MALAYSIA negara ajaib, sesuatu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Perubahan lebih cepat dari anak ayam hendak keluar dari telornya. Anak ayam mengambil masa 21 hari untuk keluar dari cengkeran telor. Tetapi di Malaysia sekelip mata sahaja keptusan boleh berubah. Inilah standard negaraku Malaysia.
Tidak sampai seminggu Menteri Dalam Negeri (KDN) mengisytharkan Bersih sebagai pertubuhan haram. Polis pun macam tak sempat pakai kain terus ambil gari pergi gari sekalian orang yang menggerak Bersih sampai ustaz kampung sangkut baju warna kuning di sasak kedai kopi pun ditangkap dan diheret ke mahkamah. Kenapa, sebab Bersih pertubuhan haram.
Haram tak haram Bersih hampir diletakkan sama dengan komunis?
Semua orang yang sihat akal akan jadi hendak ketawa. Hj Lu V juga akan ketawa, terkeh keh... Tiba-tiba sahaja Bersih yang haram dan hitam legam itu sudah menjadi putih kembali. Hari ini perdana menteri yang sebelum ini menerima pengsiytharan haram juga bersedia untuk berjumpa Bersih. Tidakkah ini dikatakan pelik, bin ganjil anak lelaki menghariankan?
Kalau Bersih haram kenapa Perdana Menteri sedia untuk menemuinya? Itulah saya katakan keadaan di Malaysia ini boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Apabila Najib sedia jumpa bermakna Bersih sebuah pertubuhan yang ada kelas, yang tidak boleh ditolak begitu saja. Bersih jauh lebih bersih dari Perkasa(m) atau Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada jawatan kerajaan.
Bagaimana pun polis nampaknya masih lagi menerima dan berpegang kepada pengistyharan haram itu. Kerana... kalau mereka juga sudah membatalkan pengharaman itu mereka akan melepas semua tahanan yang diremen dan menghentikan operasi menangkap baju kuning, kerja yang tidak sedikit pun patriotik.
Nasib baik saya tidak jadi timbalan ketua polis negara. Kalau saya jadi timbalan ketua polis negara saya sudah lepaskan jawatan hari ini juga. Malu saya kalau nasihat dan tunjuk ajar kita tiba-tiba dibatalkan dalam sekelip mata sahaja. Barangkali sebab itulah saya tidak menjadi timbalan ketua polis dan hanya jadi penulis biasa.
Jadi sekarang pertubuhan atau kumpulan mana yang haram. Pada saya yang haram kini ialah Perkasa(m) dan Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada batu pelir. Kalau mereka tidak haram tentu mereka yang dipanggil menghadap atau meminta menghadap Agong supaya hapuskan Bersih. Tetapi kerana mereka haram maka mereka kini diam seribut bahasa. Kalau berani pergilah menghadap Agong dan minta Bersih terus dibersihkan.
Ternyata jelas antara Ambiga dengan Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menantu Abdullah Badawi, jauh lebih baik dan intelegen Ambiga. Perjuangan menggunakan akal berlandaskan ruang perlembagaan dan undang-undang lebih tulen dari perjuangan yang menganggakan mulut atau melilit kain mereka di kepala.
http://msomelayu.blogspot.com/
Tuesday, July 5, 2011
Ambiga Menewas Ibrahim dan Khairy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebelum hari perhimpunan tu apa2 pun boleh berlalku.
ReplyDeleteIbrahim Ali baik duduk rumah je.
ReplyDeletesemua harus bersikap profesional..hal seperti ini bukan untuk mencari siapa menang dan siapa tewas. sebaliknya berusahalah mencari penyelesaian tanpa perlu melakukan sebarang pekara yang boleh memberikan kesan negatif.
ReplyDeleteHope that everything goes smoothly.
ReplyDeletewajarkah pihak polis menangkap setiap mereka yang memakai baju kuning?
ReplyDeleteJadilah manusia yang bertamadun. Gunakan pendekatan yang rasional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bukan dengan emosional.
ReplyDelete"Hari ini perdana menteri yang sebelum ini menerima pengsiytharan haram juga bersedia untuk berjumpa Bersih. Tidakkah ini dikatakan pelik, bin ganjil anak lelaki menghariankan?"
ReplyDeleteSekurang-kurangnya PM cuba untuk selesaikan isu ini. Kalau dibiarkan saja, berlaku kekecohan, nanti kena komplen lagi tiada usaha nak jaga keamanan etc. Apalah. Bukan nasib penulis tak jadi timbalan polis negara, persoalannya layakkah si penulis ini? Entah2 awal2 lagi sudah direjek.
Kerana mereka yang tidak berfikiran inilah menyebabkan keamanan negara menjadi huru-hara. Inikah yang mereka mahu? Inikah Ambiga mahukan?
ReplyDeleteada2 ja benda dorang nak manipulasikan, tak salah pun PM jmpa bersih utuk mencri jalan penyelesaian.
ReplyDeleteBagiamana anda tau perhimpunan BERSIH bawa huru hara...? Setau saya perhimpunan PERKASA, PERKIDA, UMNO< MCA dan MIC banyak bawa huru hara baling kerusi, meja, buang sampah sana sini, mengeluarkan ucapan yang sangat perkauman, menghasut dll...Bebal, buang waktu!
ReplyDeletePerjumpaan itu untuk tujuan perbincangan untuk kebaikkan bersama.
ReplyDeleteKita harus bersyukur kerana PM ingin menyelesaikan masalah yang timbu dan bersedia untuk berbincang.
ReplyDeleteSejumlah bahan letupan telah ditemui polis di Jalan Raja Laut berupa molotov cocktail, senjata tajam, 15 mercun bola dan t-shirt BERSIH. Dalam satu lagi tempat, polis menemui satu beg berisi molotov cocktail, dua beg berisi parang dan bebola besi di Batu 12 Jalan Gombak. Polis tidak menolak kemungkinan, bahan2 tersebut akan digunakan dalam demonstrasi BERSIH pada hujung minggu ini.
ReplyDeleteso, memang benar perhimpunan Bersih ini adalah untuk mencetuskan huru hara di negara ini...
Lihat tema perjuangan mereka sudah jelas siapa itu 'hero' dan siapa itu tidak bertamadun.
ReplyDeleteSetuju jika Perkasa diharamkan.
ReplyDeleteJasa Datuk Ambiga memperjuangkan hak asasi manusia diiktiraf di peringkat antarabangsa, Ibrahim itu cuma memalukan kita.
ReplyDeleteBersih haram ke tidak terpulang pada kerajaan. Jangan sengaja tidak mengiktirafkan Bersih untuk mengharamkan Bersih.
ReplyDeleteJangna bandingkan nama ibrahim ali dengan Dt. Ambiga, Ibrahim tidak layak walaupun cuma disebut bersama Dt Ambiga.
ReplyDeleteAmbiga tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur racist seperti apa yang dikatakan Ibrahaim Ali.
ReplyDelete