Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.
"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.
Menurut Ismail, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.
Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.
Namun Pemerhatian yang dilakukan oleh Al-Jazeera, wartawan luarnegara menyatakan "lebih 20,000".
Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.
"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.
Perhatikan gambar-gambar perhimpunan BERSIH 2.0 di bawah sebagai perbandingan jumlah yang hadir dalam perhimpunan tersebut.














Sunday, July 10, 2011
Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Sudah kita menjangkakan bahawa perhimpunan ini pasti akan menjadi kecoh.
ReplyDeletesetuju dengan Hassan, perhimpuan seperti ini sukar untuk dikawal.
ReplyDeletetindakan pihak polis ni dilihat telah membawa kepada kekecohan.
ReplyDeletenampaknya dalam perhimpunan ini mmg berlaku kekecohan.
ReplyDeleteBagaimana jika Bersih diberi permit? Adakah keadaannya berlainan?
ReplyDeleteMedia mempunyai pengaruh yang besar dan apabila berita sebegini tersebar, sedikit-sebanyak telah menjejaskan imej kerajaan M'sia.
ReplyDeleteMana ada perhimpunan tidak ada kekecohan.Perhimpunan haram kunun padahal pasti akan berlaku perkara yang tidak dijangka.
ReplyDeleteIni kalau mama bapa diorang dikampung tahu anak mereka kena bayar untuk perhimpunan BERSIH lepas iut kena tangkap malu mungkin keluarganya itukan.
ReplyDeleteberbangga agaknya ketika ini penganjur2 Bersih serta pemimpin2 Pakatan setelah melihat 'perisai' mereka bertempur dengan pihak berkuasa. mereka tidak akan pernah rasa bersalah mempergunakan rakyat untuk memberi laluan kepada mereka merampas Puterajaya sebab rakyat sendiri tidak pernah menyalahkan mereka kerana kedudukan Pakatan sebagai parti pembangkang. asal namanya pembangkang, semuanya bagi rakyat baik..
ReplyDeletekalau di Sabah ada yang dibayar rm50 untuk hadir perhimpunan Bersih, entah bagaimana pula kalau di semenanjung..
ReplyDeletebayar atau tidak untuk menghadiri perhimpunan bersih tidak penting, tetapi tuntutan 8 perkara kepada spr adalah lebih penting, dan malaysia sudah pun tergadai demokrasinya. dan yang paling teruk sekali negeri sabah yang paling kotor dalam daftar pemilih, 1.2 juta pati boleh mengundi. adakah rakyat sabah terfikir permasalahan ini? sedangkan ketua menteri sabah pun tahu masala ini, tetapi hanya sembunyi tangan sahaja kerana untuk kepentingan politiknya dari memikirkan masa depan anak tempatan sabah.
ReplyDeletetapi tuntutan 8 perkara itu tidak pernah dibangkitkan oleh Pakatan dalam parlimen. kenapa terus bawa ke jalanraya? kenapa perlu meletakkan rakyat berhadapan dengan risiko?
ReplyDelete