu, dakwa dia. Bukan cara begini cuma menuduh dengan mulut dan kata kosong.
ReplyDeleteSungguh malang Mat Sabu, sampai terpatah kaki.
ReplyDeletePolis sepatutnya menyiasat dengan adil dan telus, bukan setakat menafikan tuduhan Mat Sabu.
ReplyDeleteJika tuduhan didapati benar, tindakan harus diambil terhadap polis yang melakukan jenayah ini. Sebaliknya, Mat Sabu harus didakwa.
With that huge number of people during the rally, there is no doubt people are going to get injured on that day.
ReplyDeleteGet well soon!
ReplyDeletepelbagai kesan yang timbul. harap tiada lagi perhimpunan seperti ini dilakukan.
ReplyDeletecuba lihat balik kenyataan awal Mat Sabu.. mula2 dia kata dia dilanggar secara berdepan oleh land rover polis.. bila video ini didedahkan dia kata pula dilanggar oleh proton waja.. siapa yang menipu sebenarnya?
ReplyDelete