Bersih 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said - seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.
Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".
"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.
BERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian.
"Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.
Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya. -mk
Sunday, July 10, 2011
Kezaliman Polis Petanda UMNO BN Diambang Keruntuhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




50,000 orang? Bilangan yang bukan sedikit.
ReplyDeleteWalaupun perhimpunan itu berlaku di KL tapi di Sabah pun mengalami masalah kesesakan trafik juga.
ReplyDeleteorang ramai pasti tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..kita sendiri boleh lihat kesan akibat daripada perhimpunan yang diadakan.
ReplyDeleteharap kelapan-lapan tuntutan itu akan segera dicapai.
ReplyDeleteadakah mereka akan mengadakan perhimpunan seperti itu lagi? harap2 tidaklah, perhimpunan ni memberi byk masalah kepada orang awam.
ReplyDeleteSelesaikan masalah ini dengan rasional. Kalau Ambiga kata 'kebenaran mengatasi kekejaman', saya kata 'keganasan meruntuhkan kemakmuran'.
ReplyDeletePeristiwa ini patut dijadikan iktibar buat semua.
ReplyDeleteJangan ulangi lagi masalah sebegini. Tidak ada apa-apa juga yang kita dapat kecuali kesengsaraan dan kebinasaan. Tengok Anwar masuk hospital.
ReplyDeletebukan pihak polis yang zalim. tetapi penganjur dan peserta Bersih yang zalim kerana bertindak tanpa mengambil kira kepentingan negara dan orang awam yang lain. sudah menjadi tugas polis mengawal keadaan seperti juga di negara2 lain. bukannya rakyat tidak diberikan amaran..
ReplyDeleteagaknya inilah kebebasan yang mereka mahu.. kebebasan menyusahkan negara dan orang awam..
ReplyDelete