Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menyifatkan tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaitkan pengikut fahaman Wahabi dengan pengganas sebagai keterlaluan kerana ia akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi.
"Dakwaan itu akan menjejaskan hubungan dari segi semangat keislaman dengan pihak yang mengamalkan fahaman Wahabi.
"Bukan saja Arab Saudi, Bahrain dan Kuwait turut dikaitkan ada unsur pengganas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di sini, Selasa.
Pada Isnin, MKN dalam mesyuaratnya seperti dilaporkan media menyenaraikan beberapa nama pemimpin di negara ini termasuk tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.
Antaranya termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda termasuk Fathul Bari Mat Jahya.
Menurut Mohammad, tuduhan yang dilemparkan itu tidak ubah seperti penahanan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat atas alasan cuba menghidupkan fahaman komunis dan berniat menggulingkan Yang Dipertuan Agong.
"Itu semua cerita rekaan semata-mata dan propaganda Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya akan datang. BN kini tersepit terutama sekali apabila imej parti itu tercalar di peringkat antarabangsa.
"Sudahlah hubungan dengan Perancis terjejas akibat isu kapal selam Scorpene, sekarang pula mahu rosakkan hubungan dengan negara Arab," dakwanya.
Sementara itu, Mohammad menyatakan rasa kesal dengan tindakan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid yang mengelirukan rakyat mengenai dakwaan bahawa beliau cedera akibat dirempuh kereta polis dan memperlekehkan keadaan kesihatannya.
"Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam melakukan pembohongan terhadap saya dan berulang kali menyiarkan klip video berkaitan insiden itu di media utama.
"Dia kata saya berbohong kerana mendakwa saya dilanggar kereta pajero polis. Namun, dalam laporan polis di Dang Wangi pada 14 Julai, sudah saya jelaskan bahawa saya dilanggar kereta Proton Waja polis," katanya.
Pada minggu lalu, Salleh menayangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Mohammad Sabu tidak dilanggar pajero polis sebaliknya cedera kerana terjatuh sendiri selepas melanggar pembahagi jalan.
Salleh turut mendakwa kecederaan beliau tidak serius dan mempertikaikan tindakan pemimpin tertinggi PAS itu menggunakan kerusi roda. -Mstar
Tuesday, July 26, 2011
Isu Wahabi: Hubungan Malaysia-Arab Saudi Boleh Terjejas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap isu ini boleh diselesaikan dengan baik dan tidak akan menyebabkan keregangan antara Malaysia dan Arab Saudi.
ReplyDeleteHarap Mohammad Sabu akan cepat sembuh.
ReplyDeleteSiapa betul siapa salah, masing2 mempertahankan pendirian masing2. Tapi bukti sudah dinyatakan.
ReplyDeletepastikan hubungan Malaysia dengan negara2 luar sentiasa terjaga. dakwaan2 yang tidak berasas harus dielakkan.
ReplyDeletekerajaan perlu memberikan imej positif kepada negara2 luar.
ReplyDeletePutar belit saja ni.
ReplyDeleteisu ini perlu diselesaikan bagi menjaga hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.
ReplyDeleteElakkan daripada membuat dakwaan yang tidak berasas kerana ia boleh mempengaruhi hubungan diplomatik M'sia.
ReplyDeleteTak habis2 lagi kah pasal Mat Sabu ni?
ReplyDeleteisu ini perlu diuruskan dengan baik dan bijaksana...
ReplyDeletesemoga BN yang kini tersepit terutama sekali apabila imej parti itu tercalar di peringkat antarabangsa dapat diperbaiki.
ReplyDeleteSemoga kerajaan dapat menyelesaikan masalah domestik dan memperbaiki imej negara di mata dunia.
ReplyDeleteJika dilihat dari video itu pun memang Mat Sabu dgn rakannya tiba-tiba U-turn disana. Kalau dia berhenti saja mungkin perkara ini tidak akan berlaku.
ReplyDeleteAll the best to the government in solving this matter.
ReplyDeleteberkenaan dengan isu kemalangan Mat Sabu, bukankah Mat Sabu sendiri buat kenyataan bahawa beliau dilanggar oleh land rover polis secara head-on?? siapa yang mengelirukan sebenarnya??
ReplyDeleteKenapa pengikut Wahabi dikaitkan dengan pengganas? Berkawan tidak semestinya berkomplot.
ReplyDeleteSiasat lebih teliti sebelum membuat kesimpulan mutlak. Tidak baik dan berdosa mencemarkan nama baik orang.
ReplyDeletePekara ini serius dan kesanya berat. Kerajaan harus memberi penjelasan yang jelas kepada rakyat kenapa lengkah tersebut diambil.
ReplyDeleteSudah ada bukti kukuh? Bagaimana reaksi Arab Saudi terhadap tidakan Malaysia.
ReplyDeleteFahaman Wahabi dikukuhkan oleh keluarga Ibn Saub yang kini memerintah Arab Saudi. Harap mereka faham akan tindakan kerajaan Malaysia.
ReplyDeleteMungkin cuma segelintir pengikutnya yang terlibat.
ReplyDelete