Monday, July 11, 2011

BERSIH: Tangkapan pertama di Sabah

NONEKetua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu menjadi individu pertama ditahan polis setelah tamatnya perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur semalam.

Beliau ditahan pada jam 5 petang semalam di sebuah restoran pinggir bandar Kota Kinabalu kerana memakai baju BERSIH dan cuba mengedarkan 20 helai lagi kepada rakan-rakannya.

NONEMenurut Lahirul (kiri), polis menyiasatnya mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Katanya, beliau dibawa ke balai polis Karamungsing, dekat pusat bandar Kota Kinabalu di mana beliau bermalam dan kenyataannya dirakamkan.

"Mereka (polis) sudah ambil keterangan dari saya, 18 Julai diminta untuk lapor diri ke balai dan sekarang dilepas dengan jaminan polis," kata Lahirul.

Dalam soal siasat, polis banyak mengemukakan soalan berkaitan pemakaian baju-T BERSIH.

Lahirul juga berkata, polis turut membawanya pulang dalam keadaan bergari untuk menggeledah rumahnya di Sepanggar - kira-kira 15km dari pusat bandar Kota Kinabalu - pada jam 8.30 malam.

"Dalam tangan bergari saya dibawa ke rumah untuk digeledah. Lalu polis menjumpai kotak bekas baju BERSIH yang tertera alamat rakan saya.

"Tanpa waran, polis terus pergi mengeledah rumahnya walaupun dalam rumah tersebut ada orang gaji," dakwanya yang merasa terkilan kerana digari di hadapan anak dan isterinya.

Keretanya kini masih dalam simpanan pihak polis, tambahnya. -MK

14 comments:
Write comments
  1. Walaupun kita tidak ada perjuangan Bersih tapi masih juga ada orang yang ditangkap?

    ReplyDelete
  2. jgnlah cuba nak bawa pengaruh bersih ke Sabah.

    ReplyDelete
  3. disebabkan baju kuning Bersih saja lelaki tu ditangkap. wajarkah?

    ReplyDelete
  4. setuju dengan junta, tidak perlulah membawa pengaruh bersih ke Sabah..

    ReplyDelete
  5. aik, ada juga yang kena tangkap. Sangkakan tiada.

    ReplyDelete
  6. Tolong jangan bawa budaya mahu demo2 ke Sabah.

    ReplyDelete
  7. Tidak payah mahu edar2 baju. Kalau tidak puas hati pun, jangan nak semat rasa benci di kalangan rakyat dan akhirnya memecahkan perpaduan dan keamanan.

    ReplyDelete
  8. tak sangka Sabah pun ada tangkapan..

    ReplyDelete
  9. lain kali kalau sudah tahu risikonya jangan la buat.. jangan anggap penganjur Bersih itu lebih berkuasa dari undang2.. saya sebagai orang awam tidak suka keadaan huru hara di sekitar kawasan saya.. sebelum memahami keinginan parti2 politik pembangkang yang terdesak mahu berkuasa, fahami juga keinginan pihak2 yang membantah terutamanya orang awam.

    ReplyDelete
  10. Sabah negeri aman dengan pelbagai kaum dan budaya. Jadi jangan hancurkan keharmonian negeri Sabah ini. Biarlah mereka orang semenanjung begaduh besar, tapi bukan Sabah. Kita ikut cara kita sendiri.

    ReplyDelete
  11. tanpa waran pun polis boleh geledah suka hati kah?

    ReplyDelete
  12. budaya semenanjung tidak payah lah di bawa ke dalam sabah..pasal tu lah, rakyat sabah harus menolak parti2 politik malaya seperti UMNO, PAS, PKR,DAP,MIC,GERAKAN dan MCA..

    ReplyDelete
  13. mungkin tidak lama lagi perkataan bersih akan diharamkan..

    ReplyDelete
  14. apa2 pun, rakyat harus pandai menilai..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.