UPKO Kinabatangan dijangka bergolak ekoran krisis kemimpinan bahagian berkenaan yang semakin meruncing setelah berpecah kepada beberapa kelompok dan menuding jari antara satu sama lain.
Kemungkinan ini disahkan sendiri oleh Naib Ketua Bahagian UPKO Kawasan P.187 Kinabatangan, Edham Karim yang mengakui sudah tidak serasi dengan UPKO kerana pergeseran dalaman.
Edham tidak menolak kemungkinan akan membawa 300 pengikutnya menyertai PKR dalam masa terdekat kerana mereka sudah bosan dengan kepimpinan Wakil Rakyat Kuamut yang sering berjanji kosong hendak membantu rakyat, tetapi kroni terlebih dahulu diutamakan.
“Permasalahan bahagian UPKO sepatutnya dibincang dalam suasana yang harmoni, tetapi Ketua Bahagian kami tidak memperdulikan jawatankuasanya, bahkan rakyatpun di abaikan,” kata Edham.
Dalam pada itu, Ketua UPKO Kinabatangan, Masiung Banah gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau berhubung dakwaan Edham.
Oleh : HAFIZ JAMAIL (sabahkini)
Sunday, July 24, 2011
UPKO Kinabatangan Bergolak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dah jadi wakil rakyat tanggungjawab untuk rakyat diutamakan pengundi Kawasan P.187 Kinabatangan, rasa tertipu hanya kroni-kroni diutamakan, jadi tak hairan jika PRU akan datang kerusi kuamut jatuh ke tangan Pembangkang.
ReplyDeletekerusi UPKO akan hilang di kinabatangan
ReplyDeleteWakil rakyat UPKO yang dipilih rakyat itu mesti tidak gembira dengan keputusan mereka.
ReplyDeleteRakyat memilih anda sebagai wakil tapi kamu lompat parti pula. Bagaimana dengan rakyat?
ReplyDeleteTukar wakil rakyat dalam PRU-13 nanti.
ReplyDeletekalau Ketua Bahagian sudah tidak mempedulikan jawatankuasanya bahkan rakyat diabaikan lebih baik tukar saja yang baru. memang sudah tidak layak pun.
ReplyDeleteWakil rakyat memainkan peranan penting dalam membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya. Jika wakil rakyat itu sendiri tidak mencerminkan keperibadian yang positif, kelak nama parti pun tercemar.
ReplyDeleteMacam mana nak bersatu jika ada masalah, terus nak keluar parti? Teruskan perjuangan. Jika tak puas hati dengan wakil rakyat, tukar saja yang baru.
ReplyDeletesetiap permasalahan boleh diselesaikan dgn cara baik.
ReplyDeletemembawa 300 pengikutnya menyertai PKR? Betul atau tidak terpulang dengan mereka. Tapi apa yang ada dengan PKR? Kita boleh tengok sendiri apa yang berlaku dengan Jeffery Kitingan sendiri.
ReplyDeleteInilah sikap yang tidak patut kita contohi. Musuh sebenar dibiar2kan, tapi bangsa sendiri pula menjadi musuh!
ReplyDeletePertelingkahan hanya akan merosakkan hati dan persahabatan. Fikirkanlah untuk masa depan dan positif agar pergaduhan tidak berlaku.
ReplyDeleteWell its up to the 300 followers.
ReplyDeleteMake sure its they join willingly .
ReplyDeleteNak lompat, lompat saja. Tak perlu buat ugutan hanya bertujuan dapat perhatian dari pihak teratas supaya tuntutan diterima.
ReplyDeletePilihan raya makin hampir, cerita serupa bakal muncul sini sana. Rata-rata katakan suara atau hak rakyat tidak tidak dibela, apabila orang yang 'membangkit' ini disuap, suara begini akan reda.
ReplyDeleteKita lihat apa tindakan pucuk pimpinan UPKO terhadap pergolakan ini.
ReplyDeleteBiarpun mereka berniat menyerti PKR, janganlah terima kerana tahap kesetiaan mereka ini rendah dan bakal menimbulkan masalah sekali lagi jika permintaan mereka tidak diterima.
ReplyDeleteLompat sini sana tak tentu arah. Lompat tinggi rendah tak tahu malu.
ReplyDeleteOrang yang berani membuat ugutan keluar parti biarlah dia keluar, lihat apa kesudahan pada mereka.
ReplyDeletejika ada isu yang berlaku ia patut diselesaikan dengan baik dan bukannya hendak melompat parti pula.
ReplyDeletekalaupun kepimpinan UPKO sebelum ini tidak bergolak, selepas tersiarnya kenyataan ini pasti akan bergolak.
ReplyDeleteWakil Rakyat yang ada kat sabah tiada ketahanan mental dan fizikal, pendirian sering beruba-ubah kesannya rakyat yang memberi kepercayaan untuk membela nasib mereka menderita.
ReplyDeleteboooooooooooooooo...
ReplyDeletenak tahu juga apa wakil rakyat dah buat kawasan P.187 Kinabatangan? aramaii tiee.
ReplyDeleteBukan UPKO Kinabatangan yg bergolak tapi Si Edham Karim KECIWA tidak diberi Projek Besar oleh YB Masiung Banah, Itu lah Jawapannya.....
ReplyDeletebetul ka tu Anon si Edham tidak dapat projek?? kalau betul memang patut la dia rasa kecewa.. join la mana2 parti yang boleh bagi projek..
ReplyDelete