Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyelar sikap boros kerajaan yang kini membina projekprojek tertentu dengan kaedah runding terus walaupun projek berkenaan menelan belanja bilion ringgit.
Secara sinis beliau menyebut “dahulu sebut milion (juta) kini bilion-bilion (ratusan juta),” katanya semasa berucap di majlis penubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).
AMANAH ialah sebuah NGO yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah serta dianggotai oleh bekasbekas menteri kanan kerajaan BN.
Beliau juga menyebut beberapa projek pembangunan sekitar Lembang Kelang terutama di Sungai Buloh yang melibatkan pemberian tender secara rundingan terus bernilai RM37 bilion pada asalnya.
Namun, kemudiannya boleh menjadi sehingga RM50 bilion ataupun RM70 bilion suatu hari nanti apabila projek ini mahu dimulakan, katanya.
Isu ini sengaja diutarakan Kadir dalam menggambarkan kerajaan yang menerajui negara hari ini semakin tidak mementingkan kebajikan rakyat.
“Jika kita boleh jimatkan RM20 bilion, RM10 bilion secara buat tender terbuka, ini boleh menjimatkan dan boleh kita buat rumah percuma untuk rakyat yang susah,” katanya lagi.
Beliau kesal, mutakhir ini rasuah semakin membarah dalam negara, malah kerajaan yang memimpin gagal mengatasinya.
Meneruskan ucapannya, Kadir yang pernah berkhidmat dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa bimbangnya dengan kemerosotan ekonomi, sosial dan perpaduan yang berlaku di negara ini.
Beliau kesal, kerajaan yang menerajui negara hari ini gagal memikul amanah kemerdekaan yang dicetuskan Tunku Abdul Rahman Putra bagi memastikan negara terus berdaya saing.
Beliau juga bimbang, jika keadaan ini berterusan, negara semakin diambang kehancuran.
Kadir mahu rakyat melakukan perubahan segera bagi menyelamatkan negara daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan diri yang kini tidak lagi menghayati amanah kemerdekaan.
“Kadang-kadang kita begitu yakin, sombong, kita boleh buat salah di tengah terang,” katanya lagi. “Jadi kami disini kjami rasa ini kena berubah dan bawa balik ke pangkal jalan,” katanya.
Dalam ucapannya juga, Kadir ada menyentuh isu perjalanan pilihan raya di negara ini yang tidak lagi dijalankan dengan aspirasi yang diterapkan oleh Tunku Abdul Rahman.
Ujar beliau, ada pandangan menyatakan Berish 2.0 dan disokong oleh parti-parti politik yang mendapat sokongan 48 peratus menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih.
Malah Kadir melihat, adanya cadangan agara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai wakil parti pembangkang dan pilih sistem pilihan raya yang bersih dan telus, ini satu idea yang bagus.
“Kalau benar bersih dan telus (pilihan raya di Malaysia) jangan takut jika wakil pembangkang menyertai SPR.
SPR kena terima cabaran ini dan pinda perlembagaan, biarkan pilihan raya bersih
-Detikdaily
Saturday, July 30, 2011
Dulu projek milion, kini bilion
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dalam melaksanakan sesuatu projek, perlu ada sikap berjimat.
ReplyDeleteberapapun nilai projek yang dilaksanakan biarlah ia memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
ReplyDeleteperancangan projek harus dibuat secara teliti dan sistematik.
ReplyDeleteCukai rakyat mesti digunakan dengan cara yang betul.
ReplyDeleteSekarang bekas2 menteri mula bersuara menegur sikap kerajaan. Kenapa tak tegur dari awal2 lagi?
ReplyDeleteCadangan yang bagus jika SPR mempunyai wakil dari parti pembangkang. Biar adil dan tiada lagi komplen2 lepas ini.
ReplyDeleteyang penting pastikan projek yang dilaksanakan berfaedah untuk rakyat.
ReplyDeleteJanganlah membazir. Susah ba cari duit tu bukan senang. Kalau air liur boleh buat duit lagi senang.
ReplyDeleteEnding. Rakyat yang menderita. Banyak beban yang perlu ditanggung.
ReplyDeleteCepat kayalah kontraktor kerajaan kita jika berterusan begini.
ReplyDeleteJika kualiti bagus apa salahnya membelanjakan begitu banyak duit.
ReplyDeleteDuit boleh dicari, negara banyak pendapatan.
ReplyDeleteBila dah "dibuang", baru tersengih2 menegur...kenapa masa ada kedudukan tak buat?
ReplyDeletekontraktor ini bakal membiayai kos pilihanraya Bn
ReplyDeleteIni kalilah.... Tak hairan jugalah kalau banyak andaian -ve yang timbul. huhu
ReplyDeleteHarap perkara ini dapat disiasat dan pandai2lah rakyat membuat penilaian.
ReplyDeleterakyat digalakan berjimat cermat berbelanja, tapi kerajaan senang hati berbelanja berbilion habis la duit rakyat kalau macam ni..
ReplyDeleteTender terbuka pasti dapat menjimatkan banyak wang rakyat kerana ada pihak yang mampu menyiapkan sesuatu projek itu dengan harga yang paling rendah dan bermutu.
ReplyDeleteWaktu masih dalam kerajaan, tidak pula beliau mengatakan sedemikian. Setelah bersara, bercakap untuk rakyat pula.
ReplyDeleteBukan main projek yang bakal dijalankan di Malaysia, berbilion jumlahnya.
ReplyDeleteKontraktor yang dapat projek kerajaan Malaysia adalah kontraktor yang paling bertuah di dunia kerana mereka dijamin tidak akan mengalami kerugian dan harga projek boleh dinaikan pada masa ke semasa dengan alasan-alasan yang kurang munahsabar.
ReplyDeleteKadang-kala, projek itu gagal dijalankan kerana bantahan atau lain-lain sebab, dapat ganti-rugi pula.
“Kalau benar bersih dan telus (pilihan raya di Malaysia) jangan takut jika wakil pembangkang menyertai SPR.
ReplyDeleteBetul, kalau bersih, apa nak ditakutkan?
Tiba-tiba bekas menteri perlancongan sedar masalah negara.
ReplyDeletemasa dalam kerajaan tak berani buka mulut, sekarang baru nak protes hairan bin ajaib
ReplyDeletesama la.. dulu dia senyap, sekarang dia bising.. dulu senyap sebab dapat $$$, sekarang dia bising sebab tidak dapat $$$..
ReplyDeleteThe most important is any single cent we spent is worth to the benefit for the counrty economy and development.
ReplyDeleteKerajaan memanglah perlu jimat menjalankan projek, jika tidak nanti inflasi akan meningkat lagi malah rakyat akan susah.
ReplyDeleteDuit rakyat patut diguna diatas projek pembangunan yang memanfaatkan rakyat. Malaysia masih dalam keadaan sedang membangun, kesemua projek patut dikaji dengan teliti yang medatangkan manfaat kepada semua rakyat.
ReplyDelete