Monday, July 11, 2011

Musa Yang Bernasib Baik

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/d/d1/MusaAman.jpgSeperti di Sarawak, the mother of all issues di Sabah ialah Ketua Menteri, Datuk Musa Aman.jpga Aman. Musa bakal mencipta sejarah kerana belum pernah ada KM Sabah melebihi 2 penggal.

Tun Mustapha(1967-1975 berundur sebelum PRU 1976), Tan Sri Harris Salleh (1976-1985, kalah pada penggal kedua), Tan Sri Pairin (1985-1994 letak jawatan selepas ADUN melompat).

Menurut Tun Dr Mahahtir dalam bukunya “A Doctor In The House” Ketua Menteri Sabah ada kecenderungan bertindak seperti pemerintah diktator setelah memasuki penggal kedua pemerintahannya.

Adakah Musa lebih baik dari Tun Mustapha, Harris dan Pairin?

Di Sabah, penganalisis berpendapat, 6 kerusi parlimen tidak selamat kepada BN ialah 5 kerusi bandar: (i) Kota Kinabalu (DAP), (ii) Sandakan (LDP), (iii) Tawau (SAPP), (iv) Sepanggar (SAPP) dan (v) Penampang (UPKO). Satu kerusi kawasan Pedalaman, Pensiangan (PBRS).

DUN Sabah masih boleh dipertahankan dengan kemenangan dua pertiga walaupun banyak isu tertangguh yang belum ditangani. Kebimbangan ialah pengundi akan mengundi BN diperingkat DUN tapi memangkah pembangkang diperingkat parlimen.

Cakap-cakap sedang bertiup kencang di Sabah berikutan janji PR memberi kuasa autonomi dan menambah royalti minyak kepada 20%. Perubahan ini hanya boleh dilakukan jika ada perubahan kerajaan di peringkat Pusat !

UMNO masuk Sabah pada 21 February 1991 dengan satu matlamat – mempertahankan kerusi BN setelah PBS menyertai APU.

Untuk memenangi hati rakyat Sabah yang berbilang kaum terutama kaum-kaum yang berebut jawatan KM Sabah, Tun Dr Mahathir memperkenalkan Dasar Penggiliran Ketua Menteri Sabah menjelang pilihan raya 1994.

Sepanjang system penggiliran, 6 Ketua Menteri Sabah dalam tempuh 9 tahun. Tun Sakaran (8 bulan 1994-1995), Datuk Salleh ( 18 bulan), Yong Teck Lee (2 tahun), Tan Sri Dompok (8 bulan 1999), Datuk Osu (2 tahun 1999-2001) dan Tan Sri Chong Kah Kiat (2 tahun 2001-2003).

Dr Mahathir kata, ‘Rotations system create lame duck chief minister’. Tapi macamana cara nak mansuhkan system gila ini?

Pada tahun 2000 saya mengetuai satu NGO menganjurkan satu seminar mengenai Dasar Penggiliran Ketua Menteri Sabah di Wisma Muis, KK Sabah. Resolusi menolak dasar itu, secara peribadi saya serahkan kepada PM semasa majlis berbuka puasa di PWTC.

Pada tahun berikutnya, 2001, saya dan tiga orang rakyat Sabah memohon injuksi menghalang perlantikan Tan Sri Chong Kah Kiat kerana perlantikan itu bercanggah dengan Sabah State Constitution (Perkara 6(1)

Permohonan ditolak Hakim Mahkamah atas alasan kami tiada locus standi, sungguhpun begitu tindakan saya telah memberi kesedaran kepada rakyat Sabah tentang kegagalan dan masalah yang timbul akibat system penggiliran tersebut.

Ironisnya, orang yang berusaha memansuhkan system itu ialah pemimpin yang menjadi KM Sabah kerana ujudnya system penggiliran tersebut: Tan Sri Chong Kah Kiat.

Semasa menjadi KM Sabah, Chong Kah Kiat memujuk Presiden PBS kembali ke pangkuan BN. Pada Januari 2002, PBS secara rasmi diterima semula sebagai anggota BN.

Secara kebetulan berlaku peralihan kuasa dan kepimpinan di peringkat Pusat beberapa bulan selepas Musa Aman dilantik menggantikan Chong Kah Kiat pada Mac 2003. Tun Mahahthir, pemimpin yang mengilhamkan dasar penggiliran telah bersara dan digantikan Tun Abdullah Badawi.

Hubungan baik Pak Lah dengan Musa Aman yang telah lama terjalin, juga penyumbang kepada keputusan Pak Lah memansuhkan dasar itu dengan segera.

PBS dan parti-parti komponen menyokong keputusan Pak Lah memansuhkan dasar penggiliran Ketua Menteri Sabah. Jawatan Musa Aman tidak akan digilirkan selepas tempuh yang sepatutnya berakhir pada 7 Mac 2005.

Dengan ketiadaan system penggiliran dan kemasukan semula PBS serta harapan kepada pemimpin baru, Pak Lah dan Musa Aman, BN Sabah menang dengan mudah pada PRU 2004.

Pada PRU 2008, keadaan agak berlainan. Musa Aman, yang melihat tiada cabaran kuat dari parti pembangkang telah memperkuat kedudukan politiknya dengan menggugrkan pemimpin-pemimpin berpengaruh UMNO.

Antara yang digugurkan termasuk bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said, Tan Sri Pandikar Amin dan Datuk (Datu) Amir Kahar Tun Mustapha.

Tulisan ini sambungan TUAH AYAM DI KAKI, TUAH MUSA DALAM POLITIK

http://www.rontogdaily.com/wp/?p=910

21 comments:
Write comments
  1. Salah, mother of all issues adalah PATI.

    ReplyDelete
  2. tapi Musa mmg harus terus menjadi KM Sabah. byk pembangunan Sabah di bawahnya.

    ReplyDelete
  3. adakah sistem penggiliran itu wajar diwujudkan semula?

    ReplyDelete
  4. selagi seorang pemimpin menunjukkan prestasi yang baik, selagi itulah dia akan terus disokong dan diangkat menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  5. yang penting sekarang ini, semua harus berusaha bersama-sama untuk membangunkan Sabah.

    ReplyDelete
  6. Dompok 8 bulan saja? Sepatutnya KDM ambil peluang ini untuk menyokong pimpinan Dompok dan bukan menjatuhkannya. Mungkin lebih banyak kemajuan dapat dibawa kepada KDM jika Dompok diberi peluang. Sekadar pendapat.

    ReplyDelete
  7. Memang Musa bernasib baik.

    ReplyDelete
  8. PRU 13 besar kemungkinan mengubah senario politik di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Tun Mustapha berundur, Harris kalah, Pairin letak jawatan.. untuk apa Musa Aman perlu mengikuti jejak langkah mereka jika beliau masih berpeluang mengekalkan jawatan itu..

    ReplyDelete
  10. Musa bukan bernasib baik tapi Musa adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. Mari kita tunggu PRU 13 yang akan datang. Benarkah atau tidak Musa yang bernasib baik pada PRU12 lepas.

    ReplyDelete
  12. yang pasti sistem pengiliran KM tidak menguntungkan sabah bahkan merugikan..pasal itulah sabah ketinggalan jauh..

    ReplyDelete
  13. lagipun sistem penggiliran KM sabah adalah salah satu taktik Mahathir untuk mengurangkan pengaruh pemimpin sabah dalam kerajaan negeri..sebab pengalaman lampau menjadi pengajaran..

    ReplyDelete
  14. adakah musa akan terus menjadi KM sabah pada penggal seterusnya? ianya terletak di tangan rakyat.

    ReplyDelete
  15. rasanya musa akan menjadi KM sabah pada penggal seterusnya..mungkin selepas itu akan berlaku pertukaran..

    ReplyDelete
  16. apa2 pun kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  17. Bukan bernasib baik tapi hakikatnya, beliau telah membantu ramai orang.

    ReplyDelete
  18. CM has done a lot of things for Sabah.

    ReplyDelete
  19. Apa ba masalah kamurang ni?

    ReplyDelete
  20. Enough with those bad mouths.

    ReplyDelete
  21. Apa la nak jadi dengan musuh ni?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.