Tuesday, July 5, 2011

10,000 Pengundi Hantu Di Kesan Di Selangor

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka di daftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian.

“Melalui semakan oleh para petugas kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini.

“Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini di hantar ke DUN atau parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN,” katanya.

Sokong Bersih

Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0 tuntutan Bersih untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil.

Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini.

Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil tindakan undang-undang.

“Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu,” katanya. -FMT

18 comments:
Write comments
  1. Hope that Phantom voters will be barred from voting.

    ReplyDelete
  2. siapalah pihak yang bertanggungjawab mendaftarkan pengundi secara tidak sah ni.mereka sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang

    ReplyDelete
  3. perhatian perlu diberikan berhubung pekara ini bagi memastikan samaada dakwaan ini benar atau tidak.

    ReplyDelete
  4. Katakan TIDAK kepada pengundi hantu. SPR harus ambil tindakan.

    ReplyDelete
  5. Biarlah kemenangan itu dicapai dengan cara yang betul dan bukan dengan jalan singkat.

    ReplyDelete
  6. Isu ini sengaja dibangkitkan bagi membuat rakyat percaya dan supaya menghantui rakyat supaya ikut bersama BERSIH menegakkan keadilan SPR.

    ReplyDelete
  7. Hal Sebegini yang merosakkan undian.

    ReplyDelete
  8. Jangan biarkan sesiapa yang terlibat terlepas dari hukuman. Bersalah tetap bersalah.

    ReplyDelete
  9. This matter must be investigated thoroughly. Whoever is found guilty in involving in this matter must be punish and barred from voting.

    ReplyDelete
  10. I hope when GE13 comes, it will be fair and clean.

    ReplyDelete
  11. ramai individu di negara ini mempunyai nama yang sama dengan nama orang lain.. mustahil pemimpin2 Pakatan tidak tahu tentang hal ini.. saya juga ada kawan yang mempunyai nama yang sama siap dengan nama bapa lagi.. cuma no MyKad sahaja yang beza.. wajarkah mereka ini digelar pengundi hantu??

    ReplyDelete
  12. SPR harus bertindak dengan segera, aduan ini disertakan dengan bukti.

    ReplyDelete
  13. Mana datangnya manusia ini? Tiba-tiba wujud macam hantu.

    ReplyDelete
  14. Hantu ini dari mana? Taib nama hantu ini dalam computer jab pendaftaran, cari mereka satu demi satu dan siasat kenapa nama mereka wujud di tempat yang salah.

    ReplyDelete
  15. Siapa yang mampu memindahkan pengundi dari satu tempat ke suatu tempat yang lain? Jika bukan......?

    ReplyDelete
  16. baik kita semua semak nama dalam senarai pemilih. jangan sudah dipindah pun tidak tahu.

    ReplyDelete
  17. Mungkin ada kuasa ajaib yang memindah pemilih dari sini ke sana.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.