Selepas sembilan bulan pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas berlalu, namun belum pun kelihatan janji projek perumahan rakyat seperti terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN).
Projek perumahan berharga RM180 juta itu telah diletak batu asas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya berlangsung.
Jauh sekali untuk melihat projek mega lain dilaksanakan, antaranya Golf Club dan Country Resort bernilai RM856 juta, Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus Universiti Malaysia Kelantan cawangan Gua Musang (RM316 juta).
Lebih memalukan lagi usahkan projek bertaraf mega, projek segera yang dilaksanakan bernilai di bawah RM50,000 pun didakwa belum dibayar kerajaan pusat sehingga sekarang.
Lebih malang lagi masalah itu dialami sendiri anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus yang juga seorang kontraktor.
Beliau mendakwa projek kecil di bawah Kementerian Pelajaran dilaksanakan semasa kempen pilihan raya Galas lalu belum dibayar sehingga sekarang.
Abdul Wahab merupakan kontraktor kelas F diberi tanggungjawab melaksanakan projek-projek kecil di bawah kendalian Kementerian Pelajaran semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas.
“Saya telah mengemukakan tuntutan terhadap projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil Galas sejak Disember lalu.
“Malah pada 10 Julai lalu saya datang menemui pihak terbabit bagi menyelesaikan bayaran tuntutan nilai projek yang telah saya laksanakan.
“Namun segala usaha saya bagi mendapat bayaran projek yang dilaksanakan gagal,” katanya ketika datang mengadu masalah itu kepada penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin di sini baru-baru ini.
Beliau begitu kesal kerana kos yang terpaksa ditanggung bagi menyiapkan projek pilihan raya kecil Galas tidak dibayar kerajaan BN sehingga sekarang. -HD
Tuesday, July 26, 2011
Bahana Undi BN: Kontraktor Galas Belum Dibayar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan terlupa janji, laksanakan dengan segera.
ReplyDeleteKerajaan perlu mengemaskini projek2 yang telah diumumkan agar tidak tercicir.
ReplyDeleteApa yang dijanjikan semasa PRU perlu ditunaikan. Janganlah cakap tak serupa bikin.
ReplyDeleteHarap kerajaan jangan tangguh lagi pembayaran kontraktor untuk menyiapkan projek-projek yang dijanjikan.
ReplyDeletejanji yang ditabur kena ditunaikan dan lakukanlah pembayaran kepada kontraktor yang telah siapkan projek mereka.
ReplyDeleteprojek yang dijanjikan belum ditunaikan dan projek yang sudah siap pula belum dibayar. jika benar dakwaan ini kerajaan BN perlu selesaikan secepat mungkin.jangan biarkan ia mempengaruhi sokongan rakyat.
ReplyDeleteImej kerajaan sejak akhir2 ini semakin tercalar. Sebaik-baiknya bersihkan imej itu dan kotakan janji2 yang dibuat sebelum ini jika masih ingin mendapat sokongan rakyat.
ReplyDeleteSeringkali mendengar aduan bahawa kontraktor lambat mendapat bayaran walaupun projek sudah siap. Sampai bila nak macam ini? Semua orang nak duit untuk teruskan hidup.
ReplyDeleteharap pekara ini akan dapat diselesaikan dengan segera.
ReplyDeleteMulalah pihak lain mencari kesalahan BN dekat-dekat PRU ini. Semua ini untuk menunjukkan betapa kejam dan buruknya kerajaan ini. Sebenarnya itu hanya mainan politik semata-mata.
ReplyDeletePromises that were made must be fulfilled. That is the only way to make sure people will keep supporting you.
ReplyDeleteDon't let the people down.
ReplyDeletemesti ada sebab lain kenapa tidak dapat bayaran walaupun sudah mengemukakan tuntutan.. bagaimana dengan hasil kerja??
ReplyDeleterakyat perlu tukar corak fikiran. Tolak projek segera yang dijanjikna waktu pilihan raya.
ReplyDeleteProjek sedemikian tidak membawa perubahan keseluruhan yang boleh memanfaatkan lebih ramai orang.
Yang buat janji sila tunaikan janji. Jangan anggap rakyat ini bodoh atau sebagai pengemis. Pembangunan adalah tugas kerajaan dan bukan pembangkang.
ReplyDeleteBukan senang buat kontraktor tersebut, kena tanggung kos kontrak sebelum dibayar.
ReplyDeleteProjek yang dijanjikan ketika pilihan raya banyak yang tidak dilaksanakan. Mungkin kerajaan terlalu sibuk.
ReplyDeleteRakyat suka dan percaya dengan janji-janji. Biarpun berkali-kali janji tidak dikotakan.
ReplyDeleteJangan lagi ditipu kali kedua. Teruskan usaha menuntut dari pihak berkenaan agar projek yang dijanjikan dapat dilaksanakan.
ReplyDeleteApekah yang berlaku yang menyebabkan bayaran belum dilangsaikan lagi? Perlu dikaji dan siasat dan mencari cara penyelesaian tanpa membebankan mana-mana satu pihak i.e. Pihak kontracktor atau pengguna.
ReplyDelete