Pakatan Rakyat secara konsisten mengalu-alukan tindakan polis mendedahkan salah laku peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis.
Namun menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, bukti itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat bersabit kekasaran yang dilakukan agensi itu kepada masyarakat yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu.
Justeru beliau menganggap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus terputus hubungan dengan rakyat jika berterusan menunding jari ke arah kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah menuntut reformasi pilihan raya.
"Yang terus terhantuk ini BN sebab sampai sekarang masih belum jumpa satu jalan bagaimana untuk goncang keyakinan rakyat bahawa Bersih ini berjalan dalam keadaan aman dan berhasrat baik," ujar beliau.
Dalam masa yang sama, Rafizi tidak menolak usaha pihak tertentu mencari jalan mencemuh imej perhimpunan Bersih seraya menutup tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh anggota polis pada hari kejadian.
"Hakikatnya semua orang tahu yang turun (perhimpunan) Bersih itu berniat berjalan dengan aman. Kalau tidak kerana polis mengambil pendekatan keras dan kasar, perhimpunan hari itu adalah aman dan akan diingati sebagai perhimpunan yang berbilang kaum," tambah beliau.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta polis menyegerakan siasatan rakaman video untuk mempertahankan tindakan kasar agensi itu terhadap orang awam ketika perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu.
Katanya, gesaan itu dibuat bagi menangkis kecaman masyarakat termasuk media alternatif dan asing yang mendakwa polis bertindak kejam ke atas peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa.
Muhyiddin sebaliknya menunding jari ke arah rakyat yang dianggap mencetuskan provokasi terhadap anggota polis selain melontarkan kata-kata kesat.
Akhbar-akhbar pro kerajaan sehingga ke hari ini turut memainkan peranan menuduh peserta Bersih yang juga anggota Unit Amal, Abdul Razak Endut membawa pisau ketika himpunan itu dan bertindak membaling batu ke arah anggota polis menerusi sekeping foto pada 10 Julai lalu.
Namun gambar itu ternyata satu manipulasi apabila Razak sendiri tampil menceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar terbabit.
Mengulas hal itu, Rafizi berpendirian, taktik kuno Umno-BN dengan memanipulasi fakta dan imej untuk menghalalkan perbuatan kasar polis gagal memberi impak kepada rakyat.
Ini kerana menurut beliau rata-rata masyarakat terdedah kepada sumber maklumat internet yang meluas sekaligus mampu menilai antara kesahihan dan penipuan.
Katanya lagi, video yang disiarkan di laman Youtube merupakan hasil rakaman peserta-peserta yang hadir dan kebanyakkannya terdiri daripada rakyat jelata.
"Sebab itu seperti saya sebut tadi kita tidak takut dengan propaganda BN sebab ceritanya terus bertukar tanpa bukti yang dibawa kepada rakyat," katanya.
Jelasnya, walaupun terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai propaganda Umno-BN namun ianya tidak akan merubah landskap politik Malaysia.
Ini kerana menurut beliau, hampir 60 peratus pengundi atas pagar bergantung kepada maklumat alternatif selain media arus perdana.
"Ada pepatah Inggeris berkata kita beri mereka lebih banyak tali, akhirnya mereka akan gantung diri sendiri. Dengan cara yang mereka buat sekarang, rakyat makin tidak yakin dengan BN sebab mereka menegakkan benang yang basah dengan jelas melalui media mereka," tambahnya lagi. -tvsnews
Wednesday, July 20, 2011
BERSIH 2.0: Rakyat Lebih Tahu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betultu, rakyat lebih tahu.
ReplyDeleteKedua-dua pihak jangan jadi hipokrit.
ReplyDeletebiarlah rakyat membuat perubahan pada PRU-13 nanti.
ReplyDeleteRakyat perlu bijak menilai. Permainan politik ini sangat licik.
ReplyDeleteRakyat M'sia sudah semakin bijak menilai sesuatu informasi terutamanya isu2 semasa dalam negara.
ReplyDeleteTidak mustahil pengundi atas pagar ini akan beralih arah.
ReplyDeletekita sendiri boleh lihat kesan yang berlaku kerana perhimpunan bersih. rakyat perlu bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh.
ReplyDeletesamada rally ini telah memberi impak yang beasr atau tidak, kita tunggu dan lihat sahajalah pada musim pilihanraya umum akan datang.
ReplyDeletemmg rakyat lebih tau, dan kita dpt lihat sendiri kesan daripada perhimpunan tersebut.
ReplyDeleteRakyat fikirlah sendiri. Adakah ini cara yang terbaik untuk negara kita?Pembangkang sengaja membuat kerosakkan kepada keamanan negara kita ini. Sudah 50 tahun lebih kita kecapi keamanan tapi sekarang ada pihak pula yang cuba hancurkannya. Inikah yang mahu menjadi pemimpin?? Mereka inikah yang mahu memerintah negara kita? Saya tidak sanggup pembangkang menjadi pemimpin. Fikirkan sendiri apa bila mereka memegang kuasa? Mesti mereka salah guna kuasa mereka.
ReplyDeleteLuadan, fikiran la sendiri bukan sedap mulut cakap, sebelum ada pembangkang pun dah rosak cuma kita tak buat tahu, sekarang pun ada pemimpin yang salah guna kuasa?
ReplyDeleteharap kerajaan tahu apa yang mereka lakukan..
ReplyDeleteI wonder if this BERSIH rally will make any different to Malaysia.
ReplyDeleteAll the best to Bersih in achieving their mission.
ReplyDeleteHentikan perbuatan menghantukan peserta Bersih. Perbuatan ini cuma menambahkan ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan.
ReplyDeleteTakan begitu susah nak dedahkan bukti menunjukan bahawa peserta Bersih berkelakuan ganas?
ReplyDeleteMasih dalam proses 'edit' supaya gambar didedahkan nanti lebih 'menyakinkan'.
ReplyDeleteJika kerajaan bersikap lebih terbuka, pasti rakyat lebih menyokong.
ReplyDeleteSaya ingin mempercayai apa yang dikatakan oleh kerajaan. Tetapi saya tidak dapat cari unsur-unsur yang menyakinkan saya.
ReplyDeletePerhimpunan haram tidak jadi haram sekiranya kerajaan membuka lampu hijau dari awal.
ReplyDeletelakonan 'mati' oleh suhardi cukup untuk menggambarkan bahawa semua jalan cerita ini termasuk pembohongan Pakatan telah dirancang.
ReplyDeletejadi apa yang neji tahu jalan cerita, tolong ceritakan
ReplyDeletesuara rakyat juga kena dengar pemimpin yang ada sekarang ini dinaik oleh rakyat melalui pilihanraya kadang-kadang pemimpin ini macam tak tahu apa tugas dan amanah untuk rakyat
ReplyDelete