Thursday, July 28, 2011

BERS✔H: Biometrik Bukan Penyelesaian Untuk Undi Bertindih

Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk mengatasi masalah pengundi hantu tidak harus bersandar kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semata- mata, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreneevasan.

Ini kerana JPN sendiri tidak mempunyai rekod lengkap mengenai individu yang telah meninggal dunia, sekaligus memberi ruang kepada pihak tertentu memanipulasi butiran mereka untuk dimasukkan dalam daftar pengundi SPR, kata beliau.

Bercakap dalam forum "Apa Selepas 9 Julai" sebentar tadi, Ambiga mengambil sikap terbuka kepada cadangan SPR menggunakan teknologi biometrik namun mempersoalkan keupayaan JPN memastikan rekod- rekodnya adalah tepat dan terkini.

"Saya risau kerana sistem biometrik akan bergantung sepenuhnya terhadap JPN yang tidak boleh mengesan orang mati. Saya ada masalah dengan itu," kata beliau.

Justeru, saranan supaya SPR memperkenalkan dakwat kekal untuk mengelak isu pengundi bertindih adalah jauh lebih rasional, murah dan mudah untuk dilaksanakan.

Parti Keadilan Rakyat baru- baru ini mengenalpasti lebih 1,607 pengundi yang sudah mati di Perak tetapi masih disenaraikan dalam daftar SPR.

SPR sering dikecam bersabit dakwaan- dakwaan bahawa daftar pengundi dimanipulasi bagi membolehkan pengundian dua kali oleh individu sama atau kes individu menggunakan butiran pihak lain untuk mengundi.

Ambiga hari ini tampil di sebuah wacana untuk membincangkan hala tuju sistem pilihanraya susulan perhimpunan aman Bersih 9 Julai lalu.

Hadir sama di wacana itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar termasuk Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ambiga seterusnya mempersolkan sama ada SPR mampu melaksanakan sistem biometrik menjelang pilihan raya umum yang dijangka di adakah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

"Ia melibatkan jumlah teknologi yang besar. Sistem ini akan mudah tergendala kerana melibatkan sistem yang rumit," ujar beliau.

Beliau seterusnya menyarankan SPR mengorak langkah melaksanakan pendaftaran pengundi undi secara automatik apabila seseorang mencapai usia 21 tahun.

Ambiga gusar sistem yang ada sekarang akan menafikan hampir 3.5 juta pengundi hak untuk mengundi, semata- mata kerana nama- nama mereka tidak sempat diwartakan dalam daftar pengundi terbaru.

"Kita perlu mengorak langkah untuk memastikan (mereka boleh mengundi) dan bukan halang mereka. Untuk daftar pengundi mudah tapi (untuk mengundi mereka) terpaksa menunggu beberapa bulan. Tiga juta orang (kemungkinan) tidak boleh mengundi dan itu melanggar perlembagaan," ujarnya lagi disahut tepukan para hadirin. -tvsnews

20 comments:
Write comments
  1. Harap SPR akan menggunakan cara yang lebih adil untuk mengira undi.

    ReplyDelete
  2. Selain itu, harap rakyat juga akan keluar mengundi pada hari itu.

    ReplyDelete
  3. lebih baik SPR, kerajaan dan pengerusi Bersih sama2 membincangkan kaedah yang adil dan diterima semua pihak untuk PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  4. 'Parti Keadilan Rakyat baru- baru ini mengenalpasti lebih 1,607 pengundi yang sudah mati di Perak tetapi masih disenaraikan dalam daftar SPR.'

    diharap pihak SPR sentiasa mengemaskini senarai daftar SPR bersama dengan pihak JPN.

    ReplyDelete
  5. harap isu ini akan diuruskan dengan sebaiknya dan dapat memastikan sebarang kaedah yang digunakan adalah adil.

    ReplyDelete
  6. kalau pembangkang semua lah mereka nak bangkang.

    ReplyDelete
  7. SPR harus perbaiki sistem mereka agar kredibiliti mereka tak diragui lagi.

    ReplyDelete
  8. Tak salah untuk menuntut sistem pendaftaran dan pengundian diperbaiki. Tetapi apabila pembangkang campur tangan, nampak sangat untuk kepentingan parti semata-mata.

    ReplyDelete
  9. Jadi apa penyelesaian untuk pengundi bertindih??Rasanya ini sudah boleh menyelesaikan masalah itu. Agak sukar untuk melepasi cap jari yang sama dalam satu masa.

    ReplyDelete
  10. Rekod JPN kenalah kemaskini terlebih dahulu. Jika tidak sia-sia saja seala usaha SPR.

    ReplyDelete
  11. Corak fikiran SPR tidak berubah, segalanya cuma kata-kata kosong dan tidak membawa apa-apa makna.

    ReplyDelete
  12. SPR harus merendahkan diri dan engar cadangan berbagai pihak agar badan itu memulihkan kehormatanya dari rakyat.

    ReplyDelete
  13. Sudah berkali-kali pembangkang mendedahkan terdapat pengundi-pengundi yang berumur lebih dari 100 tahun. Mustahilkan kalau ada begitu ramai pengundi tua dalam satu kawasan.

    ReplyDelete
  14. semoga SPR dapat melaksanakan cara yang lebih tepat dan adil untuk mengira undi.

    ReplyDelete
  15. Semua agensi yang terlibat sama-sama kena buat perubahan supaya sistem pilihan raya Malaysia menjadi semakin baik.

    ReplyDelete
  16. Cadangan demi cadangan cuma engan satu tujuan iaitu satu pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih.

    ReplyDelete
  17. I think any other ways also the system can be easily be manipulated.

    ReplyDelete
  18. Lets just hope that when GE come, it will be fair and clean.

    ReplyDelete
  19. MP Pakatan patut bawa kelapan2 tuntutan Bersih ini ke Parlimen kerana hanya parlimen sahaja yang boleh melakukan perubahan terhadap tuntutan yang melibatkan akta atau undang2. persoalannya, pernah ka MP Pakatan bawa isu ini ke Parlimen??

    ReplyDelete
  20. Cuba kaji balik kaedah/cara/system SPR sebelum ini bermasalah? Jika ada, system yang lebih sempurna/wajar diperlukan untuk SPR yang akan datang demi KEADILAN.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.