Saturday, July 30, 2011

Perhimpunan Agung Umno ditetapkan 29 Nov-3 Dis

http://malindokini.files.wordpress.com/2009/10/najibspeech2.jpg?w=278&h=245Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat hari ini menetapkan perhimpunan agung parti itu bagi tahun ini akan dilangsungkan pada 29 November hingga 3 Disember depan.

Presidennya, Datuk Seri Najib Razak berkata perasmian perhimpunan itu akan diadakan pada 29 November manakala bagi ketiga-tiga sayap - Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pula adalah pada 30 November.

Perhimpunan penuh sayap berkenaan dijadualkan berlangsung pada 30 November manakala perhimpunan agung penuh berlangsung selama tiga bermula 1 Disember.

Umno sebelum ini memutuskan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadualkan tahun ini, ditangguhkan selama 18 bulan.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno petang ini, Najib juga berkata jawatankuasa pengurusan memutuskan badan perhubungan negeri Kedah mengambil alih pentadbiran Umno Padang Serai "sehingga masalah di peringkat bahagian dapat diselesaikan".

Najib berkata jawatankuasa itu turut mengumumkan pelepasan penggantungan keahlian empat anggota Umno bahagian Rantau Panjang.

Mereka ialah Datuk Mohd Zain Ismail (bekas Ketua Umno bahagian); Ghazali Ismail (bekas timbalan Ketua bahagian); Fauziah Che Wok (bekas Ketua Wanita Bahagian) dan Fauzi Omar (bekas Ketua Pemuda Bahagian) yang digantung keanggotaan selama tiga ahun pada September 2008.

Dua anggota lagi iaitu Rosli Hasan (Bahagian Bukit Katil, Melaka) digantung iga tahun mulai Mac 2009 manakala Amran Mat (Bahagian Kuala Krai, Kedah) digantung setahun mulai Mac 2009.

Sementara itu, Bernama melaporkan, semasa ditanya sama ada warna merah akan menjadi simbol perjuangan Umno pada
pilihan raya umum akan datang memandangkan kebanyakan negeri memilih warna itu ebagai strategi kempen mereka, Najib berkata terpulang kepada negeri kerana merah merupakan warna Umno.

"Kita pilih warna yang sesuai, Kelantan dan Kedah memilih gelombang merah, Terengganu pula gelombang biru, terpulang... (ini) kerana merah merupakan satu warna yang agak menyala dan dapat menaikan semangat anggota dan penyokong Umno," katanya.

Mengenai strategi pembangkang yang akan menjalankan kempen politik secara agresif pada Ramadan, sedangkan beliau sendiri akan mengurangkan aktiviti turun adang ke negeri-negeri kerana berehat untuk menjalani pembedahan kecil di lutut ada Isnin ini, Najib berkata Umno akan menumpukan kepada program berbentuk ibadat pada bulan puasa.

"Pembangkang dalam kepala mereka hanya politik. Bulan puasa kita buat ibadat dan bagi sumbangan kepada anak yatim dan warga tua," katanya. -MK

22 comments:
Write comments
  1. semoga perhimpunan agong kali ini mencapai hasil yang baik.

    ReplyDelete
  2. nampaknya, PRU-13 pula akan dijalankan tahun depan.semoga segala persiapan dapat dibuat lebih awal.

    ReplyDelete
  3. PRU 13 mungkin dibuat pada tahun depan.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya gerak-gempur persiapan PRU 13 sudah bermula

    ReplyDelete
  5. Baik kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  6. Yang lain, biar rakyat sendiri yang menilai.

    ReplyDelete
  7. harap perhimpunan ini akan memberikan sesuatu yang positif..

    ReplyDelete
  8. Perhimpunan Agong UMNO. Bah bincang baik-baik untuk menangani masalah yang dihadapi sekarang ini.

    ReplyDelete
  9. Kalau macam tu tahun depanla mungkin PRU13.

    ReplyDelete
  10. Pastikan tidak ada kekecohan yang berlaku.

    ReplyDelete
  11. Semoga ada pembaharuan yang dilakukan dan ada improvement berlaku.

    ReplyDelete
  12. Mahmud bin Haji KamaruddinJuly 30, 2011 at 11:47 AM

    Dengan pengumuman ini, nyata pilihanraya tidak akan diadakan tahun ini...tapi ia tidak akan membawa apa2 perubahan yg nyata, kerana apa yg pasti BN pasti akan menang sekali lagi!

    ReplyDelete
  13. Na konpom la ni tahun depan baru PRU. mungkinlah.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. hehe

    ReplyDelete
  15. Gendang PRU 13 makin hampir.

    ReplyDelete
  16. Apa usul yang bakal dibincang dalam perhimpunan agung ini? Pasti berkenaan engan pilihan raya yang akan datang.

    ReplyDelete
  17. PM akan memberi ucapan berunsur motivasi kepada wakil pusat supaya mereka bersedia dengan semangat berbara menghadapi PRU 13.

    ReplyDelete
  18. Warna merah dan kuning? Perang warna pada pru 13?

    ReplyDelete
  19. Perhimpunan ini untuk menyatukan hati semua sayap parti dan ahli-ahli.

    ReplyDelete
  20. UMNO akan berjuang habis-habisan untuk meraih kemenangan cemerlang pada PRU 13.

    ReplyDelete
  21. UMNO tidak mempunyai banyak masa untuk berkempen setiap hari kerana terikat dengan tugas2 sebagai parti pemerintah. pembangkang bukan sahaja mempunyai banyak masa untuk turun padang malah mempunyai banyak masa memutarbelitkan kenyataan pihak tertentu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.