Monday, July 11, 2011

BERSIH di Sarawak : Adun KEADILAN turut ditahan

http://www.catholiclawyersmalaysia.org/sites/default/files/imagecache/news_thumbnail_130x130/bersih_logo_2.jpgPolis Sarawak hari ini menahan 19 orang, termasuk ADUN Krian, Ali Biju di Miri dan Bintulu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata seorang lelaki ditahan kerana memakai baju-T kuning yang bertulisan “Bersih” di Miri pada pukul 12 tengah hari.

Di Bintulu, beliau berkata 18 orang termasuk ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali dan Ketua Cawangan Bintulu PKR, Paul Raja ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, di sebuah kedai kopi di kawasan komersil Parkcity pada pukul 2.15 petang.

NONE“Semua yang ditahan diambil keterangan. Seramai 17 daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi terus ditahan polis.

“Dua lagi ditahan polis kerana memakai baju kemeja-T kuning bertulisan Bersih,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Antara yang dibebaskan ialah Ali (kiri).

Di Kuching, keadaan tenang walaupun kira-kira 30 penyokong dan 12 ADUN DAP yang berbaju kemeja-T kuning berkumpul dan bersarapan di sebuah kedai kopi di Pusat Komersial Stutong di Kuching sejak pukul 8.30 pagi.

Sejam kemudian, 12 ADUN itu dibahagikan kepada empat kumpulan untuk mengadakan pendaftaran pengundi di pusat komersial BDC, King Centre, Tabuan Jaya dan Stutong.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan di sekitar bandar raya Kuching.- Bernama

10 comments:
Write comments
  1. Bukan apa yang baru. Sudah polis menahan beberapa orang di Semenanjung sebelum ini kerana memakai baju kuning Bersih.

    ReplyDelete
  2. Sarawak pun tidak ketinggalan dengan perhimpunan Bersih ini.

    ReplyDelete
  3. apa pun, tiada kejadian yang tidak diingini di sekitar bandarraya Kuching.

    ReplyDelete
  4. gara-gara pakai baju kuning bertulisan 'Bersih', langsung saja ditahan polis.

    ReplyDelete
  5. walaupun 9 julai dah berlalu, namun kegiatan bersih akan terus dipantau.

    ReplyDelete
  6. Ada juga Bersih yang ditangkap di Sarawak? Selama ini sunyi sepi saja. Ingatkan Bersih tidak mendapat sambutan langsung di sana.

    ReplyDelete
  7. Sudah tahu pihak berkuasa akan perangi mana2/siapa2 yang terlibat dengan Bersih, tapi masih juga pakai baju Bersih. Sah2 lah akan kena tahan.

    ReplyDelete
  8. Sarawak pun ada perhimpunan BERSIH??

    ReplyDelete
  9. BERSIH bukan satu permainan yang baik sebenarnya. Memang ini bertopengkan politik semata-mata. Jika dilihat pun memang ramai ahli politik yang ikut perhimpunan ini.

    ReplyDelete
  10. pembangkang mungkin boleh merampas kerajaan melalui penganjuran Bersih ini, tapi untuk mengembalikan keyakinan pelabur serta pelancong, mungkin memerlukan masa yang lama.. kesimpulannya, pembangkang telah menjadikan rakyat dan negara ini sebagai mangsa semata2 untuk membolehkan mereka merampas puterajaya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.