Tuesday, July 26, 2011

PRU 13 : Pemimpin UMNO Tunggu Suis Dipetik

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/06/bila_pru13.jpgIbarat hanya menunggu suis dipetik, beberapa orang pemimpin bahagian Umno hari ini menyatakan siap siaga menghadapinya jika kerajaan mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Siap siaga itu berikutan manfaat yang diperoleh hasil simulasi pilihan raya peringkat bahagian Umno bermula Jun lepas dan berakhir bulan ini, selain persediaan secara am yang telah dijalankan untuk menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.

Simulasi pilihan raya itu yang pertama kali diadakan juga telah memilih, mengenal pasti nama-nama pengundi, nama-nama calon berpotensi menang dan jawatankuasa pilihan raya parti, yang kini bersedia menghadapi pilihan raya sebenar.

Ketua Umno bahagian Seri Gading Datuk Mohamed Aziz berkata simulasi yang diadakan bertujuan menyegarkan kembali ingatan pekerja dan jentera parti bagi menghadapi situasi sebenar kelak.

"Memang bagus adakan simulasi tapi bukan bermakna kita (di bahagian) tidur. Kita sentiasa bersedia. Ini bukan masanya kita mengambil mudah, tambahan lagi untuk pilihan raya. Bukan apabila hanya ada simulasi saja (kita perlu siap sedia)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam memberi ingatan supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain, selain 'memberi gambaran' pilihan raya umum kian hampir dengan mengatakan masa yang terhad dan tinggal beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

Simulasi pilihan raya itu diadakan atas arahan Ibu Pejabat Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) parti pada 27 Mei lepas memutuskan ia hendaklah diadakan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Mohamed yang juga ahli parlimen Sri Gading berkata sebelum simulasi itu pun pelbagai usaha sudah dilakukan dan jentera peringkat bahagian terus aktif dengan mengetahui tugas masing-masing dan menyusun strategi yang perlu dilakukan apabila tiba masa, kerana pilihan raya hanya diadakan lima tahun sekali.

Mengulas kenyataan Muhyiddin, beliau berkata pucuk pimpinan sedang mengintai-ngintai tarikh yang sesuai dan ini memberikan petanda kepada Umno.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata dengan adanya simulasi, anggotanya lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, selain pendedahan berkesan untuk situasi sebenar.

"Jadi apabila tiba masa sebenar kelak, tugas pergerakan Puteri tidak bertindih dengan yang lain, ini memberi impak positif. Lebih sistematik kita boleh katakan dan bersedia dengan potensi masalah yang akan timbul," katanya yang juga timbalan menteri kesihatan.

Ketua Umno Bahagian Selayang Abdul Shukor Idrus menyifatkan kepentingan simulasi adalah untuk mengetahui cara bagi mengendalikan pengundi-pengundi yang dulunya membelakangkan Umno tapi kini menarik sokongan mereka kembali.

"Kita kenal pasti apa yang perlu dibuat. Apa strategi pembangkang yang kita perlu tangani. Dari segi ceramah, nak buat secara kecil-kecilan dan jumlahnya pula perlu diambilkira. Masa berceramah juga, berapa lama yang sesuai.

"Latihan ini penting walaupun kita secara amnya bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila pun, secara automatik, kalau suis dipetik, kita akan bergerak. Pada masa sama kita akan perkemaskan lagi sementara masa masih ada," katanya yang juga ADUN Kuang, Selangor.

Penggal pilihan raya umum akan datang, tamat pada Mac 2013, iaitu kurang dua tahun dari sekarang.

- Bernama

12 comments:
Write comments
  1. Kita tunggulah PRU-13 untuk bertindak.

    ReplyDelete
  2. baguslah kalau sudah bersedia. selamat berjuang untuk PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  3. persediaan bagi PRU perlu ada sejak awal lagi.

    ReplyDelete
  4. Mantapkan jentera parti sebagai persediaan PRU 13 ini.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya api membara menunggu PRU13 yang akan datang.

    ReplyDelete
  6. Pembangkang sudah mula membuat publisti untuk meraih undi daripada rakyat. BN juga harus bijak mengatur langkah.

    ReplyDelete
  7. persediaan awal memang penting untuk menyediakan jentera yang kuat..

    ReplyDelete
  8. Can't wait for GE13 to come.

    ReplyDelete
  9. All party must do an early preparation to get ready for the GE13.

    ReplyDelete
  10. sentiasa bersedia dan berusaha menarik sokongan lebih baik dari sentiasa menghasut rakyat dan berusaha memburuk2kan negara. good luck!!

    ReplyDelete
  11. Pemimpin UMNO Tunggu Suis Dipetik jangan pulak bil letrik dikasih naik?

    ReplyDelete
  12. Urus Tadbir Kerajaan BN Sabah Sudah Cukup Baik

    Dalam laporan terbaru untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada negeri Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

    Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Manakala, Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

    Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.