Thursday, July 21, 2011

Bini Puaka : 5 Bekas Mahasiswa UM Bebas Tuduhan

Pendakwaraya kes 'bini puaka' memutuskan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membebaskan semua tertuduh pada September lalu.

Sehubungan itu, kelima-lima bekas mahasiswa Universiti Malaya (UM) itu kekal bebas daripada tuduhan cuba melakukan khianat dengan api dan melakukan pencerobohan jenayah dua tahun lalu.

Lima mahasiswa Keputusan itu dimaklumkan kepada seorang peguam mahasiswa berkenaan Zulhazmi Shariff yang hadir dalam pengurusan kes di pejabat timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang lagi peguam mereka Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Pendakwaraya tidak berminat untuk meneruskan rayuan ini. Jadi tiada lanjutan (rayuan). Mahasiswa itu kini 100 peratus bebas, bersih dan suci," katanya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 September lalu memutuskan tiada prima facie dalam kes itu.

Tertuduh - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - dituduh melakukan jenayah bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan Akademi pengajian Pengajian Islam UM pada 24 Jun 2009 kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima bekas mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Kesemua mereka kini sudah menamatkan pelajaran masing-masing di universiti berkenaan. -mk

12 comments:
Write comments
  1. If something like this happen again to Rosmah, we will know who to find.

    ReplyDelete
  2. kebenaran dan keadilan yang telah melepaskan mereka dari tuduhan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Bila masalah seperti ini akan berhenti?

    ReplyDelete
  4. Syukur la semua sudah selesai...now move on with your life!

    ReplyDelete
  5. Dari gambar menunjukkan mereka sangat2 gembira dengan terbebas dari dakwahan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Mereka sebenarnya terlibat ataupun tidak? UM terkenal dengan prestasi akademik yang cemerlang. Tak sangka ada yang sanggup membuat dajal.

    ReplyDelete
  7. jadi, pekara ini boleh dianggap sebagai sudah selesai..

    ReplyDelete
  8. dah dibebakan dari tuduhan, jadi lepas ni berkelakuan baik lah.

    ReplyDelete
  9. Anggap ini sebagai satu pengajaran kepada mereka ini. Selepas ini jangan buat lagi.

    ReplyDelete
  10. Jika mereka sudah bebas dari tuduhan, siapa yang sebenarnya menjadi dalang ke atas perbuatan itu?

    ReplyDelete
  11. yang penting kes ini dah tamat dan kesemua mereka sudahpun menamatkan pelajaran di universiti berkenaan.

    ReplyDelete
  12. golongan pelajar biasanya lebih mudah terpengaruh dengan agenda politik. sebab itu mereka sering menjadi tumpuan pihak tertentu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.