Friday, July 8, 2011

Permit BERSIH Tidak Diluluskan

Polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.

Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.

azlanBagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".

“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.

12 comments:
Write comments
  1. Agong sudah izinkan tapi permit polis tiada. maksudnya perhimpunan Bersih ni tetap haram?

    ReplyDelete
  2. perhimpunan bersih tidak mendapat permit dan harap pekara ini ditangani dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  3. walaupun tiada permit, perhimpunan bersih tetap akan diadakan. entah apa bakal berlaku nnti.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya PERMIT untuk perhimpunan ini tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Jadi perhimpunan ini tidak seharusnya dilakukan.

    ReplyDelete
  5. Dari mana Bersih dapat peruntukan untuk menjalankan perhimpunan ini? Adakah ia ditaja oleh pihak2 yang mempunyai agenda tersembunyi?

    ReplyDelete
  6. Tiada permit, tiada perhimpunan. Tetapi adakah Bersih akan mematuhi keputusan itu? Atau meneruskan rancangan mereka?

    ReplyDelete
  7. mcm mana la nak dapat permit...sudah namanya pertubuhan haram & perhimpunan haram...

    ReplyDelete
  8. Saya rasa kan hal ini bukan saja memeningkan kepala malah makin difikir makin teruk pula kejadiannya. huhu

    ReplyDelete
  9. Semoga ia berakhir segera. Tak bestlah kalau berlanjutan lama nanti imej negara kita rosak pula. huhu

    ReplyDelete
  10. For me, bersih rally is not necessary.

    ReplyDelete
  11. rasionalnya kenapa permit tidak diluluskan ialah, tidak semua rakyat Malaysia bersetuju dengan perhimpunan Bersih ini..

    ReplyDelete
  12. Perhimpunan Bersih tetap dijalankan walaupun tiada permit.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.