Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah.
Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
“SPR ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai badan mengurus pilihan raya, kita bukan badan penguatkuasaan ... kita tiada kuasa.
“Kita disokong beberapa akta lain seperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta lain yang mana apabila kita mengadakan pilihan raya kita bukan hanya dikawal oleh peraturan sendiri tapi turut dikawal undang-undang lain ... jadi janganlah salahkan kita,” kata Wan Ahmad pada program bertajuk “Apa Selepas 9 Julai” anjuran Kumpulan Media Karangkraf.
Justeru tegas beliau, SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasakan dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Jabatan Peguam Negara.
“SPR bukan badan yang buat undang-undang, apa yang kita boleh lakukan adalah cadangkan undang-undang ini kepada Peguam Negara ... Peguam Negara yang akan buat draf undang-undang sebelum bawa ia ke Parlimen untuk dibahaskan.
“Proses buat undang-undang daripada SPR kepada Peguam Negara, Peguam Negara kepada Parlimen ... kalau nak tukar sistem pilihan raya, ia melibatkan dasar kerajaan dan hanya pemerintah sedia ada yang boleh lakukan.
“Kalau anda (Pakatan Rakyat) memerintah juga sama, jangan aggap SPR sebagai musuh,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.
Turut menjadi panel wacana kali ini ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan dan penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. -TMI
Tuesday, July 26, 2011
Bukti SPR Tidak Bebas, Jadi Alat Pemerintah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPR ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, SPR tiada hak untuk mengubal, memindah atau memansuh undang2. Ini kena bergantung kepada kuasa pemerintah.
ReplyDeleteSPR kenalah lebih adil dan berdikari dalam operasi mereka. Mereka tidak sepatutnya memihak kepada mana-mana pihak.
ReplyDeleteSPR terikat dengan akta. Maka bukan SPR yang perlu didesak. Melainkan kerajaan yang merintah. Dewan Parlimen dan dewan rakyat.
ReplyDeleteMungkin kita perlukan SPR yang tidak beroperasi di bawah perlembagaan persekutuan.
ReplyDeleteJadi kalau kuasa terletak pada pemerintah dan SPR tidak dapat lakukan apa2 maksudnya 8 tuntutan itu hanya boleh diluluskan oleh kerajaan BN.
ReplyDeleteagaknya sukar untuk merealisasikan 8 tuntutan tu.
ReplyDeleteSPR adalah badan bebas dari mana2 pihak.
ReplyDeleteJadi kenapa kecaman diberikan kepada SPR sedangkan tuntutan itu hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan memerintah? Mereka yang 'serang' SPR tak membuat kaji selidik terlebih dahulu kah?
ReplyDeleteDebat ini sudah berakhirkah? Apalah hasil yang dicapai?
ReplyDeleteSPR bukan badan yang buat undang-undang, SPR berfungsi sebagai badan mengurus pilihan raya.
ReplyDeletejikalau demikian, debat ini seharusnya diadakan antara pihak BERSIH dan pihak kerajaan yang memerintah bukannya SPR.
ReplyDeletenampaknya tidak mungkin ada penyelesaian..
ReplyDeleteDengan debat tidak ada jalan penyelesaian sebenarnya. Ini cuma mencari kesalahan orang lain.
ReplyDeletePAS yang sebelum ini anti Ambiga tiba-tiba bersatu dengan Ambiga. Ini semua adalah kerana politik. Mana pendirian PAS sbelum ini.
ReplyDeleteHopefully the election will be clean and fair when the time comes.
ReplyDeleteSPR should be neutral at all times in order for the election to be clean and fair.
ReplyDeleteSPR perlu memberikan yang terbaik untuk PRU yang akan datang ini. Semoga tidak ada lagi perkara yang kurang menyenangkan. PR selagi mereka tidak menang selagi itulah mencari kesalahan pihak lain.
ReplyDeleteJika SPR tiada kuasa melaksanakan 8 tuntutan Bersih, apa yang sebenarnya boleh SPR lakukan? Apa kerja mereka? Cuma mengadakan pilihan raya?
ReplyDeleteJika semua tuntutan Bersih kena rujuk kepada Putrajaya, Baik bubarkan SPR. Ia tidak diperlukan lagi kerana kerja mereka dijalankan oleh Putrajaya.
ReplyDeleteSPR bukan badan ubar akta tapi mereka harus mencadang kepada pihak yang berkenaan dan bukan menafikan tuntutan rakyat.
ReplyDeleteKenapa kena rujuk Putrajaya? Bukankah SPR badan berkecuali? Nak bersihkan senarai pengundi pun tidak ada kuasa?
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi SPR boleh bersara awal bersama pengerusinya kerana tiada kerja untuk mereka lagi.
ReplyDeleteCakap saja bebas tapi ditanya sikit, tanaggungjawap semua tolak ke Putrajaya
ReplyDeleteapa sahaja yang menyentuh kepada perubahan undang2 perlu dibuat di Parlimen. sebelum penganjuran Bersih, tidak ada mana2 ahli parlimen Pakatan yang membawa 8 tuntutan ini ke Parlimen.. kenapa??
ReplyDeleteWakil SPR sepatutnya neutral atau tanpa kongkongan dari mana-mana satu parti. Cari lar kaedah yang sempurna secepat mungkin demi keadilan semasa pilihanraya.. Debat sebegini jika dapat membantu menyelesaikan masalah, ape salahnya, jika tidak, cari lar cara yang lain.
ReplyDelete