Dengan pihak berkuasa meningkatkan tekanan menjelang perhimpunan di Stadium Merdeka esok, BERSIH 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun pada masa yang sama, sebagai tanda sokongan kepada pilihan raya yang bebas dan adil.Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 Global, menggesa supaya perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika.
"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.
"Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian."Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning.
"Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong BERSIH 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian)."
Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.9 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman. -MK
Friday, July 8, 2011
BERSIH turut berhimpun di 24 bandaraya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




kalau polis tak sekat penyokong2 Bersih dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya, saya rasa keadaan taklah huru-hara.
ReplyDeletejadi kalau rakyat Malaysia yang di luar negara adakan perhimpunan Bersih, adakah mereka ditentang oleh pihak berkuasa seperti di Malaysia juga?
ReplyDeletetak perlulah nak bawa perhimpunan bersih hingga ke luar negara.
ReplyDeleteharap semuanya dalam keadaan terkawal. setuju dengan junta, tidak perlulah nak bawa perhimpunan bersih sehingga ke luar negara.
ReplyDeleteKita tidak pasti lagi benar atau tidak yang menyokong atau saja dikhabarkan ramai yang sertai tapi adalah sebaliknya.
ReplyDeleteBetulkah pengaruh Bersih sampai ke luar negara? Jadi bagaimana dengan perbezaan masa jika mahu berhimpun serentak?
ReplyDeletewow...i bet those people outside would not even care what these bersih supporter meant when they hold the rally in their respective country...
ReplyDeleteBetulkah tu? Atau khabar angin saja? Pihak berkuasa di sana bagi kebenaran kah?
ReplyDeleteApa yang dituntut oleh BERSIH hanyalah p/raya yang bersih dan adil. Jadi kenapa hal ni jadi seteruk ini pula.huhu
ReplyDeleteHarap semuanya berada dalam keadaan terkawal.
ReplyDeleteApa yang dituntut oleh BERSIH hanyalah p/raya yang bersih dan adil. SPR dan BN jangan buat lawak.
ReplyDeleteJgn la ketinggalan sangat, baca la mcm2 blog. rakyat malaysia di 30 bandaraya seluruh dunia turut berhimpun menuntut pilihanraya bersih dan adil. (Sabah patut negeri terkaya di Malaysia, bukan termiskin... mustahil dibawah BN, jom ubah!)
ReplyDeleteurusan permit di luar negara ada yg diperolehi dlm beberapa jam sahaja. sekadar memaklum kpd pihak berkuasa utk mengawal lalulintas. itulah demokrasi...
ReplyDeletetidak cukup di Malaysia, di luar negara pun dia mau buat kecoh.. kalau ada apa2 berlaku terhadap orang awam, penganjur Bersih mau bertanggungjawab ka??
ReplyDeleteTidak tersangka langsung Bersih ini diadakan di luar negara juga.
ReplyDelete