Saturday, July 30, 2011

BERSIH 2.0 : Video Sebenar Dikeluarkan Nafi Video Palsu PDRM

Peguam-peguam PKR menayangkan rakaman video mereka sendiri, yang dirakamkan ketika 9 Julai lalu di kawasan terowong KL Sentral, sebagai respons kepada dakwaan polis kononnya peserta perhimpunan memprovokasi pasukan keselamatan sehingga memaksa menggunakan gas pemedih mata.

Polis menayangkan rakaman video mereka Khamis lalu dan kemudian disiarkan menerusi RTM sejak itu.

KL Sentral merupakan antara lokasi menjadi fokus pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhimpun sebelum cuba bergerak ke kawasan Stadium Merdeka.

Naib Presiden N. Surendran, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan anggota Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri menayangkan rakaman yang dirakamkan oleh Free Malaysia Today dan TV Selangor kepada media hari ini sambil menafikan satu demi satu dakwaan pihak polis.

Peguam-peguam itu berkata, dalam satu klip, Ketua Polis Daedah Brickfields Wan Bari Wan Khalid kelihatan menjerit ke arah para peserta agar bersurai dan dalam satu minit kemudian mengarahkan pegawainya melepaskan tembakan dan memekik “bawah” sebanyak tiga kali sebelum 12 tembakan kedengaran.

Sebelum tembakan gas pemedih dilepaskan, kumpulan peserta perhimpunan bersemuka dengan barisan anggota polis dari satu jarak yang agak jauh.

“Persoalan kami, adakah sesuatu yang sah bagi polis melepaskan begitu banyak tembakan ke atas mereka yang menyertai demostrasi? Bukan kumpulan yang besar ketika itu, ia ruang kecil di dalam terowong,” katanya lagi.

Sivarasa menambah, polis juga seharusnya memberi penunjuk perasaan masa selama lima minit untuk bersurai sebelum memberikan amaran kedua dan ketiga.

Satu lagi klip menunjukkan seorang lelaki dihalang oleh polis dan seorang lagi anggota polis pula memukulannya berulang kali menggunakan cota.

Khamis lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata, enam pasukan penyiasat polis telah menjalankan siasatan mereka berhubung dakwaan tindakan keras yang digunakan untuk menangani perhimpunan 9 Julai dan tidak menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0.

Hari ini, Ketua cabang Klang Yew Boon memberitahu pemberita bahawa kanister gas pemedih terkena bahagian mata sebelah kiri, sekali gus menyebabkan luka kecil.

“Saya kecewa dengan tindakan polis, tidak berperikemanusiaan dan kejam,” kata beliau.

“Orang ramai tidak berniat dan secara fizikal untuk menyerang, sebaliknya mereka (polis) yang menyerang kami, kami semua warganegara yang mencintai keamanan dan keadilan, tetapi kini nampaknya pihak polis tidak berfikiran begitu dan menggunakan pendekatan melampau, bukan saya seorang yang mengalami kecederaan,” kata beliau.

Sivarasa berkata Yew bukan satu-satunya yang terkena tembakan di bahagian kepala.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terkena di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan manakala pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry, 25, mengalami kecederaan lebih teruk. Kanister terkena di bahagian muka.

“Tidak dapat dinafikan bahawa raifal gas pemedih mata dengan sengaja, bukan sahaja dituju ke arah orang ramai, tetapi juga ke arah kepala mereka dengan niat mahu menyebabkan kecederaan serius.

“Hakikatnya, tiga orang, dalam kumpulan yang anda lihat dalam video, menerima tembakan di bahagian kepala bukan secara kebetulan. Raifal dihalakan terus ke bahagian kepala dengan niat mahu menyebabkan kecederaan serius,” kata beliau.

Beliau juga berkata, Naib Presiden Chua Tian Chang yang turut dikenali sebagai Tian Chua berjalan ke arah kiri, melepasi anggota polis untuk mengelakkan gas pemedih mata, tetapi ditahan oleh anggota polis berpakaian biasa, sekali gus pihak mendakwa dia mencetuskan provokasi.

“Polis ada mengeluarkan beberapa video dan mereka kelihatan memfokus ke atas YB Tian Chua berlari bersama beberapa yang lain, seolah-olah cuba menunjukkan bahawa beliau berlari ke arah polis.

“Video hari ini menunjukkan bahawa ia satu pembohongan sama sekali, satu tindakan memutar belit . . . anda boleh melihat apa yang beliau sebenarnya lakukan,” kata beliau.

Surendran berulang kali menyifatkan agar tindakan polis itu diklasifikasikan sebagai percubaan membunuh. -TMI


26 comments:
Write comments
  1. entah mana satu yang boleh dipercayai ni. rakyat pandai2lah menilai.

    ReplyDelete
  2. Semua ini memang sudah diramalkan untuk berlaku. Kenapa pihak bersih masih juga meneruskan perhimpunan itu.

    ReplyDelete
  3. Harap tidak ada lagi perhimpunan haram dilakukan dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  4. masing2 ada video versi mereka sendiri.

    ReplyDelete
  5. Pandai-pandailah kita menilai.

    ReplyDelete
  6. Wah, ada video versi pihak masing2. Apalh kesudahan isu ini?

    ReplyDelete
  7. Berkumpul di satu tempat dan tayangkan video masing2. Biar penonton nilai sendiri.

    ReplyDelete
  8. video pun boleh palsu??? haiyaa

    ReplyDelete
  9. Mana satu yang betul ini. Confuse.

    ReplyDelete
  10. masing-masing ada hujah mereka sendiri...jika tiada perhimpunan mungkin semua ini tidak berlaku.

    ReplyDelete
  11. Tidak tahu lagi mana yang betul dan yang mana salah. BERSIH telah melanggar amaran, jadi kira ini salah BERSIH lah sendiri. Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa atas kerelaan BERSIH sendiri yang sanggup berkorban.

    ReplyDelete
  12. What do you expect the police will do to a bunch of tugs?

    ReplyDelete
  13. Tak kisahlah apapun bukti yang diberikan.. Yang penting adalah penilaian rakyat.

    ReplyDelete
  14. Jadi rakyat harus tahu apa yang perlu dilakukan. Jangan mudah percaya dengan mana2 pihak dan bertindak kurang matang.

    ReplyDelete
  15. rakyat bijak menilai

    ReplyDelete
  16. Polis jangan ganas sama rayat berhimpun aman mereka bukan penjenaya dan terroris cuma mau hantar memo ke agung dan selesai itu aje kenapa lanyak macam cara israel.

    ReplyDelete
  17. Pelunsung gas pemedih mata tidak boleh ditembak terus menuju orang ramai. Ada peraturan mengawalnya. Siasat polis yang menembak gas pemedih mata terus pada peserta perhimpunan Bersih.

    ReplyDelete
  18. Jangan anggap rakyat sebagai musuh atau penganas. Itu satu perhimpunan aman yang berhasrat menyampaikan bantahan kepada kerajaan berkenaan perubahan sistem pilihan raya supaya jadi lebih sempurna.

    ReplyDelete
  19. Jelas polis tidak menyuraikan perhimpunan tersebut mengikuti protokol.

    ReplyDelete
  20. Cuba fikir siapa yang dipercayai rakyat, polis atau PR, Bersih dan ngo?

    ReplyDelete
  21. Jika benar rifal pemedih mata dituju terus pada rakyat dan berniat menyebabkan kecederaan serius, polis tersebut dan pegawainya mesti disiasat dan diambil tindakan.

    ReplyDelete
  22. Jarang dengar berita bahawa kanister gas menyebabkan kecederaan. Ini bukan satu orang, malah lebih dari itu, pasti ada sesuatu yang tidak terkena.

    ReplyDelete
  23. siasat polis ni ,mereka antara mencetus kegenasan , bersih bukan merusuh pun,cuma berhimpun bukan melawan, bego punya polis ni.....

    ReplyDelete
  24. tidak cukup ka masa yang diberikan oleh pihak polis sehingga perlu ada 5 minit untuk mengarahkan mereka bersurai?? polis sudah memberi amaran beberapa hari sebelum perhimpunan itu bermula.. 1 hari amat jauh bezanya dengan 5 minit..

    kedegilan mereka untuk terus mengadakan perhimpunan itu juga merupakan satu provokasi kerana tindakan itu seolah2 mencabar pihak berkuasa..

    ReplyDelete
  25. Memang susahlah percaya apa-apa saja yang berlaku dengan video ini. Harap dapat mencari keselesaiannya.

    ReplyDelete
  26. What you see may not be truth.. what you hear may not be truth.. Judge it with your own heart.. may be you can see more..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.