Tuesday, July 19, 2011

Najib disambut dengan lagu 'Yellow Submarine'

Protes terakhir Jumaat lalu semasa lawatan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak ke London menyaksikan tidak kurang 50 orang rakyat Malaysia dan juga asing berpakaian serba kuning dengan iringi lagu the Beatles 'Yellow Submarine'.

NONETindakan itu sebagai membantah tekanan, sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Bertempat di hadapan Hotel Intercontinental, London, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Ya kepada pelancongan, tidak kepada penyiksaan”, “Bebaskan pemimpin kami sekarang”, “Hentikan tahanan tanpa perbicaraan”, “Hentikan perdagangan dengan Malaysia yang kejam' dan melaungkan “Malu, malu, malu Najib”.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu dalam perjalanan ke hotel untuk makan malam.

Tunjuk perasaan bermula pada jam 7 malam hingga 8 malam, 15 Jun dan menurut seorang pemimpin pemuda PKR Ginie Lim ia mendapat sambutan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Britain.

NONEHanya Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog selama 15 minit dengan penunjuk perasaan manakala perdana menteri, isteri dan sepupunya terus mengangkat kaki menuju hotel berkenaan.

Katanya, beliau prihatin dengan apa yang diluahkan oleh penunjuk perasaan itu tetapi kerajaan perlu menjaga keselamatan orang ramai termasuk ahli perniagaan di kawasan perhimpunan berkenaan.

Anifah juga mempertahankan tindakan keras polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

“Tindakan polis berpatutan. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan jika terjadi huru hara itu mungkin menimbulkan rusuhan perkauman. Kami tidak mahu ambil risiko.

NONE“Awak tidak tahu apa yang berlaku di sana, awak tidak berada di sana” katanya.

Anifah juga ditanya mengenai tahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Bagaimanapun apabila ditanya bila mereka itu akan dibebaskan, Anifah meminta mereka bertanyakan kepada Hishammuddin. -MK

16 comments:
Write comments
  1. Semua yang ada warna kuning pun digunakan dalam Bersih. Termasuklah lagu Yellow Submarine.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa Najib sudah berasa tekanan daripada perjuang Bersih.

    ReplyDelete
  3. tindakan Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog selama 15 minit dengan penunjuk perasaan adalah satu tindakan berani dan baik.

    ReplyDelete
  4. saya kagum dengan Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog dengan penunjuk perasaan.

    ReplyDelete
  5. Satu contoh yang baik ditunjukkan oleh Anifah.

    ReplyDelete
  6. Memang menyindir betul lah lagu Yellow Submarine itu. Haha!

    ReplyDelete
  7. Anifah mengambil tindakan yang bijak. Mencerminkan kewibawaan dan kepimpinan seorang menteri.

    ReplyDelete
  8. Sudah tentu penunjuk perasaan di London memandang positif terhadap Anifah.

    ReplyDelete
  9. lawatan PM kebelakangan ini sering disambut oleh penyokong Bersih. pasti PM berusaha mengawal diri dan perasaan sekarang.

    ReplyDelete
  10. harap keadaan ini tidak mengganggu hubungan PM dan pemimpin2 luar.

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Anifah memang pemimpin yang berani. Tahniah kepada Anifah.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya Anifah memang pemimpin yang berani. Tahniah kepada Anifah.

    ReplyDelete
  13. Semoga tindakan Anifah itu dapat meyakinkan pelabr-pelabur asing datang melabur di Malaysia.

    ReplyDelete
  14. di Malaysia, tidak la ramai sangat yang menyokong Bersih. sebab mereka tahu keadaan sebenar. yang orang luar memang mudah jadi mangsa hasutan pihak tertentu kerana mereka tidak tahu situasi sebenar..

    ReplyDelete
  15. whoa, even the foreigners are involved in the Bersih demo.

    ReplyDelete
  16. It must be tough for the PM to go through another bersih outside of Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.