Tuesday, July 26, 2011

BERSIH Benar, SPR akui pengundi hantu

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

NONE"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Boleh batal kemenangan

Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

wan ahmad wan omar EC secretary in k berangIni kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor. -MK

12 comments:
Write comments
  1. Harap pilihan raya seterusnya akan diadakan secara adil dan bersih.

    ReplyDelete
  2. penubuhan suruhanjaya diraja perlu dipertimbangkan bagi mengkaji sistem perjalan pilihanraya di negara ini.

    ReplyDelete
  3. nampaknya pengundi hantu ni benar2 wujud cuma pihak SPR saja yang cuba menutupi kelemahan tersebut.

    ReplyDelete
  4. penyeralasan senarai pengundi perlu dilakukan bagi memastikan tiada lagi pengundi2 hantu.

    ReplyDelete
  5. Lebih baik SPR mengakui kelemahan mereka daripada berdolak dalih.

    ReplyDelete
  6. SPR seharusnya membersihkan senarai pengundi hantu daripada sistem mereka sebelum PRU 13 ini.

    ReplyDelete
  7. Kita tengok sendiri bagaimana sokongan rakyat dengan BN atau PR nanti. Adakah pengundi hantu punca kekalahan PR atau bukan.

    ReplyDelete
  8. harap pelbagai isu yang timbul ini akan diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. I hope the next election, it will be fair and clean.

    ReplyDelete
  10. Or else, we will have to expect more demo from Bersih.

    ReplyDelete
  11. tidak payah tubuhkan suruhanjaya diraja semata2 untuk memuaskan hati sesetengah pihak.. penubuhan SD juga perlukan wang rakyat yang banyak.

    ReplyDelete
  12. Betul cakap si Neji buat apa tubuh SD baik guna dawat hitam lagi jimat dan gunapakai tuntutan bersih kerana nampak memang membena ketulusan tampa kira parti.we support jangan banyak buang duit membazir.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.