Meskipun usaha tiga tahun masih belum berjaya, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan kali ini.
“Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan,” katanya dipetik Bernama Online.
Umno mengusahakan perbincangan dengan PAS sejak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Terdahulu Ahmad menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di sini malam tadi.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.
“Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini,” katanya.
Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosioekonomi mereka.
Laporan media menyebut kepimpinan Umno dan PAS telah mengadakan pertemuan ke arah kerjasama mereka pada 24 Disember lalu.
PAS sudah banyak mengesahkan ia akan meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP menerusi perikatan Pakatan Rakyat.
Pendirian itu turut ditekankan ketika Muktamar PAS awal bulan lalu. -TMI
Friday, July 29, 2011
Umno masih harapkan kerjasama PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terpulanglah sama ada PAS setuju bekerjasama dengan UMNO ataupun tidak.
ReplyDeletekan lebih baik PAS bekerjasama dgn UMNO. tidak jg berlaku perpecahan dalam kaum Melayu.
ReplyDeleteMasalahnya PAS meragui keikhlasan UMNO.
ReplyDeleteDalam politik, susah nak percaya keikhlasan sesebuah parti. Tak kiralah kerajaan mahupun pembangkang. Masing2 ada agendanya tersendiri.
ReplyDeleteItu terpulang dengan perbincangan kedua parti ini. Adakah bersama atau tidak itu tidak pasti.
ReplyDeleteyang penting, tidak ada paksaaan..ini terpulanglah kepada kedua-dua parti samada ingin berkerjasama secara ikhlas.
ReplyDeleteBekerjasama demi untuk pembangunan negara.
ReplyDeleteTidak mustahil melihat kedua2 pihak bekerjasama kerana matlamat utama adalah untuk kebaikkan bersama.
ReplyDeleteTidak mungkin Pas akan bkerjsama dengan Umno masing2 mempunyai objektif tersendiri.
ReplyDeletesebuah parti bukan hanya memperjuangkan bangsa/agama sesebuah parti melainkan membela nasib semua rakyat M'sia.
ReplyDeleteterserah kepada pendirian mereka berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeleteMasih menunggu kerjasama PAS. Kita tunggu sajalah apa keputusan kedua belah pihak ini. Jangan kasih lama..
ReplyDeleteSusah juga bah mahu bekerjasama kalau masing2 mahu tunjuk hero. huhu
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeleteberkerjasama perlu ada tapi dari sudut mana?
ReplyDeletePucuk pimpinan PAS yang baru dilantik adalah dari golongan yang menolak bekerjasama dengan UMNO.
ReplyDeletelebih baik jika Datuk Ahmad Maslan tidak membuat kenyataan seperti ini.. jangan sesekali buat kenyataan yang boleh membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk bermain2 dengan isu tersebut.. bukannya Datuk Ahmad Maslan tidak faham dengan politik di negara ini.
ReplyDeleteJika kerjasama dua pihak boleh menmanfaatkan rakyat demi kemajuan negara, ape salahnya? Jika hanya untuk manfaat sendiri, fikirkan lar terlebih dahulu.
ReplyDeletejika mereka tidak bekerjasama dalam politik yang penting mereka bersatu sebagai orang Melayu dan sesama Muslim dan 1 masyarakat Malaysia.
ReplyDelete