Wednesday, July 20, 2011

BN Lebih Kejam Dari Israel?

KERAJAAN Barisan Nasional Sabah disifatkan lebih kejam daripada Israel kerana bertindak merampas tanah adat Anak Negeri Sabah untuk diluluskan kepada konglomerat perladangan sehingga rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri.

Rampasan tanah khususnya di kawasan Pedalaman Sabah yang dilakukan Konglomerat berkenaan dengan subahat Jabatan Tanah dan Ukur semakin menjadi-jadi; tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusian terhadap sesama insan.

Senario ini banyak berlaku di kawasan Keningau, Pensiangan, Tongod, Ranau dan di tempat-tempat lain; termasuk di Kampung Bawang dan Kampung Tangkarason di Beluran.


RAMPASAN .... Tayan sedih kerana penduduk kampung rugi besar apabila tanaman kelapa sawit yang ditebang oleh penceroboh tajaan kerajaan.

Seorang penduduk pedalaman dihimpit masalah ini, Jakiy Tayan Taja (gambar sisipan) menghubungi Sabahkini.Net meminta agar isu rampasan tanah di kampungnya didedahkan untuk pengetahuan umum dan menagih simpati rakyat Sabah.

Menurut Tayan, Kampung Bawang diasaskan oleh O.T Linotupan Santopo pada 1946 lagi sebagai penempatan perkampungan untuk orang Sungai di Sugut agar tidak merempat di tanah air mereka sendiri.

Manakala Kampung Tangkarason pula diterokai sebagai penempatan perkampungan pada 1977 oleh Majupi OT Linotupan.

“Tindakan kejam Jabatan Tanah dan Ukur merampas tanah adat yang diusahakan Anak Negeri sejak sekian lama tanpa sebarang pampasan adalah terlalu kejam, seiras dengan Yahudi yang merampas tanah penduduk Palestine di Semenanjung Gaza,” kata Tayan yang meyakini Wakil Rakyat turut bersubahat dengan Jabatan Tanah dan Ukur, meluluskan tanah adat kepada syarikat besar daripada Semenanjung.

Tegas Tayan, Kerajaan dan Wakil Rakyat BN sekarang terlalu mengagung-agungkan dan memelihara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada membela kepentingan Orang Asal Sabah sehingga bukan sahaja hak mereka dirampas; malah terpinggir serba serbi.


PROTES.... Hanya inilah yang mampu dilakukan Anak Negeri Sabah sebagai membantah kekejaman kerajaan merampas tanah mereka.

Dengan pemilikan lebih 90 % kawasan ladang kelapa sawit oleh Konglomerat daripada Semenanjung Malaysia, kata Tayan, maka hak Anak Negeri semakin terhakis dan sukar ditebus semula; terutama apabila Kerajaan BN membenarkan penggunaan Sijil Anak negeri Palsu.

Katanya Tayan lagi, rakyat Sabah marah kerana sehingga kini seluas 2,465 ekar tanah adat di Kampung Tangkarason telah dirampas oleh syarikat luar dengan izin Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur; namun kerajaan BN mendiamkan isu penting ini.

“Sekarang pemimpin kerajaan BN/UMNO sombong dan bongkak terhadap para penduduk asli tempatan sejak BN/UMNO mempunyai Fixed Deposit 1.2 Juta PATI yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana PATI adalah sebagai penentu kemenangan UMNO/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti (PRU-13),” ujar Tayan yang kesal kerana tidak ada pemimpin BN yang berani membela Anak Negeri yang ditindas.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FRANCISCA CHEW (sabahkini)

19 comments:
Write comments
  1. Harap penyiasiatan mendalam dijalankan.

    ReplyDelete
  2. Jangan jadi seperti peribahasa ini, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

    ReplyDelete
  3. Hak rakyat Sabah harus dibela. Hentikan penindasan.

    ReplyDelete
  4. di mana perginya parti2 yang menjanjikan untuk memperjuangkan hak2 rakyat Sabah?

    ReplyDelete
  5. Isu tanah ini perlu diamabil serius oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  6. sebarang isu yang berlaku perlulah diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. pertahankan hak2 kita.

    ReplyDelete
  8. Memfitnah lagi kejam dari membunuh. Maksudnya disini, perkara yang PR@Pembangkang yang asyik membuat fitnah lagi kejam dari segalanya.

    ReplyDelete
  9. baru kamu tahu kah sekarang? jadi masih nak undilah BN.

    ReplyDelete
  10. Investigation must be conducted!

    ReplyDelete
  11. I hope the government will take this matter serious.

    ReplyDelete
  12. Hak orang asli mesti dipertahankan.

    ReplyDelete
  13. yang salah dalam hal ini ialah Jabatan Tanah dan Ukur. penduduk kampung patut membawa kes ini terus kepada mahkamah.

    ReplyDelete
  14. Harap kerajaan akan menjaga rakyat mereka.

    ReplyDelete
  15. mana pairin,maxsimus,barnad dompok,nampak perut dah semangkin boroi.undur lah kalau tak boleh buat apa apa untuk rakyat sabah.kantong dah penuh.tak habis makan sampai 7 keturunan.jangan jadi pondan tak berani bersuara kat putrajaya.

    ReplyDelete
  16. mulut dyorag dah dikunci.. tak boleh buat apa-apa.

    ReplyDelete
  17. bersama2 la kita bersatu hati menentang kezaliman demi masa depan penduduk sabah... tunjukan kepada mereka sabah bukan simpanan tetap kerajaan.. buktikan bahawa kuasa rakyat sekali lagi akan menggoncang kerajaan sedia ada..

    ReplyDelete
  18. KDM leaders must stand up for their people.

    ReplyDelete
  19. pastikan pegawai jabatan tanah menerima nsaib yagn setimpal...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.