Friday, July 29, 2011

Tidak mustahil tumbangkan k'jaan pusat

NONETidak ramai yang boleh mendakwa setaraf dengan Lim Kit Siang yang menghabiskan sebahagaian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Kerjaya politik Lim bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan mengikut ISA.

Kali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987. Perjalanan dunia politik Lim sebenarnya penuh berliku - beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

NONEBagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Meskipun cuba menyembunyikan keyakinannya menjelang pilihan raya ke-13 akan datang, tetapi Lim mengakui peluang Pakatan Rakyat semakin cerah setiap hari.

Katanya, himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahaan dan ditambah dengan beberpa kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, desakan rakyat semakin lantang.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik,” kata Lim. -MK

14 comments:
Write comments
  1. Semuanya bergantung pada pihak pembangkang. Jika atur langkah mereka dapat memikat hati rakyat, tidak ada yang mustahil untuk berlaku.

    ReplyDelete
  2. Mungkin banyak yang sudah atas pagar sekarang. Tak tahu nak undi yang mana satu.

    ReplyDelete
  3. kita lihat samada pembangkang mampu lakukan atau tidak.

    ReplyDelete
  4. Tapi jangan terlalu yakin kerana tidak mustahil akan berlaku sebaliknya. Berusaha untuk mendapatkan sesuatu, namun begitu rakyat perlu mempertimbangkan sebaik mungkin bila hari mengundi tiba.

    ReplyDelete
  5. PRU 13 kali ini tentu lebih hangat daripada biasa.

    ReplyDelete
  6. Tunggulah PRU-13 dan kita akan lihat.

    ReplyDelete
  7. Tumbangkan kerajaan Pusat. Itu memang tidak mustahil jika cara kotor dilakukan. Seperti BERSIH.. Ini semua adalah didalangi oleh PR sendiri. Tapi bertapuk dibelakang BERSIH supaya apa yang mereka lakukan tercapai.

    ReplyDelete
  8. tidak ada yang mustahil kalau itulah kehendak-NYA.

    ReplyDelete
  9. soalan pastinya terjawab, tunggu sahaja PRU13.

    ReplyDelete
  10. semua parti pun menyatakan keyakinan untuk mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  11. terserah rakyat la, jika masih berfikiran sempit untuk memilih BN

    ReplyDelete
  12. baguslah jika pakatan pembangkang mempunyai keyakinan seperti itu.. tapi jangan terlebih yakin pula.. setakat kejayaan menghuru harakan negara belum tentu mampu membantu Pakatan untuk merampas kerajaan.. lain la jika Pakatan berjaya menyelesaikan semua masalah rakyat di negeri mereka..

    ReplyDelete
  13. berusaha untuk dapatkan sokongan rakyat. semoga usaha tersebut berbaloi pada pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  14. Rakyat perlukan kerajaan yang sememangnya boleh berusaha demi kemakmuran negara dan keamanan negara. Usaha setiap parti sama ada parti BN atau Pembangkang dapat dinilai dengan mata dan hati setiap rakyat. Kerajaan yang manakah yang rakyat perlukan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.