Tuesday, July 26, 2011

Langkah BN kawal inflasi bebankan golongan muda

inflationTindakan kerajaan menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi, sebenarnya memberi tekanan dan bebanan khususnya ke atas golongan muda dan berkeluarga, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

“Tindakan Bank Negara Malaysia yang dijangkakan akan menaikkan kadar pinjaman asas/kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan dengan masalah inflasi akan juga membawa kesan kepada golongan muda dan yang berkeluarga, sekiranya tindakan itu tidak disusuli dengan bantuan yang khusus kepada mereka,” katanya.

youth leaders wacana ekonomi 120611 rafizi ramli.JPGSebagai contoh, kata Rafizi kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas telah menyebabkan peningkatan kos tambahan sekurang-kurangnya RM50 bagi keluarga yang mempunyai pinjaman perumahan RM280,000. Nilai itu adalah harga purata sebuah rumah kos sederhana di kawasan bandar dan separa bandar.

“Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta...

“Kesan berganda daripada peningkatan ini; apabila dicampur dengan kenaikan hampir sekali ganda bil elektrik bagi isi rumah yang bilnya melebihi RM77 sebulan, kenaikan harga minyak, kenaikan makanan, kos persekolahan anak-anak dan sebagainya sudah memuncak ke peringkat yang benar-benar membebankan golongan muda; apatah lagi bila mana gaji tidak meningkat selari dengan kenaikan harga barang,” katanya dalam satu kenyataan.

Langkah drastik

Menurutnya, tindakan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah adalah 'kaedah konvensional' dalam menangani isu inflasi. Justeru, katanya menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengambil tindakan drastik bagi mengurangkan impak kenaikkan kos ke atas rakyat.

Semalam, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia perlu menimbangkan langkah lain selain dasar monetari bagi mengekang inflasi.

Menurutnya, kadar inflasi semasa sebanyak 3.5 peratus adalah agak tinggi berikutan harga tenaga dan komoditi yang tinggi.

"Ia menyebabkan harga makanan dan bahan api yang tinggi. Memang betul, ia (inflasi) sangat dirasai kerana kedua-dua perkara itu adalah komponen penting di dalam bakul penggunaan kita," katanya.

Kadar inflasi tahunan Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam 27 bulan pada Jun lalu, iaitu pada 3.5 peratus. Sebelum ini Bank Negara meramalkan purata kadar itu akan berlegar sekitar 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.

azlanMenurut Rafizi, walaupun tindakan konvensional mana-mana bank pusat dalam keadaan ini adalah menaikkan kadar pinjaman, sewajarnya pimpinan kerajaan BN juga mengambil langkah drastik mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat.

“Ini termasuklah mengkaji semula pemotongan peruntukan kepada sekolah-sekolah sehingga menyebabkan kos persekolahan naik mendadak apabila ibu bapa terpaksa menyumbang kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti dan mengambil langkah lebih proaktif menyelesaikan masalah harga rumah yang terlalu tinggi bagi golongan muda.

azlan“Langkah yang diambil melalui Skim Rumah Pertama tidak lebih dari melepaskan batuk ditangga kerana ia tidak menyelesaikan masalah asas iaitu harga rumah yang terlampau tinggi, sebaliknya hanya menyediakan jaminan wang cengkeram yang hanya menambah hutang pembeli,” katanya.

Menurut Rafizi, undi golongan muda adalah undi penentu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Justeru, sewajarnya apa-apa tindakan yang merugikan golongan muda dikaji semula oleh BN.-MK

24 comments:
Write comments
  1. Harap kerajaan akan menggunakan cara yang lebih baik untuk mengawal kenaikan inflasi.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan perlulah meluluskan akta gaji minima dan juga menyeru semua majikan untuk menyelaras kenaikan gaji mengikut kadar inflasi.

    ReplyDelete
  3. Rasanya macam tidak tertanggung kos perbelanjaan. Beban kos perbelanjaan semakin dibebani.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan bertanggungjawab untuk membantu rakyat mengurangkan bebanan kos perlanjaan. Kenaikan inflasi, harga2 barang naik, harga bahan api naik, elektrik naik tapi gaji masih diparas yang sama. Ini membebankan rakyat, terutama golongan muda dan yang berkeluarga.

    ReplyDelete
  5. sebarang kenaikan yang dibuat oleh kerajaan seharusnya mengambil kira impak yang akan ditanggung oleh rakyat.

    ReplyDelete
  6. semoga kerajaan dapat mencari alternatif lain untuk menutup impak kenaikan kos yang ditanggung oleh rakyat.

    ReplyDelete
  7. kawalan inflasi kena pastikan rakyat tidak terbeban.

    ReplyDelete
  8. Macam manalah ni. Kebanyakan barang2 keperluan mengalami kenaikan harga. Kalau perbelanjaan melebihi pendapatan, susahlah.

    ReplyDelete
  9. Inflasi sifar, sasaran kita!

    ReplyDelete
  10. jadi apa pula cadangan Rafizi Ramli berhubung dengan pekara ini???

    ReplyDelete
  11. Kerajaan pasti dapat melakukan yang terbaik untuk rakyatnya.

    ReplyDelete
  12. HOI kita orang ni pengundi BN/Umno tegar maka kita wajib dan tampa mengeluh malah senang hati sekiranya kerajaan menaikan kos hidup dan tahun depan mungkin kerajaan akan laksanakan cukai GST untuk semua rayat so kita 1 Malaysia mesti senang hati .Bil elaktrik dan gas dah naik so terimakasih BN/UMNO and jang lupa naikan lagi minyak RON95 kalau dah menang PRU 13 okey.

    ReplyDelete
  13. All the best to the government.

    ReplyDelete
  14. Don't let the people down.

    ReplyDelete
  15. BN pasti boleh punya. Mungkin BN ada perancangan mereka sendiri. Kalau PR memerintah pastikah kita selamat?

    ReplyDelete
  16. Kos-hidup melambung tinggi, sudah hampir tahap yang sukar dipikul. Kini kadah faedah dijangka naik lagi, kerajaan kena cari jalan untuk mengurangkan beban rakyat.

    ReplyDelete
  17. Harga sawit ditahap yang agak tinggi, harga minyak mentah juga ditahap tinggi. Selain itu harga getah, kayu gergaji juga tinggi. Kenapa rakyat tidak dapat manfaat terus dari harga tinggi komoditi-komoditi tersebut?

    ReplyDelete
  18. Sukar nak percaya kadar inflasi kita cuma 3.5%.

    ReplyDelete
  19. Perutukan sekolah-sekolah tidak patut dukurangkan. Sebaliknya ia harus ditambah mengikut keadaan semasa.

    ReplyDelete
  20. Semakin susah hidup harian. Ini naik itu naik, tiada yang turun. Gaji tidak naik.
    Mana duit negara kita?

    ReplyDelete
  21. Harap gaji dinaikan besok sebanyak 25%.

    ReplyDelete
  22. jadi apa cadangan Rafizi untuk mengawal inflasi??

    ReplyDelete
  23. Inflasi bukannya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Kerajaan seharusnya membuat kajian dan perancangan terlebih dahulu untuk menanggani inflasi supaya tidak membebankan rakyat yang terasa susah memikul kos harian.

    ReplyDelete
  24. Inflasi yang semakin meningkat membebankan golongan muda-mudi sekarang, kepada mereka yang dah berumah tangga, dengan gaji yang dapat setiap bulan sememangnya tidak mencukupi menampung perbelanjaan harian sekeluarga. Langkah wajar menanggani inflasi perlu dikaji dengan teliti supaya rakyat Malaysia dapat memikul beban yang semakin menambah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.