Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.
Beberapa keraguan penggunaan biometrik,
1. Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.
2. Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.
3. Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.
4. Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.
5.Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan letrik.
Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib takut hendak menggunakan celup dakwat. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatka kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.
Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Saturday, July 30, 2011
Hanya Orang Salah Takut Celup Jari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ini tidak sesuai, kita ganti saja dengan cara yang lain.
ReplyDeletebukan mudah untuk cari kaedah yang boleh puaskan hati kedua2 belah pihak. hanya tolak ansur yang mampu ubah pandangan mereka.
ReplyDeleteapapun, semoga cara yang terbaik dan adil dapat digunakan untuk PRU-13 nanti.
ReplyDeleteApa cadangan yang diberikan oleh penulis untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada?
ReplyDeletepembangkang jg prlu fikir akan kebaikan sistem biometrik dimana ia dpt mengelakkan wujud pengundi2 hantu kerana pengundi.
ReplyDeleteGunalah dakwat untuk pilihan raya yang bersih.
ReplyDeleteLebih baik penulis membuat perbezaan kebaikan dan keburukan bagi kedua-dua cara ini.
ReplyDeleteGuna kaedah yang paling efektif dan telus.
ReplyDeletetiada angin tak akan daun2 boleh bergoyang.
ReplyDeleteSetuju juga jika penulis memberi kebaikan dan keburukan kedua dua kaedah.
ReplyDeletememang sukar untuk memuaskan hati semua orang..
ReplyDeleteMemang pembangkang cuba mencari isu mereka. Semua yang dilakukan pasti akan mendapat tentang dari PR.
ReplyDeleteKenapa nak celup jari? Kalau di negara seperti Afghanistan atau Pakistan tak heran la...Pembangkang saja mempolitikkan isu ini...
ReplyDeleteCuba dulu lah baru tahu. Kalau tak juga ada hasil positif fikir lagi balik apa cara yg terbaik. Yang penting jgn pernah putus asa.
ReplyDeleteMasalah ini akan selesai juga jika semua pihak bersatu utk berdepan secra positif.
ReplyDeleteKomen si Ane dangkal kan culup dawat efisian dan murah berbanding boimetrik ini kerana ia perlu kecangihan untuk seluruh Malayasia sedangkan Malaysia belum bersedia lagi kerana kebanyakan kawasan tidak ada elektrik dan data untuk akses perlu internet malah kalau masa PRU laluan sibuk pasti akan selalu error dan sepakara lagi MYkad kita masih low class selalu tidak boleh baca data nama kita kena rujuk kependaftaran so masa PRU ratus ribu kependaftaran pula dan tak boleh buang undi pula,disamping itu untuk guna biomatrik ini kenakaji dan perlu kos JUTA2 ringgit kan baik guna dawat culup jari lagi pun kerajaan dah pun beli dulu dab belum guna lagi.Suppor dawat culup no for biometric
ReplyDeleteTidak juga tolak sama sekali, pru lalu SPR cadang gunakan dakwat tidak luntur, pembangkang sokong. Malangnya tidak dilaksanakan pada saat terakhir.
ReplyDeleteBanyak cara yang lebih baik dapat dirujuk dari negara luar yang mempunyai rekod sistem pilihan raya yang cemerlang seperti negara Eropah dan USA.
ReplyDeleteMalasia pasti dapat jadi negara yang mempunyai sistem pilihan raya yang terunggul di dunia jika SPR sanggup menerima nasihat dari pihak-pihak cendikia.
ReplyDeleteDakwat itu digunakan banyak negara dan terbukti berkesan menghalang pengundi mengundi dua kali.
ReplyDeleteJika rekod di JPN tidak sempurna, sia-sia saja sistem biometrik digunakan.
ReplyDeleteBetul juga, macam mana nak gunakan sistem biometrik di kawasan pendalaman Sabah Sarawak yang tiada bekalan elektrik?
ReplyDeleteApa keburukan dakwat tidak luntur yang disokong oleh pembangkang tetapi tidak dilaksanakan di PRU yang lalu oleh SPR?
ReplyDeleteapakah buktinya yang menunjukkan penggunaan dakwat kekal menjamin keadilan seperti yang mereka canangkan? Apakah testimoni yang digunakan untuk menguatkan hujah mereka tentang penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan penipuan?
ReplyDeletekurang 20 buah negara daripada 194 negara di dunia ini yang berpilihanraya, menggunakan dakwat kekal sebagai cara mengelakkan penipuan? Bahkan dari kalangan 20 buah negara tersebut, sudah banyak yang akan meninggalkan sistem celup jari dengan dakwat kekal kerana kaedah tradisional tersebut bukan sahaja ketinggalan zaman, tetapi juga kerana berlakunya penipuan serta penyelewengan undi..
Setiap kaedah baru perlu dikaji dengan teliti, ambil pendapat dan buat research i.e kebaikan dan keburukannya sebelum dilaksanakan. Ape jua kaedah yang dilaksanakan, matlamatnya hanya satu ~ KEADILAN ~
ReplyDelete