Pasukan terbesar yang berjaya bergabung sebelum disuraikan polis berlaku di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank apabila pasukan dari Jalan Pasar bertemu dengan dari Masjid Jamek dan Central Market di situ.
Antara pemimpin yang ada di sini adalah Dr Hatta Ramli (Pengarah Pilihan raya PAS), Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani bersama pimpinan DAP dan PKR dan PAS yang lain.
Menurut Taufek, perhimpunan yang bermula di jalan Pasar sekitar 500 sahaja tiba-tiba berkembanng cepat kepada hampir 10,000 pada jam 1.30 tengahari.
Di Jalan Raja Chulan, mereka bergabung dengan pasukan dari Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan Central Market dan menjadikan mereka 30,000.
"Kami kemudian berpecah apabila disembur dengan water canon di depan Menara Maybank," kata Taufek ketika dihubungi yang kini berada di Jalan Raja Chulan di belakang Maybank bersama pasukannya.
Selain beliau, turut berada di situ adalah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Dr Badrul Amin Baharon (PKR), Tan Kok Wai (DA) dan lain-lain.
Pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diketuai Dr Hatta Ramli yang bergerak dari Masjid Jamek serta pasukan yang bergerak dari Central Market menjadikan satu pasukan yang besar mencecah 30,000 sebelum disembur dengan air berasid oleh polis.
Saturday, July 9, 2011
30,000 berkumpul di Jalan Pudu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Perhimpunan Bersih ini nampaknya mendapat sambutan yang baik daripada rakyat.
ReplyDeletebanyak kesan yang berlaku disebabkan perhimpunan ini.
ReplyDeletetaktik pembangkang mempergunakan BERSIH sebagai batu loncatan untuk menjadi kerajaan dan seterusnya menjadi boneka kepada kuasa2 luar..
ReplyDeleteternyata benar dakwaan selama ini bahawa pembangkang merupakan dalang di sebalik demostrasi jalanan yang dilakukan..ini terbukti bahawa pembangkang hanya mementingkan agenda politik mereka tetapi tidak kepada kebajikan rakyat yang terjejas khasnya para peniaga..
ReplyDeletejika pembangkan yang menjadi kerajaan dan anwar menjadi PM, sudah pasti malaysia akan 'kotor'...itu pasti akan berlaku kerana pembangkang hanya mementingkan agenda politik mereka..rakyat pula diperbodohkan untuk menyertai BERSIH yang ternyata kotor..
ReplyDeleteramai sungguh rakyat yang menyokong perhimpunan Bersih ni.
ReplyDeletebegitu ramai peserta, mmg sukar nak dikawal dan akhirnya berlaku kekecohan.
ReplyDeletePelbagai reaksi timbul terhadap perkara ini. Harap ia ditanggani dengan baik.
ReplyDeleteApapun, semua pihak harus berfikir secara matang berdepan hal ini. Jangan biarkan ia menimbulkan masalah lain pula.
ReplyDeleteMemanglah tuntutan Bersih itu ada logiknya tetapi apa yang dapat dilihat sebenarnya pihak pembangkang yang 'lebih-lebih'. Ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk meraih sokongan rakyat. Rakyat pula senang2 terpengarauh.
ReplyDeleteWell, it's a wake call for the Gov.
ReplyDeleteTapi perhimpunan ini jugalah yang menyebabkan kerugian besar para peniaga pada masa itu.
ReplyDeleteMemang sambutan mengalakkan. Tapi ini mungkin yang hadir dari seluruh Semenanjung anggaran 30k saja. Tapi tidak pasti lagi benar atau tidak. Tidak ada juga yang mahu dibanggakan dengan perhimpunan sebegini.
ReplyDeleteapa2pun saya mahu penganjur Bersih dan Pakatan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami oleh orang awam dan kumpulan peniaga.. jika mereka mempunyai dana untuk membayar peserta2 Bersih ini, mereka juga patut mempunyai dana untuk membayar ganti rugi kepada pihak yang terjejas.
ReplyDelete