Skuad Harimau Malaya tewas 5-3 di tangan pasukan Singapura dalam pertemuan pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia 2014 di sini malan ini.
Malaysia ketinggalan 1-4 pada separuh masa pertama tetapi dapat bangkit untuk merapatkan perbezaan gol.
Malaysia dan Singapura akan bertemu di Kuala Lumpur kemudian.
Kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.
Meskipun tewas 5-3 malam ini di Stadium Jalan Besar, Malaysia masih ada peluang untuk layak ke pusingan seterusnya jika dapat menewaskan Singapura dengan jaringan tiga gol selain menghalang pasukan negara jiran daripada menyumbat jaringan minggu depan.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Mohd Safee Sali pada minit pertama dan ke-71 dan Amirul Hadi Yahya minit ke-70.
Dalam pada Singapura memperoleh gol menerusi Aleksandar Duric, Qiu Li, Mustafic Fahrudin dan Jia Yi Shi.
Laporan Bernama Online menyebut, pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Safee berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.
Namun pemain Singapura Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ketujuh untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.
Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.
Bayangan penyerang Jia sering mengucar-kacirkan pertahanan Harimau Malaya. Singapura memperolehi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-21 apabila ketua pasukannya Sharil Ishak dijatuhkan di luar kotak penalti Malaysia yang sepakannya disempurnakan oleh Qiu Li.
Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43 manakala Jia menjaringkan gol keempat pada minit ke-45.
Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.
Namun ia tidak menyekat semangat pemain Malaysia untuk terus menghasilkan gol apabila Abdul Hadi Yahaya dan Safee masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-68 dan ke-69 bagi merapatkan jurang gol.
Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia. -TMI
Saturday, July 23, 2011
Malaysia tewas 5-3 di Singapura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah semangat juang harimau malaya, cuma penjaga gol kita banyak buat kesilapan yang sepatutnya.
ReplyDeleteTeruskan berusaha, jangan putus asa kalau kalah, jangan terlalu angkuh bila menang. Lain kali cuba lagi.
ReplyDeleteTambah lagi latihan dan strategi baru. Terus berjuang.
ReplyDeletesemoga skuad Harimau Malaya akan terus berusaha untuk perlawanan2 yang akan datang. Singapura mempunyai pemain import dan itu merupakan salah satu kelebihan buat pasukan mereka. namun berbangga buat Malaysia kerana pemain terdiri daripada 100% anak jati Malaysia.
ReplyDeleteCome on M'sia, beat S'pore on this 28th July at Bukit Jalil! Support M'sian team!
ReplyDeleteHarimau akan menanti di Bukit Jalil dan saya percaya mereka akan mampu melakukan yang terbaik isyallah.
ReplyDeletesemoga pasukan Malaysia menang pada perlawanan berikutnya.
ReplyDeleteTeruskan usaha untuk menewaskan Singapura. Musuh tradisi Malaysia sejak dulu. Semoga berjaya.
ReplyDeleteMasih ada masa lagi....kta sama2 tunggu 29/07/2011....
ReplyDeleteMalaysia pasti boleh....harap Aidil sudah pulih dari kecederaan dan dapat beraksi menentang pasukan Singapura.
ReplyDeleteWalau bagaimanapun, tahniah atas semangat juang pemain Malaysia!
ReplyDeleteThey did their best they can. Don't give up!
ReplyDeleteAt least they manage to score.
ReplyDeletepeluang masih ada...yang penting teruskan berusaha...
ReplyDelete90 minit masih ada untuk harimau malaya mengaum.. semangat juang yang perlu diteruskan
ReplyDelete