Saturday, July 30, 2011

Ulama Muda keluar Umno?

Antara Terkepit & Tersepit. Nabi dah pesan, orang mukmin jangan dipatut dua kali dalam satu lubang. Dah berbuih diberi pesanan agar ulama menjauhi Parti Sekular Umno, tetapi sebahagian ulama muda kononnya nak buat transpornmasi dalam Umno.

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno adalah usaha membaiki dari dalam Umno. Tapi apa yang Anwar dapat. Mata Lebam!. Ketika ulama menyertai Umno untuk menentang Malayan_Union tetapi apa yang ulama dapat? Loteri Kebajikan!

Ketika Ulama Muda dengan beberapa pimpinannya yang menghadapi tekanan akibat mengajar tanpa tauliah termasuk perbicaraan di Negeri Sembilan. Tersepit dengan tekanan undang-undang itu mereka akhirnya didesak agar masuk Umno. Dan selepas itu nampaknya isu tersebut sudah reda. Tetapi kini, nampaknya isu itu bergolak kembali. Mereka terkepit pula dengan isu keganasan dan teroris pula. Ahak!.. terlepas mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Sudah lama diingat bahwa Umno bukan tempat untuk berteduh! Apalah faedahnya menabur jasa kepada Umno.. kain terlepas, tangan terkena tahik.

Jalan yang terbaik buat Ulama muda Umno ialah keluar dari Umno beramai-ramai menyertai Pakatan Rakyat dan bersama-sama berani menumbangkan kerajaan zalim Umno-BN ini. Jangan dok ingat sangat kat ‘sampul’ tu. Selamat berjuang wahai Ulama Muda!!!

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.
Selain Asri, seramai 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.
Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.
“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.


-Ulama Muda keluar Umno?

20 comments:
Write comments
  1. para ulama seharusnya menjadi pembimbing dan penasihat kepada pemimpin bagi memastikan pemerintahan berlaku dgn adil dan saksama.

    ReplyDelete
  2. Jangan politikkan agama.

    ReplyDelete
  3. rasanya golongan ulama ni perlu bataskan diri dalam arena politik.

    ReplyDelete
  4. rasanya ini cumalah kahbar angin saja..

    ReplyDelete
  5. Terpulanglah dengan mereka sendiri untuk memilih yang terbaik untuk mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kalau mahu keluar pun, itu kebebasan mereka.

    ReplyDelete
  7. Tiada sesiapa boleh paksa mereka keluar ataupun tinggal dalam UMNO. Terpulanglah dengan kemahuan mereka.

    ReplyDelete
  8. Mahmud bin Haji KamaruddinJuly 30, 2011 at 11:55 AM

    Sudah masuk, kenapa nak keluar lagi? berdiri di mana2 pun tak kisah, asal dalam hati ada keikhlasan untuk mengajar & berjuang..

    ReplyDelete
  9. Inilah susahnya, kalau sikit2 di kasi kait ma politik. huhu

    ReplyDelete
  10. Apapun, terpulang pada setiap individu punya penilaian. hehe

    ReplyDelete
  11. Ulama Muda keluar Umno, bagus juga tak la asyik angguk-angguk jer

    ReplyDelete
  12. Bukan mereka baru menyertai UMNO? Kenapa keluar tiba-tiba?

    ReplyDelete
  13. Bukan senang jika tidak sehaluan atau berlainan fahaman.

    ReplyDelete
  14. Ini maklumat yang belum disahkan?

    ReplyDelete
  15. Ulamak muda mempunyai ilmu agama yang baik dan fikiran terbuka. Platfom untuk mereka berprestasi berlainan dengan ahli politik biasa.

    ReplyDelete
  16. Jalan yang terbaik buat Ulama muda Umno ialah keluar dari Umno beramai-ramai menyertai Pakatan Rakyat dan bersama-sama berani menumbangkan kerajaan zalim Umno-BN ini.

    Ini cuma pandangan dari penyokong PR.

    ReplyDelete
  17. Ulamak muda tersebut boleh jadi teras perubahan UMNO supaya UMNO mendapat sokongan yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  18. kepada pihak yang menghasut supaya ulama muda keluar UMNO, cari la kerja lain yang lebih berfaedah.. sedar2 la diri tu.

    ReplyDelete
  19. "Ulama muda" to involve themself in politics, is it something went wrong..?? Anyway, whoever is capable are most welcome for the improvement of the country.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.