Thursday, July 21, 2011

BERS✔H Akhinya Berjaya Serah Dokumen 8 Perkara Kepada Agong

Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 semalam berjaya menyerahkan memorandumnya yang mengandungi lapan perkara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, lapor sebuah laman berita setempat.

Encik Richard Yeoh dan Encik Liau Kok Fah, dua anggota jawatankuasa pandu Bersih 2.0, menyerahkan memorandum itu kepada seorang pembantu setiausaha peribadi Sultan Mizan pada sebelah petang.

'Memorandum itu menggesa agar diadakan pembaharuan (proses) pilihan raya,' kata Encik Liau kepada laman berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT), semalam.

Antara lain, memorandum Bersih 2.0 itu menggesa agar dikemaskinikan senarai pengundi bagi pilihan raya mendatang, membaharui amalan undi pos dan menghentikan politik kotor dan rasuah.

Ia juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan dakwat tidak boleh dikikis bagi setiap pengundi, mengadakan tempoh berkempen selama 21 hari, akses media yang bebas dan adil, serta pengukuhan institusi awam seperti SPR.

Selain itu, Bersih 2.0 turut menggesa agar enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk seorang Ahli Parlimen (AP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam satu perkembangan lain pula, Datuk Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau marah dengan serangan peribadi para pemimpin Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap Ketua Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

'Saya rasa rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,' kata Datuk Marina, seperti yang disiarkan oleh laman berita Indonesia, VIVANews.com.

Anak sulung Dr Mahathir itu menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih tetapi mengakui dirinya bernasib baik kerana menyertai perhimpunan itu di kawasan polis tidak langsung bertindak keras.

Namun, menurutnya, para pembantah di tempat lain mengalami tindakan kekerasan berlebihan daripada polis.

'Ada banyak cerita daripada peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka terkenan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,' katanya.

Datuk Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, mereka tetap diserang polis, walaupun telah melarikan diri, dengan tembakan gas pemedih mata hingga dalam pekarangan Hospital Tung Shin. -GB

19 comments:
Write comments
  1. Harap Angong akan meneliti dokumen 8 perkara ini dan membuat keputusan yang terbaik untuk semua. Daulat Tuanku!

    ReplyDelete
  2. Semoga isu ini menemui jalan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  3. Its all up to the Agong now in how he solve this issue.

    ReplyDelete
  4. Hopefully BERSIH mission will accomplish or else they wouldn't stop.

    ReplyDelete
  5. Oleh itu Agong harus memainkan peranan penting agar isu ini tidak dipanjangkan lagi. Kenapa Bersih tak serah dokumen memorandum itu awal2 lagi ketika menghadap Agong sebelum ini?

    ReplyDelete
  6. selepas penyerahan dokumen 8 tuntutan Bersih kepada Agong dan forum antara SPR dan Bersih dibuat, diharap satu keputusan bersama dapat dicapai dan keadaan akan beransur reda .

    ReplyDelete
  7. memorandum sudah dihantar. jadi tunggu sajalah maklumbalas mengenai pekara ini.

    ReplyDelete
  8. Then, just wait respond from agong.

    ReplyDelete
  9. kan bagus jika Bersih hantar memorandum lebih awal dgn cara ini tanpa melakukan perhimpunan. tiada jg tmbul masalah. apapun, kita tunggu maklumbalas dari YDPA.

    ReplyDelete
  10. Jadi jika benar sudah sampai ketangan Agong. Tidak perlu lagi BERSIH dihebohkan. Selesai disini saja.

    ReplyDelete
  11. Jika ada tindakan susulan lagi bagus. Tapi mereka kena berjanji tidak akan melakkukan sebarang perhimpunan haram lagi.

    ReplyDelete
  12. harap ada persetujuan dan penyelesaiannya selepas ini.

    ReplyDelete
  13. jangan pula ada lagi pihak yang membantah atau tidak puas hati selepas keputusan dari Agong.

    ReplyDelete
  14. Harap Agong akan mengadili 8 perkara ini.

    ReplyDelete
  15. kenapa tidak serahkan memorandum itu lebih awal atau ketika penganjur Bersih datang berjumpa Agong??

    ReplyDelete
  16. dah pun perhimpunan BERSIH, biar rakyat tahu juga apa yang memorandum diserahkan dengan aman

    ReplyDelete
  17. Setiap usaha yang baik perlu pengorbanan sama ada cepat dan lambat hasilnya maka kesabaran dipelukan tetapi janganlag jadi orang yang tahu memperkecilkan usaha kebaikan namun kelak berjaya mereka dapat semangkuk dari usaha kebaikan ini.

    ReplyDelete
  18. RAKYAT bebas bersuara,

    ReplyDelete
  19. Agong pun sudah memberi pandangan beliau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.