2Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat.
Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.
Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.
Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.
Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.
http://idrisahmad.wordpress.com/
Saturday, July 23, 2011
Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sudah terang lagi bersuluh, POLIS kena BERSIH JUGA
ReplyDeleteSebagai polis, mereka perlulah membuat apa yang betul.
ReplyDeleteTanggungjawab polis adalah menjaga keamanan dan mengurangkan kes jenayah di negara.
ReplyDeletePolis tidak boleh nafikan kebenaran.
ReplyDeleteharap polis dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan adil tanpa dikawal oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
ReplyDeleteSetuju dengan Isaac. Polis perlu lebih tegas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka tanpa dipengaruhi oleh pihak2 lain.
ReplyDeleteTindakan polis menafikan kebenaran hanya akan meningkatkan kemarahan rakyat terhadap mereka dan kerajaan.
ReplyDeletePihak polis kena akui dan ambil iktibar kerana dunia IT mana mahu selindung cepat kilat dan Polis melindungi rayat bukan sebaliknya samalah kita upah gaji penjenayah untuk lindungi rayat kalau polis menipu dan berlaku kasar pada rayat tak bersalah.
ReplyDeleteKita tidak tahu mana satu yang benar. Pihak pembangkang atau kerajaan. Kerana jika pihak pembangkang pasti pelbagai cerita dibuat untuk memburukkan kerajaan. Memang itu niat yang tidak baik.
ReplyDeletepolis adalah badan bebas, dan menjadi tanggungjawab polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara kita.
ReplyDeleteRakyat ada akal adan pikiran untuk menilai kebenaran yang dilaporkan dan dipaparkan. Walaupun begitu kadangkala penjelasan harus diberi untuk mengelakkan kekeliruan.
ReplyDeleteKita berbuat baik, akan dibalas baik. Pastikan anda di pihak yang benar.
ReplyDeleteSenang cerita kedua2 pihak membayar ganti rugi. Adil dan seksama.
ReplyDeletehah, ni jawapan Hishammuddin: "Biar lambat sedikit tetapi terperinci supaya tidak ada mana-mana pihak boleh memutarbelitkan apa yang didedahkan".
ReplyDeletebak kata orang, berani kerana benar..
ReplyDeleteHarap polis boleh bertidak lebih berkecuali. Tentu dapat sokongnan dan pujian dara semua masyarakat.
ReplyDeleteThe police were just doing their job.
ReplyDeleteHuge responsibility are given to the polices. What happen on the rally day was unavoidable.
ReplyDeleteDedahkan laporan pembedahan Mat Sabu, laporan itu menerangkan segalanya.
ReplyDeletePolis harus berani menentang muslihat menganiayi rakyat dari sesetengah pihak, mereka harus taat pada sumpah mereka.
ReplyDeletePenafian bukan cara penyelesaian. Siasat dulu, mungkin ada pegawai yang salah. Nak cari bahan bukti, banyak dalam youtube.
ReplyDeleteReputasi polis teruk terjejas dalam berbagai isu yang lalu, kini tambah satu lagi.
ReplyDeletePolis diharapkan dpat bertransformasi supaya pasukan penguatkuasa negara ini dapat menandingi pasukan sejawat luar negara.
ReplyDeleteentah mana yang benar atau tiadk. sekarang ni masing-masing saling menyalahkan. yang penting kita jangan mudah terpedaya dengan setiap isu yang sengaja dimainkan.
ReplyDeletesemua sudah dirancang oleh Pakatan. malah ketika perhimpunan sedang berjalan ada suara2 dikalangan mereka mengatakan 'mereka akan gagal sekiranya polis tidak datang'.. lihat sahaja lakonan suhardi dan juga Mat Sabu.. jika benar Mat Sabu cedera tolong tunjukkan laporan doktor dan gambar x-ray. kejap kata dilanggar land rover, kejap waja pula.. memang terlalu banyak pembohongan..
ReplyDelete