Friday, July 8, 2011

100 seniman pertahan sajak pro-BERSIH

Lebih seratus seniman pelbagai bidang hari ini tampil mengkritik tindakan polis menyiasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang disiasat bawah akta polis dan akta hasutan kerana membaca sebuah sajak pro-BERSIH.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mempersoalkan sama ada benar penyair 76 tahun itu melakukah jenayah besar hanya dengan membacakan puisi 'Unggun Bersih' pada pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

NONE"Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam.

"Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi budaya ketakutan," kata mereka.

Antara sekumpulan pelukis itu, seniman bidang lain yang tampil termasuklah kolumnis Farish A Noor, penulis Dr Siti Zainon Ismail, aktivis teater Marion D'Cruz dan Jo Kukathas serta pengkritik sastera Eddin Khoo.

Selain itu, turut menyokong, lima organisasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk penggiat teater Rumah Anak Teater, Five Arts Centre dan Instant Cafe Theatre.

Sebelum ini, diketuai aktivis teater Che Samsuddin Othman atau Dinsman, sekumpulan penulis, kebanyakannya sasterawan, tampil menyatakan pendirian sama dalam sidang media di Shah Alam.

NONEDalam kenyataan hari ini, kumpulan itu menjangkakan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" akan terus dikenakan terhadap "pencipta budaya" yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi .

Sehubungan itu, "tindakan berat berhelah politik" itu akan membawa rakyat Malaysia mundur 50 tahun ke belakang dalam pembangunan budaya negara ini.

Kenyataan bersama 128 seniman itu, mereka juga menegaskan:

  • Semua pencipta budaya memiliki hak memilih pendirian politik peribadi dan kebebasan kreatif yang merupakan salah satu hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur.
  • Menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras.
  • Menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan BERSIH 2.0.

"Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!" kata mereka.

12 comments:
Write comments
  1. pilihan tu kan hak individu. kenapa hanya kerana membaca puisi pro-Bersih, A Samad Said ni disiasat polis?

    ReplyDelete
  2. ada yang setuju dan ada yang tidak. kita perlu bijak membuat penilaian, yang penting keharmonian dan kepentingan awam perlu dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  3. sesebuah puisi harus mengandungi unsur2 kebaikan, unsur2 hasutan tak harus wujud.

    ReplyDelete
  4. Sebarang karay2 yang mengandungi unsur2 hasutan memang akan disiasat. LEbih2 lagi tentang isu Bersih ini.

    ReplyDelete
  5. Memang perjuangan bersih ini murni, tapi masalah disini bersih mengaitkan diri mereka dalam politik. Maka ini menandakan bahawa mereka berhimpunan bukan kerana NGO tapi politik semata-mata.

    ReplyDelete
  6. macam-macam perangai di arena politik Malaysia..biarlah rakyat yang bijaksana menentukan kemenangan sesebuah parti itu.

    ReplyDelete
  7. Memang negara perlukan perubahan dan anjakan paradigma tetapi dengan saluran yang betul. Harap rakyat bijak menilai dan tidak termakan dengan hasutan.

    ReplyDelete
  8. Setiap hal yang timbul memerlukan rakyat untuk membuat penilaian yang bijak. Dunia sekarang sukar untuk menentukan mana yang betul dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  9. Semoga semuanya selesai dengan aman :)

    ReplyDelete
  10. jika diamatkan puisi samad said, maksudnya menuntut keadilan dalam demokrasi. jika puisi samad said ditafsikan unsur-unsur ugutan,maka puisi zaman lalu yang menentang kerajaan british dan komunis juga di anggap mempunyai unsur-unsur ugutan?

    ReplyDelete
  11. A Samad Said hanya mengambarkan pendapat beliau menerusi puisi, itu salah juga?

    ReplyDelete
  12. kalau mahu selamat jangan la guna bakat itu untuk menghasut rakyat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.