Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan 290,665 pengundi baru bagi tempoh April hingga Jun lalu, selain 77,708 pemilih yang bertukar alamat pusat mengundi.
SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai itu yang dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 kini dipamerkan di 877 tempat di seluruh negara.
Lokasi terbabit meliputi pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat daerah atau pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran, dewan serba guna atau rukun tetangga, balai raya, pejabat penghulu dan dewan orang ramai.
Mereka yang baru mendaftar sebagai pemilih atau memohon pertukaran alamat pusat mengundi diminta menyemak daftar tersebut, kata kenyataan itu.
Mereka yang namanya tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan menyerahkannya kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh daftar dipamerkan.
SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian 03-88856500 atau faks di 03-88889117 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau layari lamanweb SPR di www.spr.gov.my.
- Bernama
Friday, July 29, 2011
Hampir 300,000 pengundi baru daftar dalam tiga bulan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
makin ramai yang telah mendaftar sebagai pengundi. siapa yang belum mendaftar, silakan mendaftar.
ReplyDeleteYang cukup umur dan belum berdaftar, rajin2lah mendaftarkan diri ya!
ReplyDeleteTunaikan kewajiban anda sebagai rakyat Malaysia.
ReplyDeleteBahang pilihanraya sudah semakin membara, bersedia untuk mengundi, bila2 masa akan diumumkan.
ReplyDeleteKalau tak daftar, tak pergi undi, nanti jangan nak komplen lebih2 yer bila ada yang anda tak puas hati dengan kerajaan pada masa itu.
ReplyDeletePastikan anda sudah mendaftar sebagai pengundi jika layak.
ReplyDeleteMereka yang tidak undi, jangan komplen banyak.
ReplyDeleteJumlah yang banyak pengundi baru tahun ini. Semoga tunaikan tanggunjawab anda sebagai seorang rakyat.
ReplyDeletemereka yang layak mengundi tapi belum berdaftar silalah mendaftar.
ReplyDeleteyang belum mendaftar tu tidak perlulah dipaksa atau didesak. bagi la mereka ruang dan masa untuk menilai sebaik2nya mana parti yang bakal menjadi pilihan mereka. biar la mereka benar2 bersedia sebelum membuat pilihan.
ReplyDeleteada yang belum mendaftar tapi hairan bila disemak ada pula terdaftar dan pusat mengundi bukan pada alamat individu tersebut.
ReplyDeleteKepada mereka yang berlayak untuk mengundi, daftarkan diri anda sebagai pengundi pilihanraya demi menjalankan tanggung jawab anda sebagai seorang rakyat Malaysia. Setiap undi amat penting demi kejayaan negara dan diri masing-masing.
ReplyDeleteBaguslah tu. Pastikan yang layak mengundi tapi belum mendaftar segera mendaftarkan diri. hehe
ReplyDeleteJalankan t/jawab anda sebagai rakyat :)
ReplyDelete