Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin dalam perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam hari ini tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi.Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman.
Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital.
Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan.
Tuesday, July 12, 2011
Bersih 2.0 : Hospital Tung Shin jadi sasaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




pihak pengurusan Hispital Tung Shin sendiri telah membuat penafian bahawa hospital tersbut dijadikan sasaran.
ReplyDeleteTakkanlah hospital jadi sasaran.orang yang berhimpun kan di luar.
ReplyDeleteSemua pun nak dijadikan isu. Tiada modal lain kah Bersih ni? Lain kali jangan buat demonstrasi.
ReplyDeletemasing-masing menegakkan hujah mereka. entah pihak mana yang benar...
ReplyDeleteinilah masalahnya bila demo dilakukan, pelbagai isu akan timbul dan semua saling menyalahkan.
ReplyDeletePandai-pandai kita menilai.
ReplyDeleteApalah hasil daripada Bersih ini?
ReplyDeletesaya pun boleh buat demo depan hospital, bila tembakan gas pemedih mata dilepaskan, saya boleh cakap polis sengaja menjadikan hospital sebagai sasaran.
ReplyDeleteRasanya cuma ada pihak lain yang cuba memburukan pihak polis. Hospital mungkin bukan sasaran tapi BERSIH yang menjadikan tempat ini sebagai sasaran mereka.
ReplyDelete