Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.
"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.
Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".
Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.
Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.
Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin".
Beliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.
"Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.
Ismail juga berkata pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air memandangkan terdapat peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang cuba merempuh halangan polis.
"Kumpulan di Puduraya cuba bergerak ke Dataran Merdeka dan enggan bersurai. Mereka cuba merempuh."Polis tiada pilihan dengan menyuraikan dengan gas pemedih mata dan pancuran air," katanya sambil mendakwa melepas tembakan "minimum" sahaja.
Ismail berkata, perhimpunan sebenarnya hanya berlaku di dua tempat sahaja iaitu di Jalan Pudu dan di luar Stadium Merdeka di Jalan Loke Yew.
"Kumpulan di Pudu bergerak ke KLCC dan Menara Maybank. Mereka cuba digambarkan serata Kuala Lumpur ada perhimpunan. Sebenarnya di dua tempat sahaja," katanya.
Ditanya tentang dakwaan polis memukul peserta perhimpunan BERSIH hari ini, Ismail berkata beliau perlu melihat laporan penuh terlebih dahulu.
Beliau juga mendakwa terdapat pihak yang melakukan provokasi kepada pihak polis.
"Kalau ada (polis guna kekerasan) you buat repotlah," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang bersalah. -MK
Sunday, July 10, 2011
Ketua Polis Negara Menipu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Rakyat pasti akan membuat penilaian mereka sendiri.
ReplyDeletemasing-masing ada hujah masing-masing. rakyat pandai-pandailah menilai...
ReplyDeletepihak polis nampaknya menjadi salah satu penyebab kekecohan berlaku
ReplyDeletetugas polis adalah mengawal perhimpunan tersebut. dan dilihat kekecohan berlaku kerana sikap peserta bersih yang degil.
ReplyDeletekalau polis ada buat kekerasan, silakan buat report..
ReplyDeletekalau tidak dilakukan demostrasi jalanan ini, semua ini tidak akan berlaku...jadi terimalah akibatnya tanpa banyak soal..
ReplyDeletesudah tugas dan tanggunjawab polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara..
ReplyDeletepolis sekadar menjalankan tugas..
ReplyDeleteDengan demonstrasi yang besar ini, sudah tentu susah untuk mengawal keadaan. Apabila polis sudah beri arahan dan penyokong Bersih enggan patuhi, terpaksalah mereka bertindak.
ReplyDeleteBerani buat demonstrasi, tanggunglah akibatnya.
ReplyDeleteKalau sudah tahu akibatnya, janganlah ada perhimpunan sedemikian lagi.
ReplyDeleteTerpulanglah pada penilaian rakyat sendiri. Nak komen banyak pun susah.
ReplyDeleteApapun, harap hal ini dapat ditanggani dengan bijak.
ReplyDeleteKita tunggu laporan seterusnya. Apa yang berlaku kepada Anwar itu biarkan saja. Sudah diberikan amaran terlebih dahulu. Siapa ikut perhimpunan tanggung sendiri apa yang akan berlaku.
ReplyDeleteSendiri mahu ingatlahkan.
ReplyDeleteBanyak jurugambar yang berada semasa Anwar didakwa diserang, mana gambar yang menunjukkan Anwar diserang oleh polis? tidak ada, semua cerita tersebut ditambah sendiri oleh Anwar. Anwar dakwa beliau berdarah di kepala, ada nampak tak?
ReplyDeletekalaupun polis melakukan kekerasan, siapa yang memaksa mereka untuk bertindak seperti itu?? mana2 polis di negara lain sekalipun tidak akan membenarkan pendemo2 ini bertindak seolah2 mereka lebih berkuasa dari undang2..
ReplyDelete