New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.
Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.
Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.
Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.
Friday, July 1, 2011
NY Times dakwa kilang Lynas bahaya alam sekitar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa kilang Lynas ini dibenarkan beroperasi di M'sia? Siaa yang harus bertanggungjawab jika pencemaran alam dan kesihatan penduduk sekitar terancam?
ReplyDeleteBahayanya. Harap ada tindakan tegas diambil dalam menangani isu ini.
ReplyDeleteHarap kilang Lynas akan ditutup.
ReplyDeleteInilah aibat mengunakan barang murah dan bukan mengikut standard yang ditetapkan.
ReplyDeleteBetul itu Jasa, kilangtersebut perlulah ditutup terlebih dahulu untuk pembaikkan semula. Pastikan tidak ada kesilapan kerana ia akan membawa keburukan kepada penduduk sekitarnya nanti.
ReplyDeletejika bahaya. lebih baik ditutup.
ReplyDeletepekara ini perlu diberikan perhatian dan langkah yang bersesuaian perlulah dilakukan.
ReplyDeleteLebih banyak keburukan tapi napa beroperasi di Msia. Baik tutup saja.
ReplyDeleteRasanya kilang Lynas ni belum beroperasi lagi la..
ReplyDeletemenurut sumber lain, IAEA telah mengesahkan bahawa Kilang Lynas tidak manghasilkan radiasi yang berlebihan dan tidak memberikan kesan kepada kesihatan penduduk Gebeng... entah mana satu yang betul..
ReplyDeletekita tungguh apa kesannya nanti 50 tahun time 2 kita gali kubur mereka yg meluluskan dan kata x ada bala.....kita bakar tulang-tulang mereka..cam....itu pun kalau sempat...dunia dah d penghujungnya..
ReplyDeleteKalau kilang memproses 'rare earth' berhampiran kediaman saya, rasa aman tidak? Tentu tidak. Kerajaan harus perihatin dengan perasaan penduduk dan suara rakyat yang tidak senang hati dengan kilang rare earth.
ReplyDeleteIni ada cadangan dan pandanagna dari profesional dan berpengalaman. Cuba merujuk faktar yang mereka katakan.
ReplyDeletePengalaman di Perak tidak memberi kesan kepada kerajaan? Mangsa tragedi itu masih dalam kesengsaraan.
ReplyDeleteKeputusan yang tegesa-gesa dan tidak menghiraukan nyawa dan kesihatan rakyat.
ReplyDeleteNegara tetap maju tanpa kilang itu. Nak tambah kekayaan negara, banyak sumber lagi.
ReplyDeleteKilang itu tidak dibenarkna didirikan di tanah air mereka kerana berisiko mencemarkan alam sekitar mereka.
ReplyDeleteKita cukup berani menanggung risiko ini.