Sunday, July 3, 2011

DEMO Bersih akan AMAN kalau....

Kita sebagai rakyat Malaysia yang bayar cukai dan cukai digunakan untuk bayar gaji POLIS berhak menyatakan pandangan secara beramai-ramai. Setelah SPR dan kerajaan BN-UMNO menolak pandangan rakyat dalam siri-siri mesyuarat dan pertemuan, menolak memo bantahan dan aduan kita terhadap kepincangan SPR, maka kini rakyat mahu menyatakan secara berjalan beramai-ramai dengan aman bukan untuk buat kacau tapi untuk menyatakan kebencian rakyat terhadap penipuan dan penyelewengan dalam SPR. Itu sahaja.

DEMO BERSIH akan aman kalau:

  • Polis bagi PERMIT
  • Polis beri tempat kepada rakyat untuk berkumpul; saya cadang DEMO BERSIH dibuat di Stadium, sila baca http://albangi.wordpress.com/2011/06/12/demo-bersih-9-julai-2011/
  • Kalau tidak ada tempat berkumpul, polis sediakan laluan-laluan untuk rakyat berarak aman dan sediakan anggota polis sepanjang jalan dan kawal DEMO dengan baik dan profesional sepertimana mereka kawsal Konsert Rock, Jom Heboh, dan Citrawarna mahupun Hari Merdeka dengan baik.
  • Polis jangan arah special branch atau polis penyamaran untuk masuk dalam demo bagi tujuan membuat provokasi seperti masa lalu; dan polis tidak buat kacau dalam Konsert Rock, Jom Heboh, Citrawarna mahupun Hari Merdeka
  • Polis biarkan BN-UMNO jangan upah penagih dadah atau PEKIDA atau PERKASA turut sama menggangu DEMO BERSIH

Kita percaya kalau polis boleh buat 5 perkara ini, DEMO BERSIH akan AMAN. Sebaliknya kalau polis TIDAK MAMPU buat 5 perkara ini, pastinya DEMO EBRSIH tidak aman dan menjadi kecoh. Siapa yang salah dalam hal ini kalau bukan polis yang bertanggungjawab ke atas keselamatan rakyat yang membayar gaji mereka.

Amat IRONIK apabila polis membuat kenyataan bahawa DEMO BERSIH akan menjadi kacau bilau. Ia sebenarnya menunjukkan betapa polis Malaysia terlalu lemah, tidak profesional, tidak mampu mengurus, tidak wibawa, dan tidak tahu mengendalikan himpunan yang besar dari Hari Merdeka!

Ia juga menunjukkan bahawa polis akan PASTIKAN DEMO BERSIH ini menjadi kacau bilau. Kenyataan polis ini seolah-olah menggambarkan POLIS MEMBERI JAMINAN bahawa PASTI AKAN JADI KACAU BILAU dalam DEMO BERSIH.

Ia juga menunjukkan polis menjadi alat dan eksploitasi kerajaan BN-UMNO yang mengarahkan polis supaya jangan beri permit dan hancurkan kebangkitan dan kesedaran rakyat ini. Polis lebih sehaluan dengan BN-UMNO daripada bersikap neutral atau profesional.

Rakyat yang membayar gaji polis Malaysia mencabar polis supaya tunjukkan bukti bahawa polis Malaysia adalah profesional bukan emosional; cuba tunjukkan bukti dan wibawa polis Malaysia kali ini MAMPU mengendalikan Demo yang terkawal dan dikawal dengan baik TANPA ADA KEKECOHAN atau KACAU BILAU.

Buktikan anda polis profesional. Buktikan anda betul. Buktikan anda hebat wahai polis Malaysia yang terdiri daripada saudara mara kita, pak cik kita, sepupu kita, dan kawan-kawan kita. Buktikan polis neutral dan tidak dicucuk hidung. Tunjukkan bahawa negara ini bukan milik gengster atau milik satu-satu parti politik atau beberapa kerat pemimpin BN-UMNO. Buktikan!

Oleh: albangi (Tranungkite)

9 comments:
Write comments
  1. Flying_underpantsJuly 4, 2011 at 9:49 AM

    Perhimpunan ini tidak lagi. Apa2 boleh berlaku.

    ReplyDelete
  2. Harap semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
  3. Sangat pastikah kalau permintaan di atas ditunaikan, keadaan benar2 aman? Berpijak di bumi yang nyatalah.

    ReplyDelete
  4. Wah, macam ahli nujum pula pandai menilik bahawa demo Bersih akan aman kalau pihak polis penuhi tuntuan mereka.

    ReplyDelete
  5. dengan jumlah yang terlalu ramai bermacam-macam pekara boleh berlaku..

    ReplyDelete
  6. Harap polis bersikap neutral dan profesional dalam hal ini. bukan berpihak pada mana2 parti.

    ReplyDelete
  7. Memang untuk dikata mudah tapi sudah terlaksana agak membimbangkan juga. Perhimpunan bermacam-macam boleh berlaku.

    ReplyDelete
  8. bukan mudah nak mengawal begitu ramai orang. apa lagi perhimpunan seperti ini.

    ReplyDelete
  9. awal2 lagi PM sudah menawarkan supaya perhimpunan Bersih diadakan di Stadium.. kenapa penganjur Bersih tolak???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.