indakan seorang jurujual pasar raya membawa pulang teman lelaki untuk dijadikan ‘teman tidur’ pada awal pagi sehingga menimbulkan syak jiran membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.
Lebih mendukacitakan, gadis terbabit yang berasal dari Bukit Besi itu dikatakan mula bekerja di pasar raya berdekatan sejak beberapa bulan lalu untuk menyara keluarga, namun usaha itu gagal menutup perbuatan sumbangnya yang mengaibkan maruah keluarganya.
Ketika serbuan, sepasukan Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Dungun bersama Polis Paka kira-kira jam 1.10 pagi itu, jurujual yang tamat sekolah menengah ketika dicekup di bilik tidur bersama teman lelakinya itu hanya memakai seluar pendek berbaju T, manakala teman lelakinya memakai seluar tanpa baju.
Pemeriksaan lanjut menemui sehelai seluar dalam dipercayai milik salah seorang daripada mereka dan ia dirampas sebagai bahan bukti selepas dihadapkan ke mahkamah nanti.
Situasi itu menguatkan dakwaan bahawa dia sudah melakukan perbuatan tidak bermoral, walaupun mereka menafikannya.
Gadis berumur 18 tahun bersama teman lelakinya yang berasal dari Sabah itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun awal Ogos nanti mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika didapati bersalah mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -SH
Sunday, July 3, 2011
Jurujual Bawa Balik Teman Lelaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kerana nafsu, badan binasa.
ReplyDeleteSekarang bertanggungjawablah kamu..
ReplyDeletetindakan yang memalukan keluarga mereka sendiri...harap mereka akan insaf.
ReplyDeleteSemoga mereka akan bertaubat.
ReplyDeleteAlamak, kesian kantoi.
ReplyDeletePandai-pandai bersembunyi pun akhirnya kantoi..
ReplyDeletepadan muka.
ReplyDeletejangan ingat masyarakat sekeliling akan tutup mata..
ReplyDeleteberani buat berani tanggung sendiri..
ReplyDelete