Penahanan berterusan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden MIC Datuk G Palanivel .
"Jika awak tonton televisyen setiap hari, ada demonstrasi (di luar negara) dan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan semua (untuk menyuraikan orang ramai).
"Tetapi kemudian, mereka akan disuruh berbaris dan dimasukkan ke dalam lori dan dibawa ke balai polis (di mana penunjuk perasaan) akan dikurung selama tiga atau empat jam sebelum dibebaskan,” kata Palanivel pada sidang media hari ini.
Bagaimanapun dalam kes ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan lima yang lain, mereka ditahan kerana menjadi “penggerak utama” perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, beliau berkata tindakan kerajaan itu hanya memburukkan imej negara.
"Perwakilan rakyat yang dilantik itu akan masih dalam tahanan dan semasa pilihan raya, mereka tidak perlu keluar untuk berkempen - mereka boleh terus menetap di penjara dan menang kerana rakyat akan mengundi mereka,” katanya.
Bimbang dengan sentimen rakyat berhubung penahanan itu, Palanivel menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya fokus untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya ke-13 ini.
Palanivel berkata beliau sedar tindakan kerajaan itu terus menerima bidasan dari dalam dan luar negara dan telah berhubungan dengan Najib beberapa hari lalu dan meminta tahanan itu dibebaskan.
Ini kali pertama seseorang ahli parlimen ditahan mengikut Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari. Penahanan itu boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, sama seperti peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang sedang dipinda.
Selain Jeyakumar, anggota PSM yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu adalah M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.
PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0. -MK
Friday, July 29, 2011
MIC desak kerajaan bebaskan PSM6
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap perkara ini ditangani dengan baik.
ReplyDeletemereka akan dibebaskan jg bila tiba masanya.
ReplyDeleteKerajaan menerima banyak kecaman dari dalam dan luar negara. Oleh itu, kerajaan harus menangani masalah ini dengan bijak.
ReplyDeleteTentu banyak pihak akan mengambil kesempatan untuk menggunakan isu ini untuk menjatuhkan kerajaan.
ReplyDeleteMemang PR sekarang sengaja melakukan kekecohan sehingga disebarkan ke semarata dunia supaya Kerajaan disalahkan. Tapi biarlah, kerajaan pasti tahu apa yang perlu dan apa yang tidak.
ReplyDeleteharap kerajaan menangani masalah ini dengan bijak dan saksama.
ReplyDeleteJadi apakah seranan yang diberikan agar rakyat yang terlibat dengan perhimpunan itu bersurai tanpa keganasan.
ReplyDeleteSudah tahu polis akan menjalankan tugas dengan tegas kenapa masih juga meneruskan perhimpunan tersebut?
ReplyDeletePenahan orang awam juga ada peraturannya. Sekiranya ditahan untuk jangka masa yang lama maka pihak polis perlu memberi penjelasan.
ReplyDeletesemakin lama penahanan semakin banyak suara2 sumbang yang akan menyalahkan kerajaan.
ReplyDeleteisu seperti ini perlu ditangani dengan sebaiknya.
ReplyDeletePembebasan dalam perlaksana sekarang ini. Kita tunggu saja apa yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa. Mungkin tidak lama lagi mereka yang ditahan dalam Ordinan darurat akan dilepaskan tidak lama lagi.
ReplyDeleteKenapalah makin banyak hal timbul dan bukannya berkurangan??? huhu
ReplyDeleteSemoga hal ini dapat ditanggani dengan baik.
ReplyDeletejika keenam2 pemimpin PSM itu tidak ditahan sekalipun, imej negara sudahpun terjejas kesan dari penganjuran Bersih. bolehkah pembebasan keenam2 pemimpin ini membersihkan imej negara?? kalau berani langgar amaran pihak berkuasa dan titah Agong, takkan tidak berani tanggung risiko..
ReplyDeleteAndai saja perhimpunan Bersih tidak dijalankan, andai saja PM membenarkan Stadium Merdeka digunakan oleh penyokong Bersih,namun apa yang pasti semua sudah terjadi. apa yang perlu sekarang adalah jalan penyelesaian untuk masalah yang telah timbul akibat dari pilihan tersebut.
ReplyDelete