Dilaporkan jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang. Pertambahan jumlah pengundi itu melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang.
PAS Selangor telah mengemukakan bantahan terhadap peningkatan pengundi yang terlalu ketara itu kepada SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, namun sehingga kini SPR masih belum diberikan tindakan sewajarnya.
Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia dan merupakan tulang belakang perkembangan ekonomi negara. Dalam pilihanraya umum ke 12 yang lepas, Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR) menyebabkan Umno-BN Selangor tidak keruan sehingga terpaksa melantik presiden Umno-BN pusat, Datuk Seri Najib untuk mengetuai Umno-BN Selangor.
Dikhabarkan sebelum ini, Najib bertindak ’membakar’ semangat pemimpin dan ahli Umno-BN Selangor agar berusaha sedaya upaya untuk merampas kembali Selangor daripada PR.
Najib menyebut, Umno-BN perlu guna segala jenis ’senjata’ termasuk guna pengundi luar (rakyat asing) sebagai pemilih untuk rampas negeri Pakatan Rakyat dan kekalkan kuasa sedia ada. Baca di sini.
Tak mustahil, tindakan yang sama turut dilakukan Umno-BN untuk merampas Selangor seperti yang dilakukan Umno di Terengganu dalam usaha merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu.
Selagi SPR membisu, semakin bertambah keyakinan yang badan pengurus pilihanraya itu berusaha memberi kemenangan mudah kepada Umno-BN dalam pilihanraya akan datang. SPR dilihat terlampau menyebelahi Umno-BN dalam usaha parti pemerintah itu kekal berkuasa.
Itu adalah salah satu dari apa yang ketua regim Umno katakan sebelum ini bahawa Umno akan melakukan apa sahaja demi menawan kembali Selangor.
Bukan Umno kalau tidak menipu dan bukan SPR kalau tidak bersekongkol dengan Umno demi kelangsungan kuasa umno bn. -pakkaramu
Sunday, July 10, 2011
Misi Tawan Selangor, 71,000 Pengundi Baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Mereka yang belum mendaftar lagi, tunggu apa lagi?
ReplyDeleteMungkin ramai sudah sedar undi adalah penting menentukan siapa yang memerintah.
ReplyDeleteMungkin ramai yang tukar alamat untuk lebih mudah mengundi.
ReplyDeletekesedaran untuk mengundi mungkin sudah ada.
ReplyDeletekesemua parti pasti bersungguh-sungguh mahu mendapatkan sokongan. terserah kepada rakyat untuk memilih.
ReplyDeleteSPR perlu bersifat neutral dalam segala tindakannya.
ReplyDeletemgkin semua tu adalah pengundi yang baru berdaftar. apapun SPR perlu beri penjelasan.
ReplyDeletePeningkatan yang agak mendadak. Mungkin ramai yang baru saja mendaftar walaupun selama ini mereka telah lama layak untuk mendaftar sebagai pengundi.
ReplyDeleteJalankan tanggungjawab sebagai warganegara M'sia. Daftar sebagai pemilih dan pergi mengundi semasa pilihan raya diadakan. Lepas ni yang tidak menunaikan kewajipan mereka, jangan pula lebih2 nak komplen itu ini, memberontak sana sini. Silap sendiri bila abaikan kewajipan.
ReplyDeleteRamai juga sampai 71,000 orang? Tapi lagi bagus ramai mungkin juga PR takut dengan kekalah akan datang dan mula membuat pelbagai khbar angin untuk memastikan sokongan tetap kepada PR.
ReplyDeleteSekiranya PR tidak melaksanakan tugas dengan baik di Selangor tidak mustahil akan dibuang oleh penduduk Selangor.
ReplyDeletekalau SPR menyebelahi umno, jangan harap PKR boleh memerintah Selangor.. jatuhnya Selangor ketangan Pakatan membuktikan SPR bersih dan adil..
ReplyDelete