Tuesday, July 19, 2011

Pusat Hiburan : Kedah Tutup, Melaka lanjutkan tempoh operasi

Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

rustam ali silat group bersih 4Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

NONESementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

dances @ screwball penang namewee concert"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya. -MK

13 comments:
Write comments
  1. Pandangan daripada masyarakat diperlukan.

    ReplyDelete
  2. perlukah ia dilanjutkan? tanyalah pendapat orang ramai dahulu.

    ReplyDelete
  3. ya..pendapat penduduk sekitar situ diperlukan.

    ReplyDelete
  4. Wah, tutup bar dan disko selama sebulan? Kerajaan PAS akan bayar ganti rugi kepada pengusaha kelab kah?

    ReplyDelete
  5. Masalahnya kerajaan negeri telah membenarkan & memberi masa lanjutan. Apa pun pandangan orang ramai sudah tidak berguna. Arahan pun sudah dikeluarkan.

    ReplyDelete
  6. Keputusan yang diambil harus mengambil kira suara orang ramai juga, baru adil.

    ReplyDelete
  7. Bukan remaja saja pergi bersuka ria tu, yang beliau2 pun pergi juga tu.

    ReplyDelete
  8. Tapi perlu ingat, pada bulan ramadan kita jagalah semua ini. Maksudnya orang islam beramal dan melakukan perkara yang baik. Janganlah terjebak dengan pusat hiburan. Biarkan saja itu untuk para pelancong lain.

    ReplyDelete
  9. Tapi untuk ekonomi negeri itu harap mereka dapat menangani masalah ini. Haramkan orang Islam masuk pusat hiburan. Jika didapati berikan hukuman yang berat.

    ReplyDelete
  10. ya, suara ramai sepatutnya diambilberat sebelum keputusan menjadi muktamat.

    ReplyDelete
  11. bagimana pula dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang? beribu lesen pusat hiburan dikeluarkan..

    ReplyDelete
  12. Why only on Ramadan month??? Why not just fully close it down. No need to be a hypocrite.

    ReplyDelete
  13. Instead closing it down during ramadan, its better to ban the muslim from entering the entertainment centre.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.